CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3898|Reply: 9

Triple Chocolate Brownies bersama Kacang Pecan

  [Copy link]
Post time 25-4-2019 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hai, hari ni nekcun nak share resepi buat brownies sedap pakai 3 jenis chocolate chip. Bolehlah cuba buat untuk raya nanti kan. Resepi ni bukan nekcun punya sendiri. Nekcun pun belajar juga tapi nekcun dah mudahkan resepi dia bagi senang nak ikut. Sesiapa yg baru2 nak cuba bakar brownies macam nekcun ni bolehlah cuba resepi ni. Mudah sungguh! Memang menjadi. Nah cuba naaa!



Bahan2
* 10 sudu besar unsalted butter = (1 1/4 ketul)
* 1 1/4 cawan gula = (250 gm)
* 3/4 cawan + 2 sudu besar serbuk koko (unsweetened) = (105 gm)
* 1/4 sudu teh garam = (1.5 gm)
* 1/2 sudu teh esen vanila = (2.5 ml)
* 2 biji telur saiz besar (suhu peti ais)
* 1/2 cawan tepung serbaguna = (60 gm)
* 2/3 cawan kacang pecan dicincang = (100 gm)
* 1/2 cawan chocolate chip(semi sweet) = (75 gm)
* 1/2 cawan chocolate chip(milk) = (75 gm)
* 1/2 cawan chocolate chip(white) = (75 gm)

Cara2 Membuat
1. Panaskan oven dengan suhu 325 degrees. Sediakan dulang pembakar empat segi bersaiz 9″.
2. Lapik dulang pembakar dengan kertas membakar (parchments paper) atau dengan kerajang aluminium (aluminum foil). Pastikan lebihkan di bahagian tepi kedua2 belah dulang agar lebih mudah untuk mengangkat keluar brownies dari dulang nanti.
3. Campurkan unsalted butter, gula, serbuk koko dan garam di dalam bekas tahan panas dan cairkan di atas periuk berisi air dengan kaedah double boiler.
4. Kacau sampai butter cair dan adunan semua sekata dan tidak berketul. Api sederhana je okay.
5. Tutup api dan alihkan. Biarkan sejuk sekejap.
6. Masukkan esen vanila dan kacau dengan senduk kayu.
7. Kemudian, pecahkan telur sebiji demi sebiji. Kacau sekata selepas setiap biji. Kacau macam separa pukul telur.
8. Bila adunan makin pekat, berkilat dan sekata bolehlah masukkan tepung serbaguna. Kacau lagi sampai tepung sebati dengan adunan. Dah tak nampak putih2 tepung tu, kacau laju sikit dalam 40 kali. Kacau macam kita bancuh bahulu. Hahahahaha nak explain tak berapa reti. Cubalah ye fahamkan.
9. Masukkan kacang pecan dengan ketiga2 jenis chocolate chip tadi dan gaul sikit kemudian tuanglah dalam dulang pembakar.
10. Bakar selama 20-25 minit atau boleh cuba cucuk dengan lidi. Adunan dah masak bila tarik keluar lidi tu ada sekali adunan kek yg moist. Sebab ni brownies jenis fudgy.
11. Dah masak, keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya atas wire rack.
12. Dah betul2 sejuk, boleh angkat keluar brownies dari dulang dan keluarkan dari kertas pembakar atau aluminium foil tadi dengan berhati2. *Kalau nak simpan lama, tak perlu buang aluminium foil tu. Balut kemas2 lepas tu simpan dalam peti. Boleh tahan berbulan2.
13. Bolehlah potong dan sedia untuk dimakan. Enjoy! Brownies ni fudgy dan bila potong memang cantik sebab ada 3 jenis chocolate chip. Sesuai letak dalam balang untuk Hari Raya nanti!

*Selain dari kacang pecan, bolehlah ubah suai pakai kacang jenis lain ikut citarasa sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 08:18 PM | Show all posts
menarikkk.. thanks bagi recipe.. sedap tu kacang pecan tapi mahal..
ai penah buat kek guna kacang pecan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2019 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 25-4-2019 08:18 PM
menarikkk.. thanks bagi recipe.. sedap tu kacang pecan tapi mahal..
ai penah buat kek guna kacang p ...

Ha’ah mahal sikit. Tapi sedap kalau untuk makan sendiri okaylah sekali sekala. Kalau untuk hidang orang, boleh tukar pakai kacang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow yummy..bila la dpt try
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pecan (atau macademia, walnut) dh mcm famos amos brownie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik boleh cuba nanti
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh try next time.Tq tuan rumah tepek resepi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih bagi resepi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 02:17 PM | Show all posts
boleh try ni..tq tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.641850 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list