Seorang pakar ginekologi hari ini memberikan amaran kepada wanita di United Kingdom (UK) yang masih mengamalkan petua tradisional dengan memasukkan bawang putih ke dalam vagina untuk merawat jangkitan.
Kredit foto: Carian Google
Dr Jennifer Gunther yang juga penulis buku The Vagina Bible membuat peringatan itu dalam beberapa siri status di Twitternya.
Menurut doktor sakit puan itu, beliau mendapati beberapa pesakitnya masih mengamalkan rawatan kuno itu sehingga terlewat mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Kredit foto: Twitter
'Mengapa masih ada wanita yang menggunakan rawatan memasukkan bawang putih ke dalam vagina? Kononnya bawang putih mengandungi allicin, bahan antifungal,' katanya.
Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun, beliau menerangkan sememangnya kajian makmal mendapati bawang putih mengandungi bahan allicin, tetapi ianya perlu melalui proses tertentu terlebih dahulu sebelum digunakan dan bukannya dimasukkan selabu atau seulas begitu sahaja ke dalam vagina.
Mengulas lebih lanjut, doktor itu berkata bahawa bawang putih mungkin mengandungi tanah yang tercemar dengan bakteria dan akan lebih memudaratkan jangkitan sedia ada.
Kredit foto: Carian Google
'Nasihat saya, hentikan tabiat ini dan dapatkan nasihat yang lebih berfaedah daripada pakar,' katanya lagi.
Jadi, buat wanita yang mengamalkan petua ini, sila hentikan sebelum ianya memudaratkan kesihatan anda sendiri. - CARI |