Umat Islam di Malaysia bersolidariti dengan rakyat Palestin menentang Israel.
Kredit foto: Carian Google
Ahli Dewan Negara dari DAP, Senator Nga Hock Cheh mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia apabila mencadangkan supaya kerajaan membuka kedutaan di Israel.
Cadangan itu dikemukakan beliau ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Negara pada 24 April lalu.
Nga Hock Cheh.
Kredit foto: Carian Google
Hock Cheh memberi alasan langkah membuka kedutaan di Israel dan Palestin akan membantu usaha Malaysia merintis kedamaian di wilayah yang bergolak itu.
Beliau juga menyatakan hubungan baik dengan Israel akan membantu Malaysia untuk memajukan industri pertanian berteknologi tinggi.
Kredit foto: Penyata rasmi Dewan Negara
Kredit foto: Penyata rasmi Dewan Negara
Beliau turut menimbulkan reaksi kurang senang masyarakat pelbagai kaum apabila mencadangkan agar identiti kaum digugurkan daripada sijil kelahiran dan kad pengenalan bayi warga Malaysia yang baru dilahirkan.
Kredit foto: Penyata rasmi Dewan Rakyat
Dua cadangan kontroversi oleh Hock Cheh itu menerima bantahan keras pelbagai pihak termasuk daripada Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Beliau menasihatkan DAP supaya menegur dan mendidik senator yang mewakili parti itu demi perpaduan dan kesejahteraan kaum di negara ini.
Kredit foto: Facebook
Setiap ahli politik sepatutnya memikirkan tentang sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini sebelum mengeluarkan sebarang cadangan atau kenyataan. - CARI
|