CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3582|Reply: 9

Maharaja Jepun turun takhta: Ini cerita yang anda perlu tahu

[Copy link]
Post time 29-4-2019 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 29-4-2019 06:32 PM

Maharaja Jepun turun takhta: Ini cerita yang anda perlu tahu
Agensi | Diterjemahkan oleh: Nailah Huda
April 29, 2019 14:06 +08



Maharaja Akihito akan melepaskan gelaran maharaja kepada anaknya, Putera Mahkota Naruhito. Foto - AP.

MAHARAJA AKIHITO, 85 tahun, bakal menjadi maharaja Jepun yang pertama turun takhta dalam 200 tahun pada Selasa ini.

Tidak seperti maharaja-maharaja sebelum baginda, mereka kekal di kedudukan tertinggi dalam hierarki pemerintahan Negara Matahari Terbit itu hingga ke akhir hayat.

Akihito bagaimanapun, bakal melepaskan gelaran maharaja kepada anaknya, Putera Mahkota Naruhito.

Ini fakta-fakta yang anda perlu tahu mengenai peristiwa ini:


Kenapa Akihito turun takhta?


Pada Ogos 2016, Akihito yang merujuk kepada umurnya yang meningkat dan kesihatannya yang semakin merosot, menyatakan keinginan untuk turun takhta sementara beliau masih sihat.

Sebagai simbol perlembagaan tanpa sebarang kuasa politik, beliau menyampaikan mesej itu kepada umum yang diterima orang ramai dengan segera dan kemudiannya diterima oleh kerajaan.

Namun, undang-undang imperial di Jepun tiada peruntukan bagi penurunan takhta bagi maharaja yang masih memerintah dan selalunya hanya membenarkan pewarisan selepas kematian.

Oleh hal yang demikian, kerajaan Jepun telah meluluskan satu undang-undang buat satu kali bagi membenarkan penurunan takhta Akihito.

Maharaja Akihito bersama isteri, Maharani Michiko.


Siapa yang bakal mengambil alih tempatnya?

Naruhito, yang bakal naik takhta pada Rabu, merupakan anak lelaki tertua Akihito daripada dua orang.

Seorang pemuzik yang gemar aktiviti mendaki, Naruhito, 59 tahun, pernah meluangkan masa 2 tahun untuk pengajian tinggi di Oxford.

Beliau pernah menulis tentang sistem pengangkutan di Sungai Thames pada abad ke-18 selepas melengkapkan pengajian sejarah di Universiti Gakushuin, sekolah bagi golongan bangsawan.

Isterinya, Masako, pula merupakan seorang bekas diplomat yang mendapat pendidikan di Harvard - kini sedang pulih daripada tekanan tinggi selepas melahirkan anak perempuan, Aiko, dan bukan anak lelaki seperti yang diharapkan.

Maharaja Akihito bersama Putera Mahkota Naruhito yang bakal mengambil alih tempatnya pada Rabu.

Aiko, 17 tahun, dilarang daripada mewarisi takhta bawah undang-undang Jepun yang hanya membenarkan lelaki untuk mengangkat gelaran maharaja lalu memberi laluan kepada adik lelaki Naruhito, Fumihito.

Seterusnya dalam barisan adalah anak lelaki Fumihito, Hisahito, 12 tahun.

Di sebalik perdebatan mengenai kesaksamaan hak wanita dan lelaki dalam kemaharajaan Jepun, rata-rata rakyatnya bersedia untuk menerima wanita sebagai maharaja Negara Matahari Terbit itu.

Berdasarkan satu kaji selidik oleh Yomiuri Shimbun antara bulan Oktober dan November 2018, hampir dua pertiga responden ingin undang-undang membenarkan wanita sebagai pewaris takhta.

Apa prosedur untuk menurun takhta?

Akihito akan mengumumkan penurunan takhta dalam upacara istana pada Selasa petang, namun akan kekal sebagai maharaja sehingga tengah malam apabila era Heisei berakhir dan Naruhito akan mengambil alih tempatnya dengan era baharu - era Reiwa.

Pada Rabu pagi, Naruhito dalam upacara pertamanya sebagai maharaja akan menerima alat kebesaran diraja.

Selain pegawai kerajaan, hanya kerabat lelaki dewasa yang dibenarkan hadir ke upacara tersebut, suatu perkara yang dikritik orang ramai.

Putera Mahkota Jepun Naruhito yang bakal mengambil alih tempat Maharaja Akihito pada Rabu.


Apa akan jadi kepada Akihito selepas turun takhta?

Akihito akan merangkul gelaran baharu, Emperor Emeritus atau Maharaja Emeritus, namun akan dilepaskan daripada tugas-tugas rasmi.

Antaranya termasuk menandatangani dokumen, menerima pembesar asing, menghadiri acara kerajaan dan menjalankan upacara istana.

Malah, beliau tidak akan menghadiri upacara naik takhta anaknya sendiri.

Selepas turun takhta, Akihito dan isteri Michiko akan berpindah ke kediaman diraja buat sementara sebelum bertukar dengan kediaman Naruhito setelah beberapa pengubahsuaian dilengkapkan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2019 06:33 PM | Show all posts
Maharaja Akihito turun takhta, Reiwa imperial baharu Jepun
Agensi | Diterjemahkan oleh: Nailah Huda

Mahajara Akihito dan Permaisuri Michiko akan berundur dari takhta diraja Jepun pada 30 April 2019 dan bakal digantikan dengan Tengku Mahkota Jepun, Putera Naruhito. - Gambar fail REUTERS

MULAI Mei 1, Jepun akan memulakan era imperial baharu yang dinamakan ‘Reiwa’ - bermaksud keharmonian dan ketertiban.

Ia bakal digunakan oleh Putera Naruhito sebaik ayahandanya, Maharaja Akihito turun takhta pada akhir bulan ini sekali gus mengakhiri era ‘Heisei’.

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga mengumumkan nama baharu yang ditunggu-tunggu itu dengan menunjukkan papan bertuliskan aksara perkataan tersebut.

‘Reiwa’ menyiratkan maksud: “Budaya dapat dilahir dan dipelihara apabila hati orang disatukan bersama,” kata Perdana Menteri Shinzo Abe di sidang media pada Isnin.

Nama yang datang daripada teks kuno Jepun itu turut selaras dengan agenda Abe yang konservatif bagi menaikkan semangat kebangsaan.

Ia diambil daripada Manyoshu, satu koleksi puisi kuno, berbeza daripada nama-nama imperial sebelum yang kebanyakannya dipetik daripada teks China.

Reiwa juga menjadi pilihan selepas kerajaan mengambil masa berbulan-bulan mengkaji kertas cadangan daripada ahli akademik negara itu.

Cadangan-cadangan yang diterima kerajaan juga dibincangkan secara muafakat oleh sembilan orang ahli panel yang merangkumi golongan cerdik pandai antaranya bekas Pengerusi Persekutuan Perniagaan Jepun, Sadayuki Sakakibara, novelis terkena, Mariko Hayashi dan pemenang Anugerah Nobel yang juga saintis Shinya Yamanaka.

Apabila ditanya mengenai keistimewaan menggunakan nama dipetik daripada teks Jepun, Abe kata: “Ia satu koleksi yang mempamerkan budaya kita, yang mana kita patut merasakan bangga.”

Menurut Koichi Nakano, seorang penganalisis politik di Sophia University, interpretasi Abe selaras dengan mesejnya kepada rakyat untuk merasakan sifat bangga dengan tradisi negara itu.

Jepun telah mengimport sistem kalendar imperial dari China sejak 1,300 tahun dahulu.

Terdapat empat nama yang digunakan dalam zaman moden: Meiji (1868-1912); Taisho (1912-1926); Showa (1926-1989) dan; Heisei yang kini digunakan dan bermaksud “mencapai keamanan”.

Maharaja Akihito yang dilahirkan pada 1933 mewarisi takhta diraja Jepun pada 1989 menggantikan ayahandanya Maharaja Hirohito sekali gus bergelar pemerintah ke-125 dalam sejarah panjang keluarga diraja negara itu.

Baginda merupakan putera diraja pertama yang berkahwin dengan wanita kebanyakan, Michiko Shoda pada 1959.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2019 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Pewaris takhta.
Terkenang-kenang ms mereka baru berkahwin n how masako struggle to fit in in royal family.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
With their pet

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2019 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
With their princess aiko. Undang-undang Jepun tidak menerima perempuan sbg pewaris takhta.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya sangat kagum dengan latar pendidikan dan kesarjaan keluarga diraja Jepun.

1. Akihito yang baru saja turun takhta merupakan saintis dalam bidang biologi marin — kepakarannya adalah sains ikan (ichthyology). Telah menerbitkan banyak jurnal saintifik. Antaranya pernah diterbitkan oleh Nature dan Science.

2. Masahito — adik Aikihoto, saintis dalam bidang penyelidikan kanser. Kepakarannya adalah pembahagian sel.

3. Michiko — isteri Akihito, banyak menyumbang dalam bidang sastera. Telah menerbitkan banyak karya sastera termasuk buku kanak-kanak. Sebahagian karyanya diterjemah ke dalam bahasa Perancis.

4. Takahito — pakcik Akihito. Digelar sebagai 'Sarjana Diraja'. Mempunyai kepakaran dalam bidang arkeologi, pengajian timur tengah dan bahasa semitik. Pernah menjadi pensyarah di pelbagai universiti di Jepun. Sering muncul di kaca televisyen dan radio.

5. Naruhito — Maharaja Jepun terkini pernah menjadi pelajar di University of Oxford. Memiliki Sarjana (Master) dalam bidang sejarah dan kemanusiaan.

6. Masako — Maharani Jepun terkini bergraduasi dari Harvard University dalam bidang ekonomi.

7. Fumihito mempunyai Ph.D dari University of Oxford. Merupakan saintis dalam bidang sains ikan seperti ayahandanya. Dia juga mempunyai jurnal bersama ayahandanya.

8. Kiko — isteri Fumihito, berpengetahuan dalam psikologi. Mempunyai Ph.D dari Ochanomizu University.

9. Nako — anak perempuan Akihito, saintis dakam bidang pengajian burung (ornithology). Bekas penyelidik di Tamagawa University. Berpengetahuan dalam sastera.

9. Mako — anak perempuan Fumihito, mempunyai Sarjana (Master) dalam bidang sejarah dan arkeologi dari University of Leicester. Merupakan penyelidik dan ahli arkeologi di Muzium Universiti Tokyo.

10. Kako — anak perempuan Fumihito, baru saja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi dari Leeds University.

11. Akiko — cucu saudara perempuan Akihito. Mempunyai Ph.D dari Oxford University dalam Sejarah Seni Jepun. Merupakan saintis di banyak institut di Jepun. Bekas Profesor Madya di Ritsumeikan University.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-5-2019 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
fb beliau banyak entry bagus-bagus

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
gambar keluarga

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2019 02:34 PM | Show all posts
nice info... tq2
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 01:04 PM | Show all posts
Guna gelaran raja sudah la. Dah tak ada empayar lagi apahal mau guna gelaran maharaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.072046 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list