CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 839|Reply: 1

[Tempatan] Kenal pasti tanah kerajaan terbiar untuk pertanian - Azmin

  [Copy link]
Post time 3-5-2019 08:11 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA, 3 Mei (Bernama) -- Tanah terbiar kerajaan yang tiada perancangan pembangunan akan dikenal pasti untuk digunakan bagi tujuan pertanian, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) akan meneliti kaedah untuk memberi peluang kepada petani dan pekebun kecil menggunakan tanah tersebut bagi meningkatkan pendapatan mereka di samping meningkatkan hasil pertanian negara.

"Menurut maklumat awal, terdapat banyak tanah milik kerajaan yang tidak dibangunkan selama ini dan tiada pelan pembangunan masa akan datang, jadi lebih baik kita bangunkan tanah ini untuk pertanian.

"MoA dengan kepakarannya akan menentukan kesuburan tanah itu untuk industri tertentu sektor pertanian," katanya pada sidang media bersama Menteri Pertanian dan Industri AsasTani Datuk Salahuddin Ayub selepas perbincangan strategik antara Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dan MoA, di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata imbangan dagangan makanan yang agak membimbangkan ketika ini menuntut kerajaan melihat potensi baharu bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap makanan import di samping meningkatkan pendapatan petani.

Menurutnya, walaupun eksport makanan meningkat 2.2 peratus pada 2018 berbanding 2017, namun dalam tempoh yang sama, import makanan turut meningkat pada kadar 3.5 peratus.

"Ini menyebabkan defisit dalam sektor tertentu seperti gula dan madu sebanyak RM3.2 bilion, daging dan sediaan daging RM3.2 bilion, sayur-sayuran RM3.3 bilion, bijirin RM3.4 bilion dan ternakan RM3.9 bilion," katanya.

Mohamed Azmin berkata pengurangan kebergantungan terhadap makanan import tersebut boleh dilaksanakan di Malaysia jika teknologi moden dan pendekatan baharu digunakan bagi meningkatkan produktiviti.

"Sebab itu MoA telah mencadangkan beberapa tindakan segera antaranya tanaman kontan tanaman inter crop (selingan) dan integrasi dan kita gunakan pertanian moden sama ada hidroponik, aquaponik, fertigasi atau pertanian vertikal," katanya.

Mengenai perbincangan hari ini, Mohamed Azmin berkata ia diadakan susulan pembentangan Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)’ di Parlimen pada 10 April lepas yang membuka ruang untuk memperkenalkan tanaman baharu yang mampu memberi hasil dalam tempoh yang singkat di bawah Program Hasil Baharu.

Beliau berkata sebuah jawatankuasa khas antara MEA dan MoA akan dibentuk, yang diketuai ketua setiausaha kedua-dua kementerian, bagi menggerakkan program itu yang melibatkan peruntukan RM1 bilion bagi tempoh empat tahun dari 2019 hingga 2022.

"Kita juga bersetuju untuk mengadakan latihan segera kepada generasi baharu Felda yang terlibat dalam pemodenan sektor pertanian pada ketika ini," katanya.

Sementara itu, Salahuddin berkata beberapa jenis tanaman yang boleh memberi hasil dalam jangka masa singkat seperti kunyit, halia, serai dan beberapa sayur-sayuran bernilai tinggi akan dilaksanakan secara bersistematik di bawah program itu.

"Untuk tanaman kekal, kita akan lihat potensi durian, nangka madu J33 dan tanaman kontan yang kita rasakan penting untuk membantu industri ternakan binatang seperti jagung bijian yang boleh digunakan untuk makanan ternakan," katanya.

http://bernama.com/bm/news.php?id=1722779

salah portfolio...wakakakakakkakakakakakakakakkakakakakakakakakakakakakakakakka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat sistem fertigasi kurang2 kena ada 20k untuk buat sistem tu sendiri. Buat permulaan petani kecil2an buat cara konvensional dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.058222 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list