CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33416|Reply: 184

Blanche Monnier - 25 Tahun Dikurung Ibu Sendiri Kerana Cinta

  [Copy link]
Post time 7-5-2019 02:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 6-5-2019 08:54 PM


Blanche Monnier dijumpai disebuah bilik kecil dirumahnya. Semasa ditemui, badannya dipenuhi dengan kutu dan najis beliau sendiri. Di dikurung dibilik kecil tersebut selama 25 tahun oleh ibunya, Madame Louise. Asal ceritanya si mak tak suka dengan pilihan anak dia Blanche ni nak kawin dengan pilihan hati anak dia yang datang dari orang kebanyakan. So, Madame Louise (Mak dia) decide nak hukom anak dia sebab degil tak dengar cakap orang tua.

Pada tahun 1901, Attorney genaral of Paris ( macam peguam negara kat Paris la ) dapat sepucuk surat yang pelik. Surat tu menyebut, keluarga Monnier ni ada kurung orang dalam sebuah bilik kecil kat rumah dia yang besau tu. Keluarga Monnier ni orang ada ada yang terkenal dengan kekayaan depa dan sangat dihormati oleh masyarakat di Paris masa tu. Madame Louise sendiri amat terkenal dengan kerja kerja charity diserata Paris, manakala anak lelaki dia Marcel Monnier adalah seorang peguam yang berjaya dan dihormati ramai.

Dengan reputasi keluarga ni, tiada sapa sapa yang akan sangka perkara perkara pelik macam ni boleh terjadi. Tapi peguam ni decide nak pegi selidik juga berkenaan dengan surat yang dia terima ni. Jadi, polis telah datang kerumah Monnier family ni dengan warant dan melakukan pencarian seperti yang dikabarkan dalam surat tersebut. Namun mereka tak jumpa apa apa. Tapi salah seorang dari polis ada terhidu bau yang tak menyenangkan datang dari tingkat atas rumah.

Mereka naik keatas, dan jumpa sebuah bilik yang berkunci dengan mangga besar. Mereka ambil keputusan untuk pecahkan mangga dan pintu tersebut dan masuk. Apa yang mereka dapati, bilik tersebut sangat kecil, hitam dan satu satunya tingkap yang ada telah ditutup. Bau yang ada dalam bilik tersebut sangat busuk, sampai polis pun tak tahan dan terpaksa pecahkan tingkap untuk keluarkan bau busuk.


Polis juga menjumpai seorang perempuan yang sangat kurus dan tangannya dirantai dikepala katil. Dia dikelilingi oelh najis najis yang dah lama dan busuk, sisa makanan, tikus, dan seranggga serangga kecil. Korang sendiri boleh bayangkan macam mana keadaan bilik tu kan. Pijat dan kutu merata rata atas tilam dia dan even badan dia sendiri penuh dengan pijat dan kutu. Ketika dijumpai ni, berat perempuan ni cuma 22 Kilo! Punya la kurus. Itulah dia Blanche Monnier, yang dah tinggal dalam bilik kecil tu dengan keadaan yang teruk macam tu selama 25 tahun.

Blanche segera dikejarkan kehospital oleh polis yang jumpa dia. Doktor kata keadaan dia masa ni sngt sngt kasihan dan bernasib baik kerana dia dijumpai. Kalau la lagi lama dia dikurung, maka dia akan mati dalam tu sorang sorang dia.

25 Tahun dahulu..... Blanche telah jatuh cinta dengan seorang peguam yang miskin yang datang dari orang kebanyakan dan lelaki tu jauh lebih tua dari dia. Mak dia, Madame Louise tak suka dengan pilihan hati Blanche kerana mak dia berkehendakkan dia berkahwin dengan orang ada ada yang datang dari golongan aristocrat. Masalahnya si Blanche ni degil. Dia dah jatuh cinta dan sayang habis dengan pakwe dia tu. Mak dia paksa dia untuk putuskan hubungan dan cari pasangan yang lebih setaraf dengan keluarga. Tetap Blanche ni tak nak.


Sebagai hukuman, mak dia telah mengambil tindakan tegas dengan mengurung Blanche didalam sebuah bilik kecil diatas rumah mereka. Selagi dia tak ubah pendirian dia selagi tu lah dia tak akan dibebaskan. Tahun bergantu tahun.... Blanche tetap dengan keputusan dan kedegilan dia dan tidak mahu mencari pasangan hidup lain. Even setelah kekasih yang dia sangat sayang tu dah meninggal, dia tetap tidak mahu untuk berkahwin dengan golongan have have ni. Mungkin kerana rasa cinta dan sayang dia pada lelaki tu sangat dalam tak terjangkau dek akal pikiran kita.

Sehingga kini, tiada siapa yang tahu, siapa yang menulis surat kepada attorney general berkenaan dengan pengurungan Blanche. Ada yang kata, servant atau pembantu rumah tu yang tulis surat tu, namun, ada rumor lain mengatakan, abang dia sendiri, Marcel Monnier yang tulis surat tu. Mak dia Madame Louise ditangkap tapi mati 15 hari lepas tu akibat serangan jantung. Mungkin akibat dari stress. Masa ni orang ramai berhimpun dijalan jalan sekitar Paris, mengkritik hebat perbuatan mak dia ni.


Abang dia Marcel, dibicarakan dan dikenakan hukuman penjara selama 15 bulan tetapi lepastu dibebaskan. Dia berjaya kemukakan bukti kepada mahkamah bahawa dia langsung tak halang pergerakan fizikal adik dia. Hahaha.. lawyer... Blanche Monnier pulak, selepastu dihantar ke pusat psikitari dan hidup disana sehingga kematian dia pada tahun 1913.

Begitulah serba sedikit cerita tentang kesetiaan cinta seorang wanita bernama Blanche Monnier. Iktibar apa yang korang nak ambil dari cerita ni, korang pikir lah sendiri. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.

      - Otto Von Bismark -


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2019 02:37 AM | Show all posts
Keratan akhbar di Paris masa kejadian ni tular.






Blanche Monnier.... dari rupawan jelita... kepada tulang 22 kilo.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2019 05:32 AM | Show all posts
up siket

                                    
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice....interesting Otto...

Deserve beribu ribu lemon kredit nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice....interesting Otto...

Deserve beribu ribu lemon kredit nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice...very interesting story Otto

Deserve beribu ribu lemon kredit nih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2019 06:31 AM | Show all posts
hebatnya cinta..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2019 06:50 AM | Show all posts
PristineOne replied at 6-5-2019 09:45 PM
Nice...very interesting story Otto

Deserve beribu ribu lemon kredit nih

sampai tiga kali ko post. semangat betol ko nak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2019 06:50 AM | Show all posts

Dia telah bekorban, anda bila lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.. cantik rupawan tinggal rangka je... Kisah antara dua darjat. Kisah laki tu tau tak tt? Kisah keluarga bangsawan vs rakyat mahaen, keluarga bangsawan lebih dapat liputan.

Tahniah tt karang sendiri, harap tak kena hijack la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 08:50 AM | Show all posts
OttoVonBismark replied at 7-5-2019 06:50 AM
Dia telah bekorban, anda bila lagi

anda sudah?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 08:55 AM | Show all posts
waktu muda muka dia macam Queenie Goldstein  cerita Fantastic Beast tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 09:13 AM | Show all posts
cantik dia masa muda tu.. ni layak tak nak dipanggil cinta sejati? sbb kekasih dia dah mati pun dia tetap tak nak kahwin2.. takde pic kekasih dia ke TT?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam dah pernah baca kat sini. But still interesting to read again lawa sangat masa muda. Tergamak mak dia   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 10:51 AM | Show all posts
Sedihnya pakcik. Pakcik buat saya menangis pagi pagi ni. Kejam sungguh mak dia. Macam mana lah keadaan dia 25 tahun macam tu. Saya tengok orang dalam penjara pun saya sedih. Apatah lagi macam ni, an innocent girl.

So dia mati dalam psychiatric ward lah, sempat tak dia happy? Pak cik cari lah gambar dia happy sikit, saya dah murung. There should be a happy ending.

Btw, selamat menyambut ramadhan buat pakcik dan makcik Otto.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 10:53 AM | Show all posts
OttoVonBismark replied at 7-5-2019 02:37 AM
Keratan akhbar di Paris masa kejadian ni tular.

Gambar ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2019 12:16 PM | Show all posts
kesiannya
lawa betul dia masa muda mudi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 234126 at 7-5-2019 02:24 PM

25 tahun dia hidup bwh tu takda tingkap, poorly and sparsely fed, takda interaction dgn manusia, pee and poop pun tempat yang sama. 25 years all that and she masih hidup bertahan. finally mati kat psych ward.



Pernah ada movie tak pasal dia ni ya?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 04:19 PM | Show all posts
nurrlisa replied at 7-5-2019 10:51 AM
Sedihnya pakcik. Pakcik buat saya menangis pagi pagi ni. Kejam sungguh mak dia. Macam mana lah keada ...

kerasnya hati mak dia..pasal bukan emnantu pilihan..sanggup dia korbankan anaknya..ada jugak manusia cenggini..sad!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2019 05:35 PM | Show all posts
puteribaya replied at 7-5-2019 08:19 AM
kerasnya hati mak dia..pasal bukan emnantu pilihan..sanggup dia korbankan anaknya..ada jugak manus ...

ko esok dah ada anak puang beso nanti jangan la keras sngt kat anak ko. kang dia sendiri yang kurong diri dia kang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.081574 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list