CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Pelbagai] Budaya meLEMANG...

  [Copy link]
Post time 9-5-2019 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dalam family meols, mmg ada makcik yg rajin buat lemang. sebenarnya byk sgt cara nk buat lemang ni.
antara cara buat lemang yg family meols pernah buat:
1) lemang yg dibakar
2) lemang yg dikukus atas periuk dapur
3) lemang yg dikukus dlm periuk atau oven dlm cawan.
biasa kalau musim raya aidilfitri atau raya haji, makcik meols akan cari buluh utk buat lemang.
banyak juga buluh yg digunakan, kdg2 dlm 20 batang mcm tu.
masa proses nk masukkan pulut dan santan, makcik meols dan family yg lain, akan hati2 nk masukkan bahan tersebut. sbb ada pantang larangnya. kalau buluh tu dah kne langkah, mmg pulut dan santan tu akan keluar balik, sbb meols pernah terlangkah dlo, jadi buluh tu dah x boleh guna balik...
lpas tu bermula la sesi membakar lemang, biasa bukan meols yg bakar lemang, jadi meols x berapa pasti berapa lama nk kne tunggu sampai lemang masak. anggaran meols 4-5 jam.
tahun lpas meols ada tgok, jiran meols guna mcm customade pembakar lemang dari besi dan disambungkan ke tong gas, sejam atau sejam lebih dah masak.
kalau bukan musim perayaan, contoh kalau kami masak rendang daging atau ayam, mmg biasa makcik meols guna dapur utk kukus lemang. lemang tu balut dgn daun pisang. meols rasa makcik kukus dulu pulut dan santan, dah separuh masak bru transfer ke daun pisang, lilit dgn tali rafia... boleh terus kukus.
kalau yg dlm cawan pun senang, masuk kan pulut, santan dan garam, agak2 dlm satu cawan, nk guna cawan plastik pon boleh dan daun pisang, kukus kat dapur dlm tempoh sejam atau sejam lebih....
lpas tu terus siap...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2019 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak beli lemang sebarangan di tepi2 jalan. Kadang keras ketung, hangit, tak naik rasa lemak, cepat basi. Lemang is not my favourite, Tak boleh nak makan kalau lemang beli ni. The only lemang I boleh makan berpotong-potong adalah lemang yg ayah I buat. Dicicah dengan rendang Perak style oleh my mum. Perghh nikmat dunia.

Lemang ayah I memang A++++. Semua orang request lemang dia. Selalunya bakar malam raya, kat kampung. So yang cari buluh dgn daun pisang adalah pakcik I, kami tukang isi beras dalam buluh, tolong letak daun pisang, tapi I kena leter hahaa sebab teknik masukkan beras tu salah, I gi ketuk2 konon nk bg beras jatuh ke bottom buluh tu, tapi tu salah. Lupa dah apasal. Ayah ai sanggup drive pegi Bukit Kayu Hitam nk cari stok beras pulut siam.

Kalau musim tak raya pun, kalau ada yang request, dia buat. Ni selalunya among neighbours la, share2 duit then buat la berbelas batang. Ramai je yang kata kalau buat niaga memang letop, tapi dia taknak, letih dia cakap sebab bermain dgn panas api masa membakar  tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka sangat lemang arwah mak ngah buat. Lemah dia buat kukus dulu, lepas tu baru bakar. Makan dengan rendang daging dia yang mabeles tu. Makngah ni hidup dia sempoi je. Kalau datang rumah dia wajib makan nasi.

Cukup marah kalau datang rumah dia kita taknak makan. Dua tahun lepas arwah makngah meninggal. Mak ngah ni anak kandung dia sorang je. Pastu ada sorang anak tiri dan sorang anak angkat.


Dua tahun lepas makngah meninggal. Rupanya makngah tinggalkan banyak sangat hibah untuk anak2nya. Dengar cerita dia hibahkan anak dia wang tunai hampir setengah juta


Semoga Allah merahmati arwah makngah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni asal nk raye je mula la fobia. Sbb nk kene buat lemang la hoi. Mak aku mane nk yg beli2 tu. Da la panas mase buat tu air plak xleh menom. Berbirat jgk moka aku duk dpn lemang tu panas nk mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Lemang tersedap yg pernah mkn setakat ni...yg famili adik ipaq buat...fuhh mmg sedap berlemak msk elok. Depa org perak...
Sukanya lenang....mkn saja tanpa rendang atau kuah apa2 pun tkpa dah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
multinicky replied at 9-5-2019 03:34 PM
aah..taman batu muda tu lah..die sekat simpang jalan..

Oh ye ke..slu npk tp x pnh beli..nnti boleh la beli..bkn ape  selalu beli lemang  tepi jln selalu terkena mcm2..mentah la,keras tepi,lembik n bsh2 pon pnh dpt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 9-5-2019 02:39 PM
tadi katak...

ular plak

tu kan binatang2 ni ingat rumah depa kot..sblm nk mkn belah bg hbs dlu br mkn jgn ptg ckt n trs mkn.kes lemang ular tu meninggal perempuan tu sbb mengidam sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Duduk bandar, jadi Kena beli saja. Sedara kat negeri 9 mmg diorg bakar sendiri. Kecik2 dulu mmg dpt mkn lemang bakar sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 10-5-2019 12:15 AM
Oh ye ke..slu npk tp x pnh beli..nnti boleh la beli..bkn ape  selalu beli lemang  tepi jln selalu  ...

so far yg meols dpt Alhamdulillah boleh katekan perfect lah.. lembut,lemak, xhangit pon n xkeras.. exactly what lemang should be...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang lemang senang nak Cari..Kat bazaar Ada...pasar malam Ada...yg bjual tepi jalan pun ada...dulu Masa Raya jer boleh jumpa lemang..la ni senang nak dapat. X Payah nak susah2..Ada duit tunjuk jer..
Cuma pada pndapat hakak value lemang tu sbagai juadah tradisi d Hari Raya dah jatuh nilai dah...sbb dah x exclusive..org dah x tertunggu-tunggu dah Hari Raya semata2 nak menjamah lemang. klu dulu lain...nak lemang kena tunggu Raya baru Ada...kmeriahan makan tu ada..Dan nikmat makan lemang tu lagi thrill sbb setahun sekali jer keluar ...very d exclusive gitewwww...eh eh..motif hakak terkenang zaman dolu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Laisa replied at 8-5-2019 08:29 PM
Iols suka sgt mkn lemang.. tp nak buat sendiri mmg tak lah.. pandai tunjuk2 je..  kdg2 kalau dah t ...

Kat mana lemang Tokki kat Kuantan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemang wajib ada sebab hari raya sedare mare memang cari rendang minang kat rumah mama. Pekena dengan lemanglah dan juga nasi himpit, masak lodeh.

Biasanya abah mama tempah siap-siap. Kalau lalu jalan Kijal, mesti singgah beli lemang sebatang dua sebagai tambahan.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik perak wajib laaaa makan lemang dgn rendang ayam/daging kering2 tu. Pergi raya 10 rumah, insyaAllah 6 rumah mesti ada lemang.

Kadang tu, lemang cicah dgn susu pekat pun sedap.

Kelamai, lemang jagung, dgn lemang pisang memang dicari2. 2 atau 3 rumah je boleh dapat lemang rare ni. Semestinya rumah otai2.

Fuhhhhhh terngiang-ngiang rasa lemang pisang ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2019 08:29 PM | Show all posts
3 tahun dah guna lemang periuk kera...kakak tempah dengan kolig...


Lemang periuk kera untuk pagi raya[url=]Ainal Marhaton Abd Ghani[/url]

LEMANG periuk kera. FOTO Ainal Marhaton Abd Ghani


LATIPAH menunjukkan kelongsong periuk kera. FOTO Ainal Marhaton Abd Ghani





LEMANG periuk kera kini semakin popular dan menjadi pilihan sebagai menu istimewa di pagi Syawal.

Biarpun pelbagai juadah istimewa Aidilfitri seperti lemang, ketupat, nasi impit, nasi minyak, lemang yang dimasak dalam kelongsong periuk kera pasti mencuri tumpuan tetamu yang berkunjung ke rumah.

Begitupun, bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan bekalan kelongsong periuk kera terutama di musim perayaan kerana permintaan sering kali melebihi penawaran.
Bagi suri rumah, Latipah Abdullah, 41, pengalaman sebagai peniaga lemang periuk kera setahun lalu sehingga tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan membuatkannya menukar strategi menjadi pembekal kelongsong (periuk kera) sahaja.

Sejak awal Ramadan lagi, dia sudah menerima permintaan menempah lemang periuk kera yang siap dimasak tetapi terpaksa menolaknya.

"Justeru, untuk tahun kedua saya tukar strategi dengan menyediakan kelongsong sahaja untuk dijual kerana lebih mudah dan menjimatkan masa.

"Alhamdulillah, saya menerima tempahan sehingga 20,000 biji kelongsong periuk kera termasuk pelanggan dari Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Melaka, Kelantan dan Terengganu selepas saya memuat naik status sebagai pembekal di laman sosial facebook bermula awal Ramadan lagi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Sungai Panching Selatan, dekat Kuantan.

Latipah yang dibantu suami, Ramli Hanifiah,51, juga berkata, seminggu sebelum Aidilfitri dia sudah menutup tempahan bagi memudahkan pengeposan dilakukan untuk pelanggan di luar daerah bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini seperti kiriman lambat tiba atau kelongsong rosak.

"Saya banyak terima tempahan kelongsong daripada pelanggan yang mahu jadikan lemang periuk kera sebagai juadah istimewa di pagi Syawal dan hidangan di majlis rumah terbuka selepas itu.

"Ada kalangan pelanggan mahukan lemang periuk kera yang siap dimasak tetapi saya tidak mahu ambil risiko membuat penghantaran kecuali yang menempah awal dan ambil sendiri di rumah saya," katanya.

Untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi, Latipah menggunakan khidmat penduduk kampung dan Orang Asli untuk mencari kelongsong itu di sekitar hutan di Gambang dan Muadzam Shah, Rompin.

"Beberapa kawasan hutan di kedua-dua kawasan ini sesuai dengan habitat tumbuhan periuk kera menyebabkan saya mampu memenuhi permintaan pelanggan yang ada antaranya menempah dalam jumlah yang besar." katanya.

Latipah berkata, kelongsong periuk keraitu dijual pada harga antara 30 dan 40 sen sebiji bergantung pada jumlah permintaan pelanggan dan dikenakan bayaran penghantaran bergantung pada jenis perkhidmatan pengeposan digunakan.

"Bagi tempahan melebihi 1,500 biji pula saya tidak mengenakan sebarang kos penghantaran.

Bagaimanapun, bagi pelanggan sekitar Kuantan, mereka akan datang ke rumah untuk menjimatkan kos," katanya.

Latipah berkata, kaedah penyimpanan kelongsong periuk kera penting untuk dititikberatkan untuk mengekalkan kualiti dan bertahan lama sehingga 10 hari selepas dikutip.

"Kelongsong tidak boleh disimpan tempat terdedah kepada cahaya matahari dan tempat panas kerana mudah rapuh dan pecah sebaliknya perlukan tempat gelap dan lembab, bersesuaian seperti habitatnya di hutan sebelum di kutip.

"Kelongsong berbentuk bujur atau bulat yang segar dan tidak berlubang amat sesuai digunakan untuk membuat lemang," katanya.

Beliau berkata, permintaan lemang periuk kera kini mampu mengatasi permintaan lemang menggunakan buluh kerana teksturnya yang lebih lembut dan berlemak selepas dimasak.
"Penghasilan lemang periuk kera juga tidak begitu rumit kerana hanya memerlukan beras pulut, santan pekat dan garam selain gula bagi yang ingin mendapatkan sedikit rasa manis dan ia hanya dikukus berbanding lemang buluh yang dibakar.

"Beras pulut direndam antara satu hingga dua jam untuk melembutkannya sebelum dimasukkan dalam kelongsong yang kemudian dicurahkan santan.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2019 08:30 PM | Show all posts
Lolalala replied at 11-5-2019 06:59 PM
Balik perak wajib laaaa makan lemang dgn rendang ayam/daging kering2 tu. Pergi raya 10 rumah, insyaA ...

Wah...lemang pisang + jagung
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2019 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-5-2019 08:30 PM
Wah...lemang pisang + jagung

Dekat gombak batu 6, ada satu pakcik ni jual lemang jagung,pisang,kelamai masa nak raya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2019 01:31 PM | Show all posts
Pernah cuba lemang segera ..kurengggg
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
I selalu makan yang sedara bawak bila berkunjung ke rumah je.. makan cicah air gula pergh sedap. Rendang pon sedap. Tak tahu beli kat mana.

Kalau yang beli sendiri, selalu beli kat sogo. Sedap sangat. Tapi dah beberapa tahun tak ke sogo. Ada beli lemang randomly kat tepi jalan, pulut nya tak masak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu zaman kanak2 mawar selalu tengok atok nenek melemang..malam sebelum raya start membakar. Tapi proses dan persediaan bahan dan alatan bermula dari seminggu seblm raya lagi.

Bermula dari masuk hutan cari buluh utk dibuat lemang. Kena pandai pilih kalau salah pilih buluh besar terus jd meriam buluh. Then cari daun pisang yg muda utk dijadikan alas dlm buluh. Mencari pulut yg wangi dan kelapa yg elok untuk diambil santan dan tempurungnya.

Proses seterusnya rendam beras pulut. Kemudian kukur kelapa dan diperah santannya. Tempurung dikumpul dan dikeringkan utk dibuat bara membakar lemang.

Sehari seblm raya masing2 dah mula sibuk si lelaki sibuk siapkan tempat nak membakar lemang. Tanam tiga atau empat besi di dlm tanah secara berdiri dan ikat dawai besi dari hujung ke hujung. Simple tp pastikan kukuh.

Bakar tempurung menjadi bara sebelum memulakan proses membakar lemang.

Kaum ibu pula mula sibuk masukkn beras pulut dan santan kedlm buluh yg dah dialas. Kemudian disandarkn pada dawai yg merintang di antara dua besi.

Kemudian bergilir2 bolak balikkn lemang sambil menjaga bara api sehingga masak.

Sekadar memori anak kecil waktu itu.. kalau salah tolong betulkan

Tapi yg pasti kenangan membakar lemang semakin berlalu pergi,seperti kembalinya generasi yg terdahulu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemang ni selalu dengar cicah serunding la gulai ke sambal ke kan
Atau ada jugak yg makan begitu saja

Saya suka lemang cicah susu pekat adoiii sedapnya oi lemak manis gittew
Dedulu masa kat kampus kengkawan heran gakla tapi skrg deme pun makan dgn susu pekat jugak hahaha

Lemang cicah sambal tumis daging pun best atau belah utara panggil masak cabai daging
Daging potong halus halus nipis sedapnya makan dgn lemang tu
Ish memories

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.133500 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list