CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8168|Reply: 3

Rumah perlindungan wanita hamil

[Copy link]
Post time 8-5-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH BONDA KUALA LUMPUR:

Jangan risau:
Baca link ini dulu:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156449209606478&id=721706477

JIKA ANDA ADALAH (bawah 25 tahun) dan didapati :-

Wanita hamil tanpa suami;
Wanita hamil tanpa kerelaan;
Golongan remaja bermasalah yang memerlukan perlindungan sementara.

BANTUAN SEPERTI :-
Pertolongan kerohanian kepada penghuni daripada pelbagai pihak (penjaga, agensi).
Penghuni mendapat kemudahan pemeriksaan dan rawatan di klinik dan hospital yang bekerjasama dengan Rumah Bonda.
Penghuni dapat melahirkan bayi dengan selamat di Hospital Kerajaan
Penghuni memperolehi skill terpilih dan motivasi secukupnya untuk pembentukan jatidiri berdasarkan peluang dan tempoh berada di rumah
Penghuni dapat memulakan hidup baru (kembali bekerja atau pulang ke pangkuan keluarga)

KAMI BANTU URUSKAN
Makanan dan minuman harian
Urusan bersalin
Tanam uri
Cukur jambul
Sunat
Suntikan bayi
Keperluan pakaian ibu dan bayi
Urutan selepas bersalin
Penjagaan sehingga 100hari berpantang
Urusan klinik kesihatan dan hospital
Urusan pendaftaran buku pink
Pendaftaran kelahiran di JPN

Sebarang info atau pertanyaan sila layari laman media rasmi Facebook Rumah Bonda :
Rumah Bonda
NO 7, Jalan Residen 4,
Laman Residen,
Kipark Seri Utara,
68100 Kuala Lumpur
+60 19-203 1173 Bainun
Facebook:
https://www.facebook.com/rumah.bonda.kl

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur-
CIMB
800-99-666-86

Terima kasih.

Syed Azmi
Penasihat Rumah Bonda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2019 06:54 PM | Show all posts
terima kasih ngo2 prihatin.

teringat kes derma di rumah orang2 tua, time ramadhan penuh , lepas ramadhan  kosong. kaka guna jurus naruto untuk kenal pasti siapa orang tua memang duduk menginap  .

alhamdulillah. mengalir air mata naruto kaka.. kepada yang nak menderma bulan ramadhan pastikan sampai kepada yang berhak bukan yang ambil kesempatan di bulan ramadhan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2019 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts

Tolong faham dan kongsi.

Untuk wanita /remaja warganegara Malaysia yang mengandung luar nikah.

1. Surat beranak bayi anda BOLEH DIBUAT walaupun tak berkahwin sebab jika IBU nya warganegara Malaysia,  bayi tersebut akan automatik jadi warganegara Malaysia.

Maklumat bapa: akan ditulis "Tiada Maklumat"

Status anak: Warganegara Malaysia.
Status anak: Tak sah taraf (sebab di lahirkan luar nikah)

*Kalau ibu itu warganegara negara lain, surat beranak boleh di buat tapi  kewarganegaraan adalah mengikut si ibu yang melahirkannya.

2. Kalau kahwin luar Malaysia dan tak daftar dalam negara Malaysia, kemudian mengandung dan melahirkan anak di Malaysia

Status anak:
Kewarganegaraan: ikut ibu
Status anak: kalau oleh jurunikah yang bertauliah, dari syariahnya anak sah taraf.
Status anak: sebabkan tak berdaftar dengan kerajaan Malaysia , anak itu di anggap tak sah taraf (dari undang-undang kerajaan Malaysia); jadi
Maklumat bapa dalam surat beranak: Tiada maklumat.

Kalau dapat semua bukti kahwin luar Malaysia oleh jurunikah yang sah dan didaftarkan semula di Malaysia (tapi kira lewat lah)- kena denda dan maklumat bapa boleh di mohon masuk melalui JPN (Tapi saya tak pernah nampak yang ni)

Kalau tak dapat kumpul bukti dan di minta kahwin semula di Malaysia, di mata undang-undang Malaysia,  semua anak yang dilahirkan sebelum kahwin semula kira tak sah taraf dan maklumat bapa tiada.
Kewarganegaraan ikut ibu.
Ini yang ramai terlepas pandang.

Tapi sebenarnya:
"Jika perkahwinan tidak mengikut prosedur undang2 di Malaysia, kemudian bila dh buat permohonan pengesahan nikah & diputuskan oleh Mahkamah Syariah bahawa perkahwinan tersebut tidak sah tetapi dah ada ank hasil perkahwinan tersebut,  pihak2  boleh cuba buat  permohonan pengesahan nasab anak di Mahkamah Tinggi Syariah. Jika Mahkamah Tinggi Syariah mensabitkn anak tersebut adalah ank sah taraf,  dapatkan perintah bertulis & bawa ke JPN utk masukkan nama bapa."

YANG PALING PENTING IALAH KEWARGANEGARAAN.  Jadi tak kiralah luar nikah atau ibu tunggal,hak buat surat beranak anak itu serta kewarganegaraan ikut ibu itu yang paling utama.

Kalau nak buat pengangkatan atau nak "buang", paling basic buatjelah Surat Beranak dulu then serahkan sekali dengan bayi. Sebab kewarganegaraan bergantung pada ibu.

Last sekali, jangan biarkan sesiapa pun takutkan kita bab bin binti ni.
Nama penuh saya dalam ic dan surat beranak ialah Syed Azmi Alhabshi.  Takde bin pun.
Kalau ada agensi yang musykil, cakap JPN lepas, takkan nak lawan kot.

Jadi ingat kalau bersalin tanpa suami, hak anak tetap ada untuk mendapatkan surat beranak dan kewarganegaraan bergantung pada ibu.

Sekian.

Salam Syed Azmi Alhabshi
Small Lamb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2019 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
surat beranak dokumen penting.

apa pun terjadi, pastikan anak tak kira apa status pung ada.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059494 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list