View: 3399|Reply: 21
|
[Tempatan]
Padah tular gambar harimau dahan.
[Copy link]
|
|
ANTARA gambar yang tular di media sosial. FOTO Ihsan Pembaca.
JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka
memburu semua individu dalam gambar bersama bangkai harimau dahan yang tular di media sosial.
Gambar berkenaan dipercayai dirakam di sebuah ladang pertanian di Kampung Kemuning, Alor Gajah, semalam.
Pengarah PERHILITAN negeri Mohd Hasdi Husin berkata, semua individu dalam gambar yang tular di laman sosial itu diminta tampil segera bagi membantu siasatan kerana haiwan terbabit
atau nama saintifiknya Neofelis Nebulosa adalah spesis dilindungi.
“Kami membuka kertas siasatan berdasarkan gambar yang tular, bukan aduan oleh mana-mana pihak.
“Satu laporan polis berhubung perkara ini sudah dibuat, selain itu pegawai penyiasat kami sudah ke lokasi dan mengambil bangkai harimau terbabit yang sudah ditanam,” katanya, ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, semua individu memegang dan memikul haiwan terbabit diminta tampil memberi keterangan sebelum pihaknya membuat tangkapan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 68(2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta 716.
Difahamkan, pegawai PERHILITAN menggali semula bangkai harimau dahan ditanam itu8 malam tadi, sebelum menjalankan siasatan termasuk mengesan lima individu dalam gambar yang tular.
Menurut sumber, lima lelaki berusia 30-an hingga 60-an ditahan 11 pagi tadi bagi membantu siasatan jabatan terbabit.
Berdasarkan gambar yang tular di Facebook N9 Radar, terdapat beberapa individu bergambar dengan harimau dahan terbabit yang dipercayai sudah mati.
Netizen yang melihat tular terbabit memberi pelbagai komen termasuk menggesa pihak berwajib mengambil tindakan ke atas pelakunya.
sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...-harimau-dahan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesian
cantik gila spot dia
apa ko sibuk bergambor dgn rimau dah mati tu punde?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat kampung belah husband i, ada jalan dalam yang menghubungkan Muar and Segamat. Jalan tu melalui hutan simpan kerajaan. Ade je anak anak kucing batu kadang kadang terdampar di tepi jalan sebab terlanggar kereta dengan lori. Some peneroka juga suka suka tembak tenuk dan kucing hutan. Kesian i tengok kalau binatang tu terdampar tepi jalan.
Pernah sekali ular sawa batik melintas, MIL suh FIL langgar je ular tu (MIL citer kat I). I cakap je, biarkan aje la hidup. Kesian dia nak hidup jugak. Kejamnya manusia. Ular tu bukan melilit ko pun. Tumpang lalu je. Slowkan aje la kenderaan. I tak faham mentaliti pprt terhadap haiwan macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
isseliparjepun replied at 10-5-2019 09:36 AM
Kat kampung belah husband i, ada jalan dalam yang menghubungkan Muar and Segamat. Jalan tu melalui h ...
Mentaliti org kampung takde pelajaran kot. Tp bkn semua la. |
|
|
|
|
|
|
|
fuh rare sgt nie. kategori spesis terancam la nie kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh dh mati ke? Ai tengok mula-mula ingatkan hidup lg.. so mcm berani je dorang bergambar.. karnivor tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kan bagus cmni,
terus buat keje, pi jupe org tu tnya, skalipun cume viral dlm media
ni ada satu agensi tu, senyap aja org viral kt socmed, pastu bagi alasan, tunggu org tu report dulu baru bergerak bontotnya ..
dasar makan gaji buta gamaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
isseliparjepun replied at 10-5-2019 09:36 AM
Kat kampung belah husband i, ada jalan dalam yang menghubungkan Muar and Segamat. Jalan tu melalui h ...
Jangan bunuh...kalau mengancam atau Menyerang spray dengan pepper spray...kalau boleh bawa pepper spray ke mana2...especially hiker, penoreh dan petani. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau terjumpa lebih elok bagitahu kepada pihak perhilitan supaya mereka boleh bertindak menyelamatkan. Kalau dah mati macam dalam kes ni satu hal semua kena siasat silap2 kena denda kerana membunuh species terancam. |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas perhilitan. Senyap-senyap pantau ruang siber. |
|
|
|
|
|
|
|
wow proaktif pulak perhilitan kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingat kes kucing masuk dlm mesin dobi, viral mengamuk netizen, tp ni harimau dahan yg da nak pupus xbrp nak mengamuk sgt..pelakunya bangsa ape ye, skrg ni kne tgk bangsa2 ape br sedap sket nak bercerite |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 11-5-2019 10:55 AM
Ingat kes kucing masuk dlm mesin dobi, viral mengamuk netizen, tp ni harimau dahan yg da nak pupus x ...
Puak rentung berdasarkan gambar |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 10-5-2019 11:08 AM
kan bagus cmni,
terus buat keje, pi jupe org tu tnya, skalipun cume viral dlm media
JAS?
|
|
|
|
|
|
|
|
Cari sampai dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia.Doom replied at 10-5-2019 11:13 AM
Jangan bunuh...kalau mengancam atau Menyerang spray dengan pepper spray...kalau boleh bawa pepper ...
aku sayang binatang
nilai harimau ni seekor adalah bersmaan 100 nyawa petani.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Malaysia.Doom at 11-5-2019 11:07 PM
sekngucing replied at 11-5-2019 10:59 PM
aku sayang binatang
nilai harimau ni seekor adalah bersmaan 100 nyawa petani..
Benda NI boleh elak dengan pepper spray kalau menyerang.
Meols harap Jabatan Pertanian boleh nasihatkan petani bawa pepper spray kalau takut diserang harimau atau gajah. Jgn gunakan senjata tajam.
Meols dlm kebun Ada pokok Pisang memang tinggalkan sikit buah Pisang dlm kebun...benda cam monyet Dan lotong ni dia takkan makan semua dia Pon tinggalkan sikit pada Kita.
Babi meols halau guna deterrent homemade...takda tembak2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|