CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5637|Reply: 1

Anak Rosman Vokalis Kumpulan Qiara Meneruskan Legasi Bapanya

[Copy link]
Post time 10-5-2019 11:10 AM | Show all posts |Read mode

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.


Andai pada era 1990-an, Rosman ligat di pentas bersama kumpulan rock, Qiara, kini anak vokalis itu, Muaz meneruskan legasinya sebagai penghibur.


Muaz atau nama penuhnya, Muhammad Muaz Mustaqim Rosman, 18, adalah artis pertama disunting Syarikat Strumhits milik penyanyi kerohanian, Hafiz Hamidun, awal tahun ini.


Sebagai taruhan, single berjudul 5 Minit ciptaan bekas anggota kumpulan Sleeq, Alif dilancarkan sebagai salam perkenalan.


Muaz memberitahu, dia mula menyanyikan lagu artis lain secara serius sejak tingkatan dua.


“Sebenarnya, adik saya, Amar lebih dulu menunjukkan minat menyanyi dan menyertai pertandingan.


“Saya mengikut jejak sama dengan lagu pertama yang dikongsi di Instagram adalah Senyum dendangan Asad Motawh.


“Sejak itu, saya banyak berkongsi lagu yang dinyanyikan dengan cara tersendiri di Instagram. Tak sangka minat saya diintai Strumhits hingga ditawarkan menjadi artis naungan,”


Ayah Muaz, Rosman cukup popular dengan lagu Hanya Padamu ketika bersama Qiara.


Muaz yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, sejak kecil, dia sering dibawa ayah ke lokasi persembahan dan diberi pendedahan awal di pentas.


Muaz tidak menyangka panggilan diterima daripada Hafiz membuka pintu kepadanya menjadi artis rakaman.


“Disebabkan saya masih mentah, perbincangan banyak dilakukan dengan bapa. Berdebar terima lamaran tetapi saya optimis untuk berkongsi bakat dan meneruskan legasi ayah,” katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2019 03:38 PM | Show all posts
gilos jambus

kenyang di balun ustaz jadian gayah kalo dpt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.313983 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list