CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1272|Reply: 6

[Tempatan] Statistik 2019: Jumlah PENDUDUK Malaysia 32.66 JUTA, lelaki MELEBIHI wanita, set

  [Copy link]
Post time 15-5-2019 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 15-5-2019 03:39 PM

32.66 juta penduduk Malaysia, lelaki melebihi perempuan
15 Mei 2019 2:12 PM

Nisbah jantina penduduk Malaysia ketika ini adalah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Penduduk di Malaysia yang dicatatkan pada suku tahun pertama 2019 dianggarkan berjumlah 32.66 juta, dengan penduduk lelaki melebihi perempuan, demikian menurut Perangkaan Demografi bagi suku tahun pertama 2019.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penduduk lelaki yang dicatatkan dalam tempoh itu berjumlah 16.86 juta, berbanding penduduk perempuan seramai 15.80 juta.

"Nisbah jantina adalah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai laporan perangkaan demografi itu.

Beliau berkata, daripada 32.66 juta penduduk itu, sebanyak 29.31 juta adalah penduduk warganegara manakala 3.35 juta bukan warganegara.

Selangor mencatatkan komposisi penduduk tertinggi iaitu 6.54 juta orang manakala Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu 92,640 orang, katanya.

Katanya, jumlah penduduk yang dicatatkan pada suku tahun pertama 2019 itu meningkat 1.1 peratus berbanding 32.29 juta pada suku tahun pertama 2018.

Selain itu, bilangan penduduk berumur bawah 14 tahun (umur muda) turun daripada 7.71 juta pada suku tahun pertama 2018 kepada 7.69 juta suku pertama tahun ini, manakala penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) pula meningkat daripada 22.51 juta kepada 22.80 juta bagi tempoh sama.

Menurut Mohd. Uzir, bilangan penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) pula meningkat daripada 2.07 juta kepada 2.17 juta bagi tempoh yang sama, katanya.

"Trend yang ditunjukkan ini adalah selari dengan negara-negara maju iaitu negara ke arah penuaan penduduk," jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Uzir berkata, sebanyak 116,850 kelahiran hidup direkodkan pada suku pertama 2019 manakala sebanyak 42,647 kematian direkodkan dalam tempoh itu. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2019 03:36 PM | Show all posts
Bukan LGBT, tp ada lelaki jadi criminal, masuk jail, main dadah etc.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 03:45 PM | Show all posts
7 orang laki tu dah ghaib salah parking jantina salah sorang abg jat. mohon kemaskini statistik
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki ramai tetapi yang berkualiti kurang kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 11:08 PM | Show all posts
Perempuan pun banyak lesbian, calm your tits sudeh
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ghaib tu kat pusat serenti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2019 08:25 AM | Show all posts
3.35 juta bukan warganegara
yang PATI berapa juta pulak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.062963 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list