CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25033|Reply: 113

Nathuram Godse - Pembunuh Mahatma Gandhi

[Copy link]
Post time 16-5-2019 04:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 15-5-2019 08:24 PM


Hari ni kita baca serba sikit pasal sejarah India pulak. Asyik tengok belah omputih je, boring jugak. Panjang sikit tapi berbaloi untuk dibaca. Ok, sedikit pengenalan kepada Gandhi. Mohandas Karamchan Gandhi, atau nama femes beliau Mahatma Gandhi adalah tokoh nasionalisme dan bapa kemerdekaan India. Asalnya dia seorang loyar yang berkhidmat di Afrika Selatan, kemudia balik ke India untuk berkhidmat dinegaranya sendiri. Pada yang belum tahu, Gandhi mengamalkan Non-Violent dalam memerdaheka kan India dari belengu penjajahan British. Gelaran Mahatma diberikan kepada Gandhi atas jasa jasa yang beliau curahkan kepada India. Asal perkataan mahatma datang dari bahasa sanskrit yaitu MAHATMAN yang membawa maksud holly-man, blessing, yang terpuji, yang dimuliakan dari sudut agama dan filosofi hinduism. Kira antara derjat paling tinggi la bagi derang ni. Panggilan lain keatas Gandhi juga ada yaitu Gandhi Ji yang membawa maksud Bapa Kepada Negara, cakap omoputeh dia Father Of The Nation. Ironiy-nya, Gandhi mati dengan cara keganasan dimana kontra dengan ajaran beliau, non-violent.


Hokey... Berbalik kepada si pembunuh. Nathuram Godse, nama penuh beliau Nathuram Vinayak Godse, dilahirkan di Maharashtra, India pada tahun 1910. Nathuram ni anak kelima dalam family dia. Dia ada tiga abang yang paling tua tapi semua tiga tiga ni mati masa kecik kecik, yang survive cuma kakak dia, anak keempat. Bila mak bapak Nathuram nampak yang tiga anak lelaki dia mati masa kecik, diorang fikir mungkin kalau ada anak lelaki akan disumpah sampai mati. Jadi nathuram ni dibesarkan dengan cara perempuan. Semasa kecil Nathuram dipakaikan dengan pakaian perempuan, malah hidung dia ditindik sebagaimana kanak kanak dan orang perempuan di India masa tu menindik hidung diorang. Lama lepas tu, dia dapat adik lelaki dan adik lelaki dia dapat hidup lama tak mati masa kacik. Barulah Nathuram dibesarkan dengan cara yang sepatutnya yaitu lelaki. Lagi satu, family dia ni percaya yang Nathuram ni seumpama ada belssing dan kelebihan. Maka dia dijadikan perumpama antara doa family dia dengan tuhan dia.

Bila Nathuram membesar, dia dah mula terjebak dengan dunia politik, dan perlahan lahan menjadi pengikut politik pada masa tu. Nathuram sangat terkesan dan tertarik dengan cara Gandhi dalam berpolitik dan sekali gus menjadi salah seorang pengikut Gandhi pada waktu tu. Dia sangat bersetuju dengan pendirian dan cara Gandhi yang tak mahu bagi support dan tak sokong kat penjajah British masa tu.

Tapi bila family dia pindah ke Ratnagini, jauh dari Gandhi, dia terpaksa ikut sekali dan disitu dia joint pulak satu gerakan politik radikal dalam menentang penjajahan British kat India. Beberapa tahun yang mendatang, dia joint banyak group politik yang berteraskan kemerdekaan tanah India. Salah sorang tokoh yang menjadi ikutan Nathuram masa ni adalah Vinayak Savarkar.

Si Vinayak ni dia menyeru kepada rakyat india untuk bangkit menentang penjajah dengan mengangkat senjata, yang mana sangat kontra dengan cara Gandhi yaitu dengan jalan perdamaian dan keharmonian. Cara Gandhi banyak main style boikot boikot. Agak tak suke, boikot jangan beli produk British. Tu pasal Gandhi rela berlapar dan puasa dari makan makanan produk British. Rakyat pulak nampak cara ni, dan mainan psikologi Gandhi berkesan bila rakyat turut sama berlapar demi tak beli barang keluaran British. Balik kepada cara Vinayak tadi, Vinayak juga mengetengahkan idealisme "Hindutva", yaitu tanah India untuk agama hindu sahaja. Walau bagaimana pun, kedua dua tokoh ni, Gandhi dan Vinayak menuju kepada tujuan yang sama. Nak bebaskan India dari belengu penjajah Barat.


Walau bagaimana pun juga; Gandhi bukan sahaja nak bebaskan India dengan cara tak melawan dan angkat senjata, tapi Gandhi juga banyak menyebelahi dan melindungi orang Islam yang ada di India. Ini dah sangat bertentangan dengan cara Vinayak yang mana dia akan buat apa saja untuk merdekakan India dan dia anti kepada agama selain Hindu. So dari sini, si Nathuram ni dah banyak termakan kata kata dan dakyah Vinayak.

Pakcik respek kat Gandhi, ada satu kisah. Sorang rakyat marhen datang kat Gandhi kata masa riot antara hindu dengan muslim dia ada bunuh sorang budak muslim. Mamat ni tanya Gandhi cam mana nak hapuskan dosa dia tu. Gandhi kata, ko cari sorang budak anak orang muslim yang sebaya dengan budak yang ko bunuh dulu tu, ko besarkan dia dengan cara muslim juga. Sikit pun ko jangan culas dalam membesarkan dia cara muslim. ko ajar dia sembahyang  cara muslim, ajar dia mengaji kitab muslim ko pakaikan dia cara pakaian tutup aurat muslim. See ???

Ok, berbalik semula kat tajuk utama. Pada tahun 1947, India pun merdeka dari British.... sepuluh tahun sebelum kita merdeka. Sejarah kata, pakistan berpecah dari india dan jadi negara islam dengan presiden pertama diorang Liaquat Ali Khan. Masa ni berlaku migrasi besar besaran orang muslim di India pindah ke Pakistan. Masa ni jadi riot kat India, dan Gandhi protes bila India potong budget untuk tolong bangunkan negara baru Pakistan seperti yang pernah dijanjikan dalam perlimen.


Perkara ni jadi terlalu sensitip dan keterlaluan kat Nathuram Godse, bila tokoh pujaan dia Gandhi yang juga penganut Hindu buat perkara macam tu. Ye la, ko agama laing kenapa nak sibuk sibuk tegakkan hak agama orang laing. Pasal duit pulak tu, pepandai la dia nak cari duet sendiri bila dah jadi sebuah negara. Gandhi antara penyokong kuat penubuhan Pakistan satu hal, ni nak boikot boikot pulak pasal tak bagi duit satu hal. Wal hal Gandhi nampak, hindu dan muslim tak boleh duduk dalam satu negara. sejak zaman berzaman derang ni akan bergaduh.

"Tidak diragui, masa depan aku akan musnah sama sekali,
tapi negara India akan selamat dari campur tangan orang muslim pakistan"
- Nathuram Godse

Pada januai tahun 1948, Gandhi melawat salah satu daerah yang jadi riot antara muslim dengan hindu kat New Delhi. Tujuan lawatan dia sebab nak damaikan perbalahan antara dua agama ni. Pada 30 januari tahun yang sama, on the way dia nak pegi sembahyang kat kuil, datang si Nathuram Godse menghalang perjalanan Gandhi. Nathuram sempat sujud kat kaki Gandhi tanda hormat, kemudian bangun dan melepaskan tiga das tembakan kat batang tubuh Gandhi. Bang!  Bang! Bang!.... Gandhi pun mati.....

Nathuram kemudiannya ditahan dan dipenjarakan atas tuduhan membunuh. Semasa dibicarakan dimahkamah, dia mengaku bersalah atas tuduhan jenayah membunuh Gandhi. Nathuram dijatuhkan hukoman mati. Tapiiiiii.....  anak anak Gandhi cuba untuk selamatkan Nathuram dari hukuman mati tu. Kerana ianya adalah satu hukuman yang sangat berlawanan dengan pegangan Gandhi selama hayat dia, non-violent. Tapi tak berjaya, lebih ramai rakyat india masa ni nak kan Nathuram dihukom mati. Jadi, pada tahun 1949 Nathuram dan konco konco dia dijatuhkan hukoman mati.

Begitulah serba sikit cerita tentang si pembunuh Mahatma Gandhi, Nathuram Godse. Apa yang kita boleh pelajari disini, janganlah kita menjadi terlalu fanatik dalam berpolitik. Kelak memakan diri sendiri. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.


      - Otto Von Bismark -





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2019 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade new Thread Yes yes
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq otto

Agak2 family pembunuh ni kena boikot tak dgn org india? Sebab bangsa sendiri yg bunuh bapa kemerdekaan depa
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 06:34 AM | Show all posts
tq pokcik.. keep it up!
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 08:17 AM | Show all posts
yeah
keep posting
best jugak baca sejarah Gandhi ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhlak islam ada pada orang bukan islam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow pakcik such a nice writing! Terpegun Saya Baca. Banyak yang pakcik tulis ni new information to me, thank you for sharing. Sangat remarkable Ghandi ni. Saya Ada pegi Tengok rumah Dia outside Mumbai. Asal dari family kaya, based on photographs. Ada gambar the English lady that stayed with him.

Tak sangka kematian Dia oleh somebody he knows.

Bila Baca sejarah Ghandi di beri sejarah yang bagus tetapi Nehru di jatuhkan sebagai selfish. Saya Tanya orang Pakistan sendiri. Mereka kata Itu Tak Betul. But this is a different story.

Thank you once again for this pakcik. Such an enjoyable read.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 16-5-2019 02:59 AM
Wow pakcik such a nice writing! Terpegun Saya Baca. Banyak yang pakcik tulis ni new information to m ...

Pompuan mat saleh tu nama dia Madelaine Slade. Gandhi panggil dia Mirabehn atau Meera Behn. Asal orang British. Dia kerja dengan Gandhi dan duduk dengan Gandhi. Kira jadi anak murid Gandi jugak la dia tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2019 11:52 AM | Show all posts
wah cerita baru..tq en otto
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 12:02 PM | Show all posts
Thanks for the info
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
I enjoy tengok movie Gandhi lakonan Sir Ben Kingsley tu. Macam masa tu i kecik lagi. Rasa macam sekolah menengah. Itu salah satu pencetus i minat sejarah dunia. Susahnya nak capai kemerdekaan tu. Tapi sayangnya India ni, korup tinggi jugak kan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 12:58 PM | Show all posts
satu lagi thread yg bagus dari pakcik otto.

sadis juga kisah kematian Gandhi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 04:58 PM | Show all posts
bila citer pasal India ni I sedih..Islam Hindu..terus gaduh..padahal satu bangsa..teringat Md Ali Jinnah dan Pandit Jawaharal Nehru..sampai skrg krisis x abis2 sampai Kashmir tempat paling vass cantik melampau tersia2 cenggitu padahal kalu bersatu bole je jana pendapatan dari segi tourism utk India

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2019 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 15-5-2019 09:47 PM
Tq otto

Agak2 family pembunuh ni kena boikot tak dgn org india? Sebab bangsa sendiri yg bunuh b ...

Ofkos kena bikot. Gandhi umpama tuhan pada mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2019 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sapeka replied at 16-5-2019 12:17 AM
yeah
keep posting
best jugak baca sejarah Gandhi ni

Best bila kita tau benda baru yang tak pernah terlintas dipikiran.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Best2..nak lg kisah2 sejarah mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2019 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow otto... U are amazing...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 03:26 AM | Show all posts
nurrlisa replied at 16-5-2019 10:59 AM
Wow pakcik such a nice writing! Terpegun Saya Baca. Banyak yang pakcik tulis ni new information to m ...

ceritakan pada kami apa yang ko tau pasal nehru. dari perspektif ko la.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 01:40 PM | Show all posts
OttoVonBismark replied at 16-5-2019 07:46 PM
Best bila kita tau benda baru yang tak pernah terlintas dipikiran.

betul
setujuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2019 05:08 AM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 16-5-2019 01:52 PM
Wow otto... U are amazing...

apa yang amazing sesangat tu dummy.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.071125 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list