CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2466|Reply: 17

[Tempatan] Setahun 'korek' rahsia gulai tempoyak

  [Copy link]
Post time 16-5-2019 01:25 PM | Show all posts |Read mode


Kami menjelajah dari satu kampung ke kampung di daerah ini untuk belajar cara memasak gulai tempoyak yang asli. Malah kami juga mencuba pelbagai resepi sebelum berjaya menghasilkan pes gulai tempoyak ini.

“Kami mengambil masa selama setahun untuk membuat kajian mengenai campuran bahan pes ini supaya ia benar-benar menepati citarasa penduduk di daerah ini,” kata penuntut Kolej Komuniti Jerantut (KKJ), Norhafizah HusnaAlumuddin, 19.

Dia bersama tiga lagi rakannya, Syed Muhamad ShahrizanSyed Zolkanain, 19, Afiqah HudaHazli,19, dan Nur Aisyah Atiqah Amran, 19, menyertai Cabaran Perniagaan 90 Hari anjuran Kumpulan SME Bank di Jerantut, Pahang.

Bagi tujuan itu, mereka menubuhkan syarikat Bosskoi Resources untuk memasarkan pes gulai tempoyak berkenaan ke pasaran yang lebih luas.

Norhafizah berkata, mereka dibimbing oleh dua pensyarah untuk menghasilkan pes berkenaan selepas berjaya mengolah beberapa resepi yang diperolehi dan mengadunkan semua bahan dengan sempurna.

“Pes ini bukan saja digunakan untuk menghasilkan gulai patin tempoyak tetapi boleh juga membuat pais patin yang sememangnya sinonim dengan daerah ini.

“Cara penggunaannya cukup mudah di mana pengguna hanya perlu mencampurkan pes itu mengikut sukatan yang diberikan dengan jenis ikan yang digemari dan mereka pasti dapat menikmati keenakan gulai tempoyak yang asli,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Syed Muhamad Shahrizan, 19, yang bertindak sebagai pegawai pemasaran berkata, produk yang menggunakan ‘tagline’‘Campak campak, pasti jadi gempak’ itu kini sudah dipasarkan di seluruh Pahang dan beberapa negeri lain.

“Kami juga mempunyai beberapa ejen yang menjual produk ini dan setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga adakalanya kami tidak menang tangan untuk menampung permintaan pelanggan.

“Pes ini dibotolkan dan ia mampu tahan lama apabila disimpan di dalam peti sejuk selepas dibuka, malah ia juga sesuai untuk dijadikan cenderamata khusunya kepada pelancong,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mei 2019 @ 1:19 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2019 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Masak tempoyak perak pulak,kena letak tempoyak tu banyak bagi pekat baru sedap.
Guna ikan sungai/ikan darat,letak pucuk paku pulak.nyamuk gigit pun tak terasa
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 02:11 PM | Show all posts
masakan simple pun nak buat paste
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi je berlajar dgn Mamazura maknya Zarina Zainuddin tu.
Tapi aku rasa kena tahan telinga la sbb mamazura tu mcm kuat beleter n jenis keteqa juga.
La ni anak n menantu pompuan dia pun dah berambus dari rumah dia., mamazura pun kena maki hamun dgn customer sbb lambat pos order org.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mkn tahun ye nk belajar msk tempoyak..adeh..pdhal kena dgn rasa tempoyak ..ade masam,ade masin, ade rasa gula ringan2 tu dh ok dah..rasa akhir tu yg penting.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
aku org perak...
klau tanya resepi gulai tempoyak perak mmg paling senang
mak aku kata pejam mata pun boleh masak...hahaha
tempoyak ,cabai masak + cabai burung,kunyit(bg kaler cntik), serai,asam keping,grm + gula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 16-5-2019 02:26 PM
aku org perak...
klau tanya resepi gulai tempoyak perak mmg paling senang
mak aku kata pejam mata  ...

Kan sis.simple je masak tempoyak perak.
Main campak2 pun sedap
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 02:04 PM | Show all posts
campak2 je.. tetap sedap. mcm susah je deols ni merantau kemain nk dapatkan rasa yang diingini.........

tp idok la iols kecam deols ye.. so far bagus utk mereka yg jenis nk cepat, korang campak2 pes ni lagi cepat siap. gtuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2019 08:17 PM | Show all posts
Bau durian = bau tahi
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 08:18 PM | Show all posts
makan durian beramai-ramai sama seperti  berak berjemaah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 20-5-2019 02:04 PM
campak2 je.. tetap sedap. mcm susah je deols ni merantau kemain nk dapatkan rasa yang diingini...... ...

Nak dptkan the best proportion utk bhn2 tu uols... Walaupun iols ni tak makan gulai masam tempoyak... Tp ngk org buat la.. A bit different la in method n taste antara lipis, jerantut,temerloh tu... Like my MIL n adik ipar ngk ke baper byk ikan, rupa tempoyak.. Tahu dah baper byk nak ltk...
Jenis paste sesuai utk org2 mcm iols la.. Tak yah mikior byk.. Campak2 siap.. Dapur tak berkecah.. Hehe.. M
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 09:54 PM | Show all posts
tempoyak taruk dlm gulai atau sambal mmg dah sedap dah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis tak suka tempoyak.. tapi sbal drian mmg feveret.. cabai burung + cabai meghah + cabai kerin.. buh garam sket.. pastu letak drian dgn bijik kat tepi... Perrrgghhh.. makan ngan ikan goreng bodo pun laju
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 10:59 AM | Show all posts
honeybee1802 replied at 20-5-2019 08:37 PM
Nak dptkan the best proportion utk bhn2 tu uols... Walaupun iols ni tak makan gulai masam tempoyak ...

btl tu uols, sy setuju. past2 ni sesuai kalau kita susah nk agak lagi2 kalau mskn tuu kuantiti besar kan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 12:15 PM | Show all posts
babablec replied at 16-5-2019 01:32 PM
Masak tempoyak perak pulak,kena letak tempoyak tu banyak bagi pekat baru sedap.
Guna ikan sungai/ik ...

dari kecil makan gulai tempoyak pekat...jadi terbiasa la kan...satu lagi faktor sbb senang sgt dapat tempoyak tu di kampung... cer beli mcm kat kl ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 01:15 PM | Show all posts
makaih smpai setahun tu
sejam pun boleh
yg penting ada tempoyak , ada ikan, ada cili, ada serai, serbuk kunyit  sikit, garam, ada air utk kuah dia,
kalau kurang masam + asam keping, kalau terlalu masam + gula sikit..dah siapppp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2019 01:24 PM | Show all posts
cantik baju raya budak2 tu

sedondon tema black and white

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 02:24 PM | Show all posts
dulu tak pernah makan lauk tempoyak sebab dalam family pun tak penah masak tapi bila opismate kenalkan mak aih sedap pulak..
nak pulak kalau kuahnya jenis pekat n pedas tu.. ikan patin2.. kaw2 rasanya.. patin pais tempoyak pun sedapppp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.072232 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list