Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.
Dalam taklimat media bersama pentadbiran tinggi PTPTN hari ini, termasuk pengerusi Wan Saiful Wan Jan, perbadanan itu sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan kerana ramai yang masih liat membayarnya.
Menurut Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet.
Aduhai.... nak 'uturn' tu uturn jelah, takyahlah guna alasan inilah kehendak orang ramai, 'rakyat wants it' pulak. Masa BN buat dulu korang gak yg kata kerajaan paling kejam, kerajaan paling zalim, Msia kaya raya hasil minyak lalu bawah bumi.
1. PH berjanji dalam manifesto untuk hapuskan sekatan ke luar negara kalau menang PRU. Malahan berjanji hanya yg bergaji 4k ke atas sahaja yg perlu bayar hutang PTPTN. wow! mcm2 janji ditabur.
2. PH menang dan berjaya mansuhkan sekatan dan buang senarai peminjam dari senarai 'blacklisted'.
3. PH akan kembalikan senarai hitam dan sekatan kepada peminjam yang ingkar.
Kesimpulannya sendiri berjanji, sendiri mansuh, sendiri kembalikan sekatan dan sendiri puji diri sendiri. Hahaha perangai badut sungguh.
Dalam pada masa sama, terbukti apa yang kerajaan terdahulu buat adalah terbaik. Adakan sekatan tetapi galakkan bayaran balik dengan pemberian diskaun 10% - 20%. PH dah la mungkir manifestonya malah diskaun punpun ditamatkan.
Adakah diri pengundi masih belum sedar dari kebodohan?
kan.. so far cara tu agak berkesan sbb org2 yg nak gi oversea at least tampil ke ptptn bincang pasal bayar balik. ok dah tu. ada recovery jugak daripada takde langsung. apa lagi la dorg nie.. aneh2 tul
AES tak mansuh, TOL tak mansuh, PTPTN pun tak mansuh...dikaun ptptn pun ditiadakan, ringgit jatuh, bursa saham menjunam.
kalau tak tukar kerajaan kan, sekarang ni BR1M naik, gaji penjawat awam naik, bonus raya dah umum, MRT2 dan 3 dah hampir siap, HSR pun dah mula dibina, ECRL by this time dah siap 40-50%, malah MRT johor bahru - Spore pun dah finalized dan start bina. jahanam negara dek puak sijil palsu ni.
gambar kucing tu xmenahan..kikiikikiki..tapi masih ramai lagi penyokong tegar atok nyanyuk ni termasuk la laki aku sendiri..tagline dorang ni #ASALBUKANUMNO..eh bodo la..aku smpai skang asal ckap psal politik je nk gduh laki bini
wah. lagi teruk kena rugi la sapa yg tak amik kesempatan time kerajaan lama tu utk setelkan ptptn.... dpt ujrah kot. tp ptptn pon ngok. caj management fee mcm harem ja