Aku pun sokong hentikan pencen ahli parlimen tu.
Berkeras sikit untuk kutip hutang dari orang kaya yang berhutang ni lebih bagus dari bertegas kat budak budak baru mula kerja.
Mohamad Salleh Ismail kini disenaraikan sebagai satu-satunya pengarah National Feedlot Corporation Sdn Bhd. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Putrajaya memutuskan untuk menuntut sepenuhnya jumlah pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) pada 2008, bersama dengan kadar faedah dan faedah lewat sehingga 30 April tahun ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh NFCorp kepada kerajaan Persekutuan adalah RM253,618,455.03. “Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM110,840,854.28 merupakan jumlah bayaran tertunggak kepada kerajaan Persekutuan setakat tarikh tersebut, iaitu tunggakan pokok pinjaman sebanyak RM81,987,629.65, faedah sebanyak RM22,967,131.55 dan faedah lewat sebanyak RM5,886,093.08,” katanya. Menurut Lim, pada 9 Januari 2008, NFCorp menerima kemudahan pinjaman daripada kerajaan Persekutuan berjumlah RM250 juta pada kadar faedah 2% dengan tempoh pinjaman selama 20 tahun dan tempoh penangguhan selama 3 tahun. ADVERTISING
|