CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8819|Reply: 102

[Tempatan] Kes tuntutan faraid harta 2 bilion JJ didengar 25 Julai

  [Copy link]
Post time 16-5-2019 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 16-5-2019 04:12 PM

KUALA LUMPUR - Hujahan bantahan awal balu dan tiga anak bekas menteri Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter pada 2015, terhadap permohonan tuntutan sijil faraid oleh ibu Jamaludin akan didengar 25 Julai ini.

Hakim Syarie Zaim Md Yudin menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

“Mahkamah tetapkan tarikh untuk penghujahan dan sekiranya ada mana-mana isu yang perlu dihuraikan, mahkamah akan dengar (pada hari tersebut),” kata hakim itu.

Kedua-dua pihak juga diperintahkan membuat hujahan secara bertulis dan boleh menambah hujahan secara lisan sekiranya ada.

Pada prosiding hari ini, Aminah, 85, selaku plaintif diwakili peguam syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman dan Nur Hidayah A. Bakar manakala peguam syarie Datuk Shamsuriah Sulaiman mewakili balu Jamaludin, Puan Sri Dr Kalsom Ismail, 63, dan empat anak Jamaludin diwakili peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman.

Bagaimanapun hanya Aminah yang hadir pada prosiding itu.

Kalsom dan empat anaknya, Ikwan Hafiz, 32, Nur Anis, 34, Nurul Alyaa, 28, dan Noor Adilla, 24, yang merupakan defendan pertama sehingga keempat sebelum ini mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan Aminah bagi mendapatkan sijil faraid untuk pembahagian harta Jamaludin yang dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion.

Aminah memfailkan permohonan itu pada 2 Mac tahun lepas mengikut Seksyen 46(ix) Akta Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Pada 4 April 2015, Jamaludin, yang ketika itu berusia 64 tahun dan merupakan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Turut maut juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier, Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... s-didengar-25-Julai
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2019 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Balu and anak2 jj bahagi harta tak ikut faraid ke selama ni. Ke jj ada buat hibah utk anak isteri tapi mak dia tak terima. Kalau jj buat wasiat je, tetap akan ada sebahagian reta yg akan difaraidkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 04:26 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 16-5-2019 04:24 PM
Balu and anak2 jj bahagi harta tak ikut faraid ke selama ni. Ke jj ada buat hibah utk anak isteri ta ...

mungkin ke ada adib bradik jj yang cucuk mak dia?

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 16-5-2019 04:26 PM
mungkin ke ada adib bradik jj yang cucuk mak dia?

Boleh jadi juga. Billions kot. Busuk2 serpih duit pun depa dpt ratus ribu juge

Lain la rakyat marhaen mcm kita ni
Adik ipar acik keja baru 10thn mcmtu. Epf ada la kot 100k+. Recently dia kawin, mak mertua acik hari2 membebel suruh letak nama dia jadi penama, jgn bubuh nama bini tuh

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 05:37 PM | Show all posts
Cepat2 la selesai bicara, sejak 4 Mac 2018 lagi dah fail kes....emaknya pun dah usia 85 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia meninggal lepas balik kenduri kwin anak kak mah kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2019 08:37 PM | Show all posts
bila perebutan harta sbb byk yg msk campur
lg lambat lah proses nak dpt tu..hrp2 mak nye kuat
lah .umur pun dah 85 thn..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
2 bilion kooooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2019 09:54 AM | Show all posts
Acikgomen replied at 16-5-2019 05:36 PM
Boleh jadi juga. Billions kot. Busuk2 serpih duit pun depa dpt ratus ribu juge

Lain la rakyat ...

amboi mak mertua...kesianlah kat bini kawan tu yang dok ngadap peel anak laki dia seumur idup..

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 10:34 AM | Show all posts
Acikgomen replied at 16-5-2019 08:24 AM
Balu and anak2 jj bahagi harta tak ikut faraid ke selama ni. Ke jj ada buat hibah utk anak isteri ta ...

boleh jadi masam hidup JJ die x namakan mak die dalam hibah..

biasa la.. sayang jugak kot mak die tu..tapi maybe time tu JJ x expect mati dulu darimak die.. lagi pun mak die dah tua.. nak buat apa harta banyak2..

baik die hibahkan pada anak2 dan bini die je..

contoh macam sekrang.. ada ke isteri2 atau suami2 yang hibahkan nama mak utk KWSP..confirm x ramai sebab ramai lebih letak nak anak bini sebab consider mak dah tua.. mesti gol dulu dari anak..kalau hibah pada mak pun..tapi adik beradik lain yang amik..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 10:36 AM | Show all posts
Acikgomen replied at 16-5-2019 05:36 PM
Boleh jadi juga. Billions kot. Busuk2 serpih duit pun depa dpt ratus ribu juge

Lain la rakyat ...

epf kalau bubuh nama sapa pun... org tu cuma bertanggungjawab mengeluarkan duit epf tu untuk di faraidkan.. bukan nya ambik kat penama tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 16-5-2019 04:26 PM
mungkin ke ada adib bradik jj yang cucuk mak dia?

i rasa pon gitu. umur gini layak pikir ke kubur je.
yelah..harta dpt ke mak. mak mati nanti..anak2 mak tu ler dapat bahagi sesama. mesti banyak harta tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kak_sall replied at 17-5-2019 10:36 AM
epf kalau bubuh nama sapa pun... org tu cuma bertanggungjawab mengeluarkan duit epf tu untuk di fa ...

Alahhh mertua acik tua dah. Buta huruf lagi. Mana la dia reti dan paham semua tu. Yg dia paling paham and ingat, duit anak2 dia duit dia
Menantu org luar sila cari duit sendiri
Cucu pulak ada kukesah lagi pun dia sentiasa ckp kat cucu2 yg dia miskin sejak kecik, so bila dah tua anak dia dah besar, duit anak2 dia tu duit dia

On other note pasal jj, nampak fishy gile bila mak heshe yg heret menantu and cucu2 masuk court
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dah de ke thread psl ni dulu?
Ramai dah komen yang beriya bawa ke court bukan maknya tapi adik beradiknya...
Rete 2 bilion setakat bahagian faraid mak bagi aje la...  Tak jatuh miskin pun la...
Lain la rete setakat 20k aje ke....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 11:38 AM | Show all posts
yuki812 replied at 17-5-2019 10:39 AM
i rasa pon gitu. umur gini layak pikir ke kubur je.
yelah..harta dpt ke mak. mak mati nanti..ana ...

tu la..itu yang aku fikir..logically, mak dia pun dah tua..takde nak pikir reta dah rasanya..

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 11:39 AM | Show all posts
banyaknya harta arwah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sebenarnye ape keje arwah JJ sampai terkumpul 2 billion..bukan sikit aset yg ditinggalkan arwah..hrp settle la secepat mgkin kes ni..nak tau gak ending dan jln cerite kes ni..

takkan la takde wasiat ditglkan mase hayat masih ade.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bekas menteri UMNO...nak heran apa harta billions...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 12:20 PM | Show all posts
MAK DAH 85, NAK BELI APA LAGI MAK? BIAR JE LA..

alah tercaps lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
2 billion banyaknyaaaa
Memang kaya dari nenek moyang ke jj ni
Reta banyak sangat dan bersepah2 phtu dr pelbagai sumber mmg haruslah diurus baik2
Wajarlah mak dia buat tuntutan
Nama je mak tapi yg urus nanti peguam
Busuk2 pon satu juta ke tanah 6 ekar ke adik beradik mesti dapat

Nekk..nak sikitttt. Sedekah kat i rm100k pon syukur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.087948 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list