CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10820|Reply: 64

[Tempatan] Mayat Reput Lebih Setahun Dijumpai Dalam Flat Larkin *Graphic warning

  [Copy link]
Post time 17-5-2019 06:27 AM | Show all posts |Read mode
Mayat reput lebih setahun


JOHOR BAHRU - Penduduk di sini terkejut dengan penemuan rangka seorang wanita yang sudah mereput dipercayai lebih setahun lalu di tingkat 15, Blok C Rumah Pangsa Larkin di sini, Selasa lalu.


Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rumah Pangsa Larkin, Azmi Abdullah berkata, rangka wanita yang dikenali sebagai Kok Eng, 50-an ditemui pada pukul 1 pagi.


"Penemuan rangka wanita itu disedari beberapa penduduk yang menyedari pintu rumah sewa yang didiami wanita itu dalam keadaan terbuka selain tidak berkunci.


"Mereka membuka pintu sebelum mendapati mayat sudah mereput terbaring di atas lantai di dalam bilik rumah tersebut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Azmi berkata, salah seorang pemuda memaklumkan kepada beberapa penduduk sebelum AJK KRT membuat pemeriksaan ke atas laporan itu.


Jelasnya, selepas mendapati kejadian itu benar berlaku, pihaknya membuat laporan polis di Balai Polis Larkin di sini sebelum rangka wanita itu diambil pihak polis untuk dibedah siasat.


Menurutnya, pihak KRT membuat semakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUK) bahagian perumahan bagi mendapatkan maklumat mangsa.


"Kita mendapati rumah tersebut disewa seorang wanita dikenali sebagai Kok Weng (Gambar kecil) berusia lingkungan 50-an selain tinggal seorang diri.


"Kita juga mendapat maklumat wanita terbabit berasal daripada Batu Pahat dan mempunyai seorang adik perempuan yang kini dirawat di Hospital Permai selepas mengalami masalah mental," katanya.


Azmi menambah, hasil bedah siasat dijalankan pihak polis mendapati wanita itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih setahun lalu.


Jelasnya, bau mayat wanita itu tidak disedari sebelum ini mungkin keadaan rumah di tingkat 15 selain rumahnya bersebelahan rumah sampah.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - K! ONLINE.


~~~~~~~
Dikatakan penemuan mayat di Blok C tingkat 15 Flat Larkin Johor Bahru..


Info akan dikemaskini mengikut siaran media jika ada




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2019 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidop Dan mati dorang diri..kasehan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 06:45 AM | Show all posts
Kesiannya, mcm sakit then baring/tidur terus meninggal...
Takda staff bhgian sewa perumahan yg alert ke mangsa tak bayar sewa dah setahun? Atau dia buat standing instruction dari bank jadi sewa terus masuk tiap2 bulan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 06:56 AM | Show all posts
Siannya mati sensorang...ada adik pun sakit. Lepas setahun baru jiran tau pintu terbukak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 07:01 AM | Show all posts
dalam masa setahun takde orang cari?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 07:07 AM | Show all posts
kesiannya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2019 07:12 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 17-5-2019 07:01 AM
dalam masa setahun takde orang cari?

kann...x kan xde sedara mara...kwn2 ke

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 07:15 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 17-5-2019 07:12 AM
kann...x kan xde sedara mara...kwn2 ke

pintu rumah pun tak berkunci..takkan perompak tak masuk..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2019 07:19 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 17-5-2019 07:15 AM
pintu rumah pun tak berkunci..takkan perompak tak masuk..

klu dh nmpk mayat sebegitu konpem perampok lari...cancel nk buat keje
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 17-5-2019 07:15 AM
pintu rumah pun tak berkunci..takkan perompak tak masuk..

Roh sheols kot yang pulas tombol pintu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 07:49 AM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 17-5-2019 07:45 AM
Roh sheols kot yang pulas tombol pintu tu.

lawak doh kau..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 17-5-2019 07:19 AM
klu dh nmpk mayat sebegitu konpem perampok lari...cancel nk buat keje

Ye ada logiknya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 08:06 AM | Show all posts
kira dh setahun lebih la tak byr sewa, ada kemungkinan owner dtg rumah cari pastu jumpa rangka trus lari tak tutup pintu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ker jiran2 tkt 15 tu memang dah terbiasa hidu bau busuk...dah tak boleh beza bau sampah dgn bau mayat
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 08:10 AM | Show all posts
kesiannya...sampai dah jadik tanah dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
jetrofa replied at 17-5-2019 08:08 AM
Ker jiran2 tkt 15 tu memang dah terbiasa hidu bau busuk...dah tak boleh beza bau sampah dgn bau maya ...

Dah lali dengan bau busuk kot...3rd world country punya hidung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2019 08:18 AM | Show all posts
kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
apapon sekurangnya dia mati..tak susahkan org. cuma skrg lah nk kebumikan dia. agaknya dia sakit pon org tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
rumah hujung agaknya sampai orang perasan gitu-gitu je
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 08:31 AM | Show all posts
Edited by coolie83 at 17-5-2019 08:34 AM





ni flat larkin ye..tinggi sgt mungkin bau tu tak dapat detect...ngn keadaan rumah yg kedap bau (who knows) atau pun jiran kiri or kanan buat hal sendiri..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.089526 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list