CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ayusterrr86

Pengalaman mistik 2012 sehingga sekarang

  [Copy link]
 Author| Post time 17-5-2019 09:36 PM | Show all posts
nefnefnef replied at 17-5-2019 09:21 PM
Terbaik TT. Nanti continue bebila free ya

Baik. saya sambung menaip kejap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt sharing pengalaman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2019 10:42 PM | Show all posts
Sambungan

Okay, sebelum saya teruskan cerita set kedua yg berlaku saya nak cerita kan dulu satu benda yg patut readers tahu:

•        Tadi saya ada katakan yang saya taknak berubat rawatan Islam lagi masa kawan saya offer sebab sebenarnya saya ada buat rawatan moden.  Lepas bersalin anak ketiga, saya ada buat pemeriksaan di klinik kesihatan untuk perancangan keluarga. Sebab saya da plan mmg taknak ada anak dah. Cukuplah tiga orang. Dah dapat set lelaki dan dua perempuan. Masa saya buat checkup bulanan, nurse di klinik kesihatan dapat kesan yg tekanan darah saya sll tinggi dan pulse saya selalu lebih dari 100. Dan nurse tersebut referred saya ke Dr.

Masa dekat Dr., dia ada minta saya untuk buat satu senarai semak yang dipanggil Depression, Anxiety and  Stress (DAS). Saya score semua extremely high untuk ketiga2 column DAS tersebut. Dan dia referred pula saya ke unit carakerja dan pemulihan. Di situ buat sekali lagi DAS checklist sambil buat latihan2 pernafasan untuk tenangkan diri. Masih lagi di score yg sama, saya kembali ke Dr.

Perkataan pertama Dr. tanya saya, ada rasa nak bunuh diri tak? Mulut saya terus laju jawab “Ye, hari2 saya fikir cara2 mcm mana nak mati”. Apa lagi, dia buat referral letter dan rujuk saya ke jabatan psikiatri hospital Melaka. Dkt sana, Dr. pula diagnosed saya ada anxiety dan major depression. Faktor: sebab saya jauh dari suami dan jaga anak2 seorang diri (wlupun ada parents membantu, tapi tetap dikira jaga seorang diri) da nada beberapa sebab peribadi yang saya tak dapat cerita kan di sini.

Dekat semua checklist tu dan berdasarkan penerangan Dr, mmg saya buat semua tu. Contohnya menyendiri, suka baring, malas mandi etc. Jadi mmg saya igt yg saya ada depression. Saya ada bagitau juga ke Dr, yg saya sll dengar org berbisik ke telinga saya bila saya sorg2. Tapi saya tak tahu apa orang tu cakap. Kali ni suara yg berbisik tu suara lelaki. Dr. tak buat apa2 sbb dia kata klu ada halusinasi selalunya tak kira masa. Tengah orang ramai pun boleh dengar. Dlm kes saya, mungkin mainan perasaan sbb saya hanya dengar bila saya sorg2.

Bila da confirm ada major depression dan anxiety, Dr. prescribed ubat. Dua jenis ubat iaitu ubat penenang dan ubat anti-depression. Saya punya tahap anxiety teruk, tengah duduk buat kerja diam2 pun boleh berdebar2 tak tentu pasal. Tangan berpeluh2. Pening kepala. Rasa nak pengsan. Bila bawa kereta pula, rasa mcm ada org jahat follow dari belakang. Da beberapa kali saya hampir terbabas sbb saya akan panic tiba2.

Jadi ini mmg menguatkan lagi diagnosed Dr. yg saya mmg ada masalah mental, bukan gangguan syaitan. Sebab itu saya hesistate nak berubat cara Islam. Sebab saya lagi percaya pada Dr. masa tu.



Berbalik kepada kisah berubat dengan ustaz pula. masa ustaz datang rumah dia ada pesan barang2 tu nanti buang dekat sungai yg airnya mengalir. Make sure di sungai dan jangan bagi barang2 tu pada orang lain. Takut terkena ke orang lain pula. Maka gigihla saya, suami dan mak ayah cari barang berkenaan untuk buang di sungai. Berhari2 buat apa yang ustaz tu suruh. Dari pagi sampai ke pagi esoknya. Tidur berganti2. Sebab dah tak sabar sgt nak pagar rumah.

Hari pertama, mcm2 kami buang. Salah satunya parang lama yg dah berkarat. Dan seterusnya duit syiling. Akhirnya saya jumpa juga duit syiling tu. Banyak betul, dalam bag yg saya tak pakai. Mmg buat pekasam, sbb saya ni jenis tak suka guna duit syiling. Klu pergi kedai orang tu tanya ada 50 sen tak, saya manjang je cakap takda, padahal ada. Last2 terkumpul lah semua syiling2 tu tak berguna.

Duit syiling paling lama saya simpan adalah tahun 1968. Pergh. Saya jadi amazed. Masih boleh dipakai lagi rupanya duit syiling zaman dulu ni. Tak tahu mana datang, tapi saya rasa dari urusan jual beli di kedai. Orang pun tak tengoklah kan duit tahun bila. Passed dari sorg ke sorg, akhirnya ke saya, saya simpan pula.

Teliti saya, suami dan ayah asingkan duit2 syiling lama. Punyalah banyak sampai penuh hampir satu plastic bag besar. Ayah siap bergurau “beli rokok ni dua tiga carton boleh dapat”. Sampai pukul 3 pagi tak silap asingkan duit syiling tu (start pukul 11 malam sebab mencari). Bila dah siap kumpulkan duit syiling tu, kami kumpulkan sekali dengan barang2 yg nak dibuang termasuk parang tu.

Saya pergi dengan ayah. Sebab ustaz kata yg patut buang barang2 tu adalah pemilik barang tu sendiri. Mcm saya pemilik duit syiling, dan ayah pemilik parang. Gigihlah kami pukul 3 pagi tu pergi sungai nasib baik dekat dgn rmh. Mmg masa tu dah seram. Yelah sebab fikirkan bawa barang2 yg ada penunggu.

Sampai kat sungai, masa sesi nak buang barang tu, aduhaii, seram sejuk. Boleh pula dan2 tu dengar sesuatu bersiul panggil saya. Betul2 bersiul ni. Dan jalan pun mmg lengang takda kereta. Jadi bunyi dia mmg agak kuat. Cepat2 saya buang barang2 dlm sungai tu. Yg peliknya ayah tak dengar, sbb lepas dah buang barang tu saya tanya ayah. Lagilah bertambah panic saya.

Sampai depan rumah, mak suruh baca ayat Kursi dulu sebelum masuk. Saya lambat habis baca, jadi saya yg last masuk so kenalah kunci pintu dan grill. Elok saya tgh kunci grill tu saya terpandang ke sebuah rumah kosong dua tingkat. Dekat tingkat atas mcm ada satu perempuan rambut panjang, baju putih tengah tengok saya.

Alahaii…rasa nak pengsan. Dia ikut balik pula ke? Tadi dia bersiul. Tangan dah menggigil2 sambil pandang mangga grill. Tapi mata tetap nak pandang ke arah situ balik. Saya tengok betul2 kali ni sbb nak kan kepastian adakah bayang2 sebenarnya. Terkedip2 mata saya tengok ke arah tu semula. SAH. Mmg SAH apa yg saya nampak. Cepat2 saya tutup pintu lari masuk bilik peluk suami tak cakap apa2.

Dan untuk pengetahuan ni kali kedua saya nampak perempuan tu sejak pindah ke rumah ni, di rumah kosong yg sama. Cuma masa tu pada bulan puasa, saya siap panggil mak tengok. Mak kata takda apa2 pun. Tapi mmg saya nampak dengan jelas. Time tu kuat semangat sikit sebab fikirkan bulan puasa mana ada hantu syaitan. Jadi saya ignored.

Bila dah kali kedua nampak benda yg sama ni terus saya ketakutan. Dalam hati berdoa, jangan lah dia rasuk saya dalam rumah ni pula. Rumah tak pagar lagi ni…


Bersambung…Sorry panjang sikit part tahun 2017 ni sebab sangat banyak kejadian yg berlaku tahun ni.

p/s: saya cuba post gambar duit syiling lama yg saya snapped bagi ke ustaz. Masih dalam simpanan saya di twitter sebenarnya. Conversation dgn ustaz pun ada, tapi yg tu takboleh pula nak save masuk dlm laptop. Tapi mcm mana nak post ye gambar tu?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2019 10:43 PM | Show all posts
BuBuComey replied at 17-5-2019 09:41 PM
Thanks tt sharing pengalaman

dah ada sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2019 10:58 PM | Show all posts




ni gambar duit syiling2 lama dalam simpanan saya masa tu. tak tahu berapa lama saya simpan duit2 ni.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks TT. Sila sambung lagi. Cerita menarik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2019 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah sy dgr, jgn kutip sebarang syiling di tgh jalan.
Kadang ada “isi”. Orang buang lepas berubat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
bezita60 replied at 18-5-2019 12:18 PM
Pernah sy dgr, jgn kutip sebarang syiling di tgh jalan.
Kadang ada “isi”. Orang buang lepas berub ...

Ye ke? Saya tak tahu yg ni. Dan klu ikutkan saya tak tahu pun psl duit syiling lama ni xboleh simpan. Tak sgka pula. Ok mlm nnt saya sambung semula cerita ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Syokkk cerita ni.. keep it up tt
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bezita60 replied at 18-5-2019 12:18 PM
Pernah sy dgr, jgn kutip sebarang syiling di tgh jalan.
Kadang ada “isi”. Orang buang lepas berub ...

Setuju.. bkn stakat kt tgh jln. Dkt kedai mkn pn ada org buang 'syiling' tu.. jgn kutip..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2019 06:52 PM | Show all posts
Edited by Ayusterrr86 at 18-5-2019 06:53 PM

Sambungan

Esok tu saya messaged ustaz cakap saya dah buang barang2. Tapi rupanya ada lagi. 10% lagi ustaz tu cakap. Alahaii, igtkan dah habis. Tapi sebelum cari barang2 yg 10% tu, ustaz minta saya datang ke rumah dia bawa ayah dan suami. Kebetulan dia ada buat makan2 kenduri doa selamat sekali. Jadi dia jemput datang. Suami taknak pergi. Tak tahu kenapa saya malas nak tanya lebih2. Tapi dia ada cakap "I taknaklah nnt I berdebat pula dengan ustaz tu". Ewahh kau ni. Jadi saya tinggalkan anak yg bongsu suruh dia jaga. Saya bawa anak2 lagi dua org sekali dgn mak ayah.

Masa dah sampai rumah ustaz, dia ada pesan tunggu sampai habis majlis, sampai orang balik. Dia nak bercakap sikit. Lupa pula, sebelum dia suruh datang rmh dia, dia ada pesan untuk bawa garam kasar sekilo klu tak silap saya dengan a few botol air mineral. So dah habis semua tetamu balik, tinggal kami je, ustaz mula nak berubat ayah. Maknanya dia suruh suami dan ayah datang sbb dia nak berubatkan diorg berdua. Baru saya tahu, saya jadi mcm ni sbb dari suami dan ayah. Tapi saya tak salahkan diorg ye, sebab diorg pun tak tahu sebenarnya.

Kata ustaz, disebabkan ayah suka simpan barang2 antik dlm rumah, penunggu2 yg ada di barang antik tu dtg ke saya sebab saya dah ada lubangnya, senang nak masuk katanya (boleh refer balik kisah2 sebelum ni). Dan sebab ayah kuat semangat, benda tu tak kacau ayah. Pasal suami pula, sebab saya berjauhan dengan dia, jadi kurang support, mentally saya ada hubungkait dgn dia. Yelah dah suami isteri kan.

Time mengubat ayah, ustaz buat mcm dia buat dkt saya. Takda pegang2. Dia baca ayat2 dan tangan bergerak2. Tapi sebelum tu dia minta ayah tanggalkan cincin batu yg dia pakai dan letak dlm satu kain ni. Lepas dah berubat, dia kata pada ayah dkt cincin batu ni pun ada yg menunggu. “Pakcik beli dkt mana?” tanya ustaz. Ayah kata dia beli di Indonesia masa tengah melancong. Ustaz pesan, lepas ni kalau ke mana2 berhati2 beli barang2 antik terutama dkt tempat yg kita tak familiar.

Lepastu ustaz ambil garam dan air mineral tadi dan bacakan ayat2 di situ. Dia cakap bila dah ready nak pagar rumah, nanti gunakan garam tu. Dia bagi sekali sekeping kertas tatacara mcm mana nak pagar rumah. Tapi syaratnya, semua barang2 yg dia suruh buang tu dah takda dkt rumah. Selagi belum 100% buang jgn pagar rumah, dan garam tu pula dia suruh letak luar rumah, bukan dalam rumah.

Yang untuk air pula, mandi tiga hari berturut  dengan air tu, lepas tu buang baju terakhir yg dipakai dalam sungai. Ustaz buatkan sekali air untuk suami walaupun dia tak datang.

Last sekali, dia pesan pada ayah on the way balik, tolong buang cincin ni dlm sungai yg mengalir mcm biasa. Ayah kata okay, tapi saya tahu sebenarnya dia sayang nak buang. Ye la beli dari luar negara katakan. Jadi kami cari sungai on the way nak balik tu. Jumpa. Rasa mcm banyak pula sungai dkt Melaka ni. Hujan kebetulan lebat sangat2. Dah sudah, ayah taknak keluar pula kereta. Dia bagi alasan hujan lebat.

Pujuk punya pujuk ayah setuju. So saya teman ayah pergi buang payungkan dia sampai ke jambatan sungai. Oh ye, sebelum nak buang tu kena cakap something, saya tak igt dah mcm mana tapi lebih kurang mcmni “pergi kau dari hidup aku” then campaklah barang tu ke sungai.

Masa awal2 nak buang barang2 dulu, again saya agak sceptical. Sebab cara ustaz ni lain dari saya berubat dekat Darul Syiffa dulu. Cuma kali ni saya determined nak sembuh so saya kena yakin dengan perubatan Islam, sebab saya orang Islam. Alangkan perubatan moden pun ada mcm2 cabang, tentu rawatan Islam pun sama, dengan syarat berlandaskan ayat2 Al-Quran, saya fikir. (Maaf klu saya silap)

Hari terakhir pencarian barang, kami jumpa batu2 sungai dan tali dalam laci meja solek bilik mak. Lama cari barang2 ni sebab tak jumpa. Habis selongkar semua laci2 dlm bilik. Sebab benda2 kecik kan, mana nak cari? Yg ni saya mmg sgt terkejut mcm mana ustaz tahu psl batu2 sungai dan tali. Sebab dia tak masuk bilik haritu. Dan dia bagitau saya melalui whatsapp saja: cari batu dan tali.

Mak ayah kata tak pernah tahu pun barang2 tu ada situ. Dan klu tau pun, diorg fikir takkan lah barang2 tu tempat jin syaitan menetap? Tapi ustaz terus kata “Yg ni” bila saya snapped gambar dan sent ke ustaz. “Terus pergi buang, dah boleh pagar rumah”.

Tanya ayah mana dia dapat benda2 ni, ayah kata dia tak tahu. Batu2 pun bukan besar, kecik je. Mcm batu2 kt jalan tu. Tak tahu mcm mana boleh sesat ke situ. Dan tali tu pula pendek je, mcm kena potong. Tali mcm ikat sesuatu, tapi lebihan dia takda, tinggal pendek secoet tu aje. Untuk pengetahuan readers, mak ayah saya ni memang suka simpan2 barang. Katanya boleh pakai nnt lagilah apalah. So saya fikir mungkinlah diorg simpan tapi tak igt untuk barang apa.

Dah jumpa semua barang and decide nak buang, tiba2 ayah berat hati nak buang pisau belati yg dia beli tu. Pisau tu sebenarnya barang hiasan, letak dalam frame berkaca. Ayah buat gantung di dinding.Dia kata boleh ke bagi je dkt tempat pelupusan sampah. Sayang katanya cantik lagi. Mak berkeras suruh buang juga dkt sungai tak payah nak sayang2.

Ayah taknak, dia mcm sedih juga. So saya cakap dkt ayah, okay lah kita buang dkt tempat pelupusan sampah atau tempat recyle. Mmg ayah bagi pisau tu dkt org yg recycle sampah dan barang2 lain mmg sedekah ke sungai. Silap besar sgt masa tu tak ikut cakap ustaz betul2.  Tapi tak terfikir kesannya sbb fikir, janji buang takda dlm rumah.

Dan selepas tu kami pun selesai juga mandi guna air bacaan ustaz dan buang baju terakhir ke sungai. Seronok! Sebab dah boleh pagar rumah…


Bersambung.

p/s: sorry saya terdelete post ni smlm. so saya post balik. sambungan seterusnya masa pagar rumah saya update malam ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2019 06:54 PM | Show all posts
kupetik replied at 18-5-2019 05:31 PM
Setuju.. bkn stakat kt tgh jln. Dkt kedai mkn pn ada org buang 'syiling' tu.. jgn kutip..

nampaknya lepas ni kena lebih berhati2. risau pula. ada kemungkinan lah kot syiling2 yg saya dapat ni dari tuan2 sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Best lah Kisah awak ni. Cerita sampai the end please...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayusterrr86 replied at 18-5-2019 06:52 PM
Sambungan

Esok tu saya messaged ustaz cakap saya dah buang barang2. Tapi rupanya ada lagi. 10% la ...

Semakin menarik.

Saya pun asal Melaka. Sis nanti saya nak minta ctc number ustaz tu, boleh? Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Best tt..sy check in
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 05:31 PM | Show all posts
check in sesiappppp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2019 09:35 PM | Show all posts
milton69 replied at 18-5-2019 09:26 PM
Best lah Kisah awak ni. Cerita sampai the end please...

hehehe sekejap ye saya post yg baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2019 09:36 PM | Show all posts
bezita60 replied at 19-5-2019 12:05 AM
Semakin menarik.

Saya pun asal Melaka. Sis nanti saya nak minta ctc number ustaz tu, boleh? Tha ...

Melaka di mana? In shaa Allah boleh. Saya kena tgk balik ada simpan lagi tak no tu. nnt pm saya ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2019 09:37 PM | Show all posts
Sambungan. Sorry saya lambat. Urusan anak2 tak sudah

Pagar dalam rumah


Dah selesai buang barang semua, ustaz kata dah boleh pagar rumah. Ye lah, sebelum ni tak pernah pagar rumah, jadi kali ni kena buat wlupun dah duduk. Ustaz kata pagar bhgn dalam dulu, dah selesai baru pagar bhgn luar. Cara nak pagar saya dah tak igt pula, kertas tu tertinggal di rumah Melaka (skrg saya dah pindah balik KL – part ni saya cerita kemudian).

Klu tak silap cara pagar rumah kena baca surah Al-Baqarah sampai habis lepas tu azan di setiap penjuru rumah, lepas azan di penjuru kena berjalan keliling rumah sambil baca Ayat Kursi pula sampai bertembung di penjuru seterusnya dan sampai balik ke penjuru pertama kita azankan rumah tadi. Syarat kena dalam wudhuk.

Seram juga masa nak pagar rumah tu sebab ustaz ada cakap, nanti masa nak pagar mungkin akan ada dengar org cakap “uitt buat apa tewww?” klu ada dengar org cakap macam tu buat tak tahu saja, dia saja nak sakat kita supaya tak dapat pagar rumah, ustaz cakap. Hati kena kental. So yg pagar rmh masa tu ayah, sbb husband takda lagi since haritu on weekday.

Lagi satu kenapa seram, sebab masa nak pagar rumah tu dah pukul 4 pagi. Nak habis baca surah Al-Baqarah tu lama. Surah dia kan panjang sgt.  Kami pun start lambat masa tu. Sementara nak tunggu habis bacaan surah, saya dah mengantuk. Anak2 pun dah tidur. So saya decided nak lelap sekejap dalam bilik. Masa saya nak lelap, tengah mamai; saya tidur dekat bawah katil tepi tingkap; saya dengar suara orang bercakap2, mcm riuh sekampung. Mcm org tgh buat kenduri dkt luar.

Sambil pejam mata, saya amati betul2 apa yg saya dengar. Mungkin mak ayah yg tgh bercakap kot. Tapi diorg tgh baca Al-Quran. Dan suara2 yg saya dengar tu dekat luar, bukan dlm rumah. Saya dengar betul2 lagi. Mmg kuat dkt luar rumah, mcm org tgh buat kenduri. Bising ya amat. Saya tak puas hati, dlm takut2 tu saya bukakan juga mata, nak kasi pendengaran clear. Kalini ada suara pula panggil nama saya. Suruh bangun. Suara lelaki, garau. Dengar lagi betul2. Ye, dia panggil lagi, dkt sebelah telinga pula.

Sudahh….melompat lah saya. Terus keluar bilik pergi dkt mak ayah, tidur dkt diorg. Anak2 saya tinggalkan je dlm bilik. Tapi jangan cakap saya kejam pula tinggalkan diorg. Sebab diorg tak meragam tiba2 menangis, so saya assumed benda tu tak kacau anak2 saya. Klu ye, mmg dah saya angkut semua sekali tidur luar. Kejadian ni saya tak cerita terus kat mak ayah sbb taknak ganggu diorg membaca.

Dah selesai bacaan, ayah kejut. Saya bangun tidur teman dia azankan rumah. Rasanya dia pun takut kot2 dengar suara yg ustaz tu cakap. Hehe. Tapi Alhamdulillah. Tak jadi apa2. Suara yg ustaz tu kata pun takda dengar.  Dah siap pagar, siang nanti nak pagar dkt luar rumah pula…


Pagar luar rumah

Alhamdulillah, masa pagar luar rumah tak da apa2 berlaku. Pagar mcm pagar dalam rumah, 4 penjuru tapi kali ni tabur dengan garam haritu.  Wlupun seram juga since rumah belakang dengan rumah sebelah kanan takda penghuni lagi.  Pesanan ustaz klu ada dgr apa2 suara buat tak tahu saja.  Tapi mmg takda apa yg jadi.


Selepas pagar rumah dalam dan luar

Seminggu selepas pagar rumah, takda apa2 kejadian pelik yg berlaku. Sampailah satu hari tu, saya terbangun dari tidur pukul 5 pagi nak ke toilet. Then masa nak sambung tidur balik, saya dengar bunyi bising2 org bercakap. Mcm saya dengar haritu, bunyi orang tgh buat kenduri. Bising betul. Saya tengok jam, baru pukul 5.10 pagi. Pelik. Takkan org buat kenduri pagi2 buta dah merewang. Sebelum azan subuh pula tu. Mcm tak logic.

Saya cuba ignored dan pejamkan mata nak sambung tidur. Hati mula tak sedap. Sebab bunyi tu mmg bising, org ramai bercakap2. Saya dah berdebar. Ada yg salah ke masa pagar rumah? Rasanya mmg ikut betul2 cara yg ustaz suruh. Dan klu betul ada orang buat kenduri, kenapa saya tak nampak ada org pasang khemah dkt lorong rumah saya. Selalu kan orang akan pasang khemah beberapa hari awal sebelum majlis.

Saya tak berani nak bangun jenguk ke tingkap. So saya terus ambil bantal tutup telinga sambil cakap dalam hati “apa lagi tak kena?” Nak lari bilik mak ayah rs mcm jauh pula. Sbb bilik diorg ke belakang sgt, bilik saya betul2 dkt pintu masuk utama. Dan tak sampai hati pula nak kejut. Bunyi2 suara org bercakap pun tak berhenti2 lagi dari tadi. Tengah berdebar2 tu, saya bercakap2 dlm hati juga, tak sedar bila terlelap…

Bersambung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2019 09:38 PM | Show all posts

dah post
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.297065 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list