CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13223|Reply: 44

Aneh Dan Seram! Kisah Batu Ular Gergasi Misteri, Siap Ada Tulisan Jawi Di Sarawa

  [Copy link]
Post time 17-5-2019 12:39 PM | Show all posts |Read mode


Misteri, bayangkan sebuah batu berbentuk kepala ular memiliki tulisan jawi di atasnya! Ikuti kisahnya di sini..


Mungkin  batu  ular  ini  telah  wujud  sejak  1,000  tahun  dahulu.  Penduduk  rumah  panjang  Rumah  Nyalau  anak  Muang, Bukong  daerah  Engkelili  Sri  Aman  sudah  mengetahui  kewujudan  batu  ular  itu  kerana  batu  tersebut  terletak  tidak  jauh  dari  penempatan  mereka.





Ukuran  kepanjangannya  melebihi  30  kaki  dan  besarnya  melebihi  2  meter  merintangi  Sungai  Bukong.


Dikatakan, seorang  lelaki  Siam  dari  Kuala  Lumpur  telah bermimpi  akan  kewujudan  ular  Nabau  itu.  Akhirnya  lelaki  siam  itu  menemui  batu  ular  tersebut  dengan  bantuan  penduduk  tempatan  di  daerah  Sri  Aman.  


Oleh  sebab  itu,  batu  ular  tersebut  menjadi  liputan  luas  oleh  akhbar  tempatan.






Menurut  legenda,  seekor  ular  gergasi  atau  dipanggil  Nabau  bagi  masyarakat  di  Sarawak  ini  telah  bertukar  menjadi  manusia  untuk  memikat  seorang  perempuan  yang  merupakan  isteri  seorang  pahlawan.  Kerana  marah,  pahlawan  tersebut  telah  menangkap  Nabau  itu  dan  mengeratnya  serta  dibuang  ke  sebuah  lubuk  yang  dinamakan  lubuk  Pelagus.


Bahagian  kepala  ular  tersebut  telah  berjaya  sampai ke  situ  dan  bertukar  menjadi  batu.  Ada  yang  percaya  bahawa  ular  itu  merentasi  Sungai  Baleh  ketika  banjir  melanda.

Foto: Kajomag.com



Apa  yang  menjadi  misteri  sampai  sekarang  adalah  penemuan  tulisan  jawi  pada  batu  tersebut.  Perkataan  yang  tertera  menjadi  tanda  tanya.


Sesiapa  yang  ingin  melihat  sendiri  batu  ular  ini  hendaklah  berhati-hati  dan  mematuhi  peraturan  supaya  tidak  ditimpa  kecelakaan.- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2019 02:01 PM | Show all posts
mana pic tulisan jawi tu? nak tengok dia tulis apa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Xnmpk pun tulisan jawi dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 08:49 PM | Show all posts
tipula tu tulisan tamil elam
tamil elam telah berada disini 200 000 tahun dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk gmbar nmpak kecil, tapi bila pergi besar batu ni... hampir setinggi saiz manusia, panjang lak tu.. elok je bulatnya... mmg unik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 12:21 AM | Show all posts


http://sriamannews.blogspot.com/2008/12/huruf-jawi-di-bongkah-batu-ular-gergasi.html



. TAKSUB...Zulia (kanan) dan Naga (kiri beliau) sedang melihat huruf Jawi yang tertera pada Batu Nabau berkenaan di kawasan rumah panjang Bukong, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

2. UNIK...Inilah rupa gambar huruf Jawi yang diambil dari jarak dekat pada bahagian Batu Nabau berkenaan.

SRI AMAN, Jumaat ( 19 dis) – Kisah mengenai kewujudan Batu Nabau di daerah kecil Engkilili, Sri Aman yang tersiar di muka surat hadapan suratkhabar ini pada 19 Disember (Jumaat) sudah semestinya menarik perhatian para pembaca yang belum lagi mengetahui tentang keunikan batu berkenaan.

Bagaimanapun bagi rombongan yang telah melawat bongkah batu terbabit pada 18 Disember lalu, kewujudan tulisan huruf Jawi di bahagian tengah Batu Nabau ini sudah semestinya menjadi tanda tanya kepada mereka yang telah melihatnya dengan sendiri secara lebih dekat.

Itulah perkara yang terjadi kepada Penyelia Pemasaran Utusan Sarawak cawangan Sri Aman, Zulia Haji Jemat yang mula menyedari kewujudan tulisan huruf Jawi pada bahagian tengah Batu Nabau berkenaan.

“Huruf Jawi Lama yang terukir pada bahagian tengah batu berkenaan telah menarik perhatian saya apabila buat pertama kalinya mengesan kewujudan tulisan ini dari jarak dekat.

“Huruf Jawi iaitu Alif, Lam, Haa, Nun, Mim dan Sin tersusun dalam keadaan terbalik dan terpisah di antara satu sama lain. Tetapi jika iya disusun dengan tepat kesemua gabungan huruf Jawi ini boleh membentuk nama kalimah Allah,” katanya ketika memantau Batu Nabau berkenaan.

Sebaik sahaja mengambil gambar kewujudan huruf jawi berkenaan, beliau kemudiannya membawa perkara terbabit terhadap beberapa orang rakan yang lebih arif mengenai tulisan Jawi untuk pengesahan lanjut.

“Mereka juga berkata demikian ketika saya menunjukkan gambar mengenai kewujudan huruf Jawi ini kepada mereka. Itulah tanda kebesaran Allah kepada umatnya di dunia ini,” kata Zulia sambil menambah bahawa tulisan Jawi ini hanya boleh ditafsir oleh orang yang benar-benar mahir dalam penggunaan bahasa Jawi.

Kewujudan tulisan huruf Jawi pada bongkah Batu Nabau ini juga turut menarik perhatian Nelson Naga Alam, Setiausaha Sulit kepada Menteri Muda Permodenan Pertanian iaitu Datuk Dublin Unting Ingkot bersama ahli rombongan lain.

Batu Nabau, iaitu sebongkah batu besar yang menyerupai ular gergasi ini mempunyai ukuran panjang melebihi 30 kaki dan diameter melebihi dua meter. Ia terletak kira-kira 50 meter daripada Rumah Nyalau Muang, Bukong, Engkilili.

Kisah mengenai kewujudan Batu Nabau ini mula tersebar apabila seorang lelaki berketurunan Siam dari Kuala Lumpur mengalami mimpi mengenai ular gergasi menjadi batu sehingga menjurus pencariannya di kawasan Engkilili ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2019 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Besar batunya
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak attach gambar ni, tp takde button pula. Kenapa ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Besarnya batu ni, rasa nk pi sarawak pla tgk depan mata
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
epis: Tgk gmbar nmpak kecil, tapi bila pergi besar batu ni... hampir setinggi saiz manusia, panjang lak tu.. elok je bulatnya... mmg unik...


Dh pernah pergi eh kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 proses geomorfologi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap nak cuba tepek gambar
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm... Baru Tau pasal Batu ni... Interesting...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 05:30 PM | Show all posts
interesting gk story ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram nyee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2019 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar batunya.. Menarik
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tersiar dlm majalah variasari pasal batu ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 12:56 PM | Show all posts
palmolive replied at 20-5-2019 06:29 AM
Pernah tersiar dlm majalah variasari pasal batu ni

zaman2 dulu nk baca benda mistik ni, beli mastika, Variasi dan etc.. skg Variasi ade lagi ke? Since Mastika dh lenyap..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada hikmahnya tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.155610 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list