CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8715|Reply: 79

[Tempatan] Hentikanlah niat kalau korang nak pergi membeli barang di Bazar Jalan Raja

  [Copy link]
Post time 17-5-2019 11:50 PM | Show all posts |Read mode


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10218499024257176&set=a.1971599219952&type=3&theater



Kalau korang ada cita-cita besar nak pergi cari baju raya atau kelengkapan raya kat Bazar Raya Dataran KL, aku cadangkan kat korang batalkan saja niat tu. Bazar Raya Dataran KL is totally sucks. Titik. Dia macam kau pergi uptown bodoh yang tak laku. Aku pergi semalam dengan membuang segala persepsi buruk, tapi aku balik dengan membawa input negatif. Barai teruk Bazar Raya Dataran KL ni, dari lokasi, peniaga, sirkulasi semuanya teruk. Dengan jumlah booth peniaga pun boleh dikira dengan jari kaki, fail teruk. Apa lah bangang sangat DBKL ni buat keputusan macam orang tak puasa. Benda rating tempat shopping teruk ni kau boleh justify dengan tengok muka isteri kau je, kalau dah bibir terjuih tu maknanya memang teruk lah.

Katanya mengalih lokasi dari Jalan Tar ke Dataran untuk keselesaan orang ramai, tapi bila aku masuk je semalam terus rasa berkuap haba. Iya lah, duduk bawah khemah kanvas dengan tak ada bukaan kiri kanan atas bawah mampuslah udara nak circulate. Pasang pulak kipas siling rumah, ala baler. Cari lah kipas industri celaka, mana nak rasa angin kipas rumah kau gantung 20 kaki kat atas. Konon nak bagi selesa pengunjung, lorong jalan kaki tetap 5 kaki je sama besar dengan Jalan Tar. Kalau jalan 1 group 2 3 orang dah orang lain kena menyelit untuk lalu, sama je. Dah la buat kat tempat tengah renovation dengan ada sampah construction. Nampak sangat Bazar Raya Dataran KL ni satu keputusan tergesa2 pihak DBKL. Kalau idea ni datang dari Khalid Samad memang patut dibodoh-bodohkan lah, apa lah kau nak harap dengan orang macam tu.

Kat Jalan Tar tu kalau kau rasa takde berkenan apa2 kau boleh cari kat kedai2 depan dia tu lagi, ada Kamdar, ada Semua House ada butik2 muslimah, segala kedai Tudung dan Kain Pasang. Ada la juga alternatif, dan banyak la juga option dia bila kau dah malas nak berbaris kat Bazar Jalan Tar tu. Bazar Raya Dataran KL ni ada dua khemah je kak, anak kau yang belum masuk sekolah pun boleh kira berapa booth yang ada. Ini bila dah takde benda kau berkenan kau dah takde tempat lain dah nak pergi, nak jalan kaki pergi Jalan Tar tu? Tobat lahum la kakak kau nak jalan, dia suruh kau bawak kereta. Nak bawak keluar kereta yang kau parking 6-8 ringgit tu kemudian parking tempat lain pulak, mampus bayar parking macam tu je lah. Public transport? Kau buat kelakar ke?

Paling kesian peniaga lah, semalam aku pergi semua muka toya takde harapan. Muka semua dah macam give up sebab pelanggan tak macam kat Jalan Tar. Nak promote barang pun dah malas, masing-masing duduk je sambil main henset. Kesian, duit habis banyak dah ni, barang jual tak terusik pun. Ada pula yang dapat booth buat jual Beyblade, baran pula aku tengok. Nama Bazar Raya tapi duk jual Beyblade. Kat Jalan Tar tu kau boleh lah menyelit letak meja jual Beyblade atau mainan diantara peniaga2 barang raya. Kat Jalan Tar 10 booth baju raya kuih raya ada la satu booth jual benda tak bersangkutan dengan raya, kira ok lah. Ini satu booth saiz 10' x 10' jual mainan, jalan depan sikit ada lagi jual mainan. Barang raya, baju raya pun takde variasi. Bazar Raya apa benda ni mangkuk?

Benda ni bagi aku menganiaya peniaga. Bazar Raya ni bukan macam uptown yang buka hari2 sepanjang tahun yang orang slow2 boleh terima bila berpindah. Bazar Raya ni hanya sebulan, itu pun peak season dia dalam 15 hari ke 20 hari je. Kau tak boleh cakap "Alah, mula-mula ni orang tak ramai lah, esok2 ok lah tu" tak benda tu kau cakap tu takkan jadi, sebab Bazar Raya ni bukan benda kekal, ia ikut musim dan hanya bertempoh 30 hari. Kalau kau nak pindah pasar malam ok lah sebab setiap minggu sepanjang tahun ada pasar tu, dalam masa setahun orang akan jadi biasa dengan tempat baru tu. Tapi ini event sementara tapi besar, tak patut kau perjudikan nasib orang dengan keputusan bukan2. Cukup lah sekali aku pergi situ, esok kalau aku nak cari barang raya memang aku pergi Jalan Tar je. Rugi peniaga raya tahun ni, rugi. Fail teruk ni, fail. DBKL dan Khalid Samad harus dipersalahkan atas kebodohan yang satu ini.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2019 11:51 PM | Show all posts






Nur Faizah

10 min





Yes mmg bazaar tu memangjang. Tapi sempit dowh.. Stuck kat tgh2 lautan manusia.. Dh la memanjang kebelakang.. Nak keluar kena jalan sampai hujung.. Seller sampai keluarkan ayat.. Tolong la beli kak.. 1 je..

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
menteri bodoh standard mahacai apa nak
dihrpkn haha
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 11:58 PM | Show all posts
memang berwap dalam tu, panas gila. berpeluh jalan ujung ke ujung

kat lorang tar kalu, kalu rasa panas, boleh lari jab kena aircond dalam mydin, globe, hanifa

dah sejuk ilang peluh, shopping balik second round





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2019 12:07 AM | Show all posts
baru baca berita

dah pasang aircond pula dekat bazar jalan raja

sejuk la nanti

DBKL pasang penyaman udara di Bazar Ramadhan Jalan Raja

Bagi memastikan keselesaan peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadhan Jalan Raja, DBKL akan mula memasang sejumlah 36 unit penghawa dingin di khemah peniaga Bazar Ramadhan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 24 unit penghawa dingin dipasang di khemah fasa 1 bermula tengahari ini, manakala baki 12 unit akan dipasang di khemah fasa 2 bermula esok pagi.


Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada semua pihak ketika berurusan di Bazar Ramadhan di kawasan Dataran Merdeka.

Jangan ketinggalan mengunjungi Bazar Ramadhan Dataran Merdeka.

Sebelum ini media melaporkan kawasan persekitaran tapak Bazar Ramadhan Jalan Raja itu dibanjiri ekoran hujan lebat yang berlaku pada Selasa mengakibatkan tapak bazar digenangi air.

Menteri Wilayah Persekutuan Khaiid Samad berkata terdapat dua masalah yang dikenalpasti iaitu isu takungan air ketika hujan lebat dan sistem pengudaraan.

Bagaimanapun masalah takungan air itu dapat diatasi dala mtempoh 20 minit oleh Pasukan Petugas Khas untuk menyusun atur semula water barrier yang diletakkan di tepi laluan Datan Merdeka dan kabel-kabel punca kuasa yang menghalang duang aliran air di kawasan Dataran Merdeka.



Berita penuh https://malaysiadateline.com/dbk ... amadhan-jalan-raja/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2019 12:08 AM | Show all posts
sitidur replied at 17-5-2019 11:58 PM
memang berwap dalam tu, panas gila. berpeluh jalan ujung ke ujung

kat lorang tar kalu, kalu rasa  ...

masuk berita , dbkl pergi pasang aircond dkt sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2019 12:14 AM | Show all posts
Voyagers replied at 18-5-2019 12:08 AM
masuk berita , dbkl pergi pasang aircond dkt sana

patutnya sebelum orang mula niaga dah pasang ekon tu siap siap
perpun, takkan semeriah lorong tar punya la






Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 12:18 AM | Show all posts
esok2 petaling street boleh pindah disini jua wahai khalid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Voyagers replied at 18-5-2019 12:07 AM
baru baca berita

dah pasang aircond pula dekat bazar jalan raja

Klu dah bodoh tak ke mana. Dah habis 2 minggu baru nak bertindak
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpa..

Cina dan india tak meniaga/shopping kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian peniaga. Pengunjung baik ke tmpt yg aejuk musim2 panas begini
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Oo kena jln smpai ujung ke klu nak kluar dari kemah tu
Adoi xda escape route ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian..dlu senang excess..tak suke, bole menapak gi kedai dekat2 situ..yg ni dh la jauh..

tu la tak kaji..kan dh caca marba
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 18-5-2019 12:22 AM
Takpa..

Cina dan india tak meniaga/shopping kat situ

Menteri barua DAP mmg kena campak peniaga melayu layu kt tempat camni...lainla cina India, wajib tempat high class..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo panas berkuak jgnla bawak bebudak. Kesian ... tetambah baby2. Tgk review dulu lepas pasang aircond mcm mana. Satu lg kene byk kan exit. Motip nk paksa jln dr ujung ke ujung. Kalo penuh org ade aircond pun tk rase dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat jln tar tu panas tak der org bunyi.. Sanggup redah menyopping kann.
Sis yg dok luar kl ni, tuhr tengok kat tv 3 suku bukan main puji bazar kat dataran tu bagus etc. Macam krik2 lak, sekali tengok kau org komen emm.
Dah masal Dbkl kena kuar modal tambahan pasang aircond kat situ, padan muka buat keputusan tak fikir panjang, menyusahkan ramai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2019 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
i baru je pergi beberapa hari yg lepas.. bg i yg sng parking jela sbb paking dkt bawah tu then naik tangga atas tu dh bazaar

yg tk best mmg hambar.. variasi baju raya mmg tk bnyk choice.. kiri kanan korg akan nmpk bju yg sama.. kiri batik kanan batik dpn sikit batik.. i masuk satu kedai just tgok baju je peniaga just bt bodoh je.. mybe dh fedup agknya customer tk ramai.. kalau dkt jln tar at least ‘beli kak baju ni boleh bg murah lg kalau beli 2 pasang’.. ni mmg betul la apa dia ckp dorg just bt bodoh main phone

and yup, mmg tk ada jln lain nk kluar once uall dh msuk.. hujung ke hujung exitnya.. bahaya kot incase apa-apa jadi.. bukan nk mendoakan, tp safety tu mmg tk ada..

so better la tukar tempat mcm biasa mcm tahun tahun yg lepas.. rasa la juga meriah tk hambar mcm skrng
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
tetap nk g jln tar mengimbas nostalgia kahkahkah setakat bazar jln raja tu bek aq g uptown kota dame or mydin subang lg berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 05:54 AM | Show all posts
memang tak hingin la nak pergi
kalau macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 06:38 AM | Show all posts
Dulu2 kalau giliran raya kl,last puasa bukak kat restoran insaf.lps buka jln ramai2 dgn family sbb blh shopping sakan sepanjang jln tar tu.blh masuk harrisons,kamdar dgn kedai2 arked tu sekali.
Thn ni raya kl,ajak family buat rutin yg sama.mak ckp eh xpayahlah x best sbb susah nak bjalan nnt.
Baca komen korg baru akak paham.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.235871 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list