CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1860|Reply: 20

[Tempatan] Wanita warga emas ditipu RM280,000

  [Copy link]
Post time 18-5-2019 10:51 AM | Show all posts |Read mode
KUANTAN – Teruja untuk mendapat wang mudah, seorang wanita warga emas kehilangan kesemua wang simpanannya berjumlah RM280,000 akibat ditipu tiga suspek yang baharu dikenalinya, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 73 tahun mendakwa semua wang itu diserahkan kepada tiga suspek termasuk seorang wanita yang memberitahu boleh menggandakan jumlah wang tersebut.

Mangsa mendakwa penyerahan wang berlaku di tempat letak kereta sebuah pusat membeli belah di sini yang mana seorang suspek lelaki telah membawa beg berisi wang itu ke dalam kedai atas alasan mahu mengira jumlahnya.

“Mangsa menunggu di tempat letak kereta bersama seorang lagi suspek lelaki, sebelum suspek itu meninggalkan mangsa berseorangan tanpa memaklumkan sebarang perkembangan dan terus gagal dikesan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa mendakwa mempercayai ketiga-tiga suspek yang dikenalinya beberapa jam sebelum kejadian di sebuah pasar basah, kerana suspek wanita telah mengumpannya dengan pemberian wang saguhati kononnya daripada syarikat stesen minyak.

Mangsa mendakwa diberikan kad mata ganjaran dan dibawa ke stesen minyak di Beserah di sini, untuk mengambil wang tunai RM200 sebelum suspek menawarkan ‘perkhidmatan’ untuk menggandakan wang mangsa.

Suspek mendakwa wang yang akan diberikan adalah wang sebuah pertubuhan yang mahu mengelak daripada pembayaran cukai.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berasingan, seorang pesara, 71, mendakwa kerugian RM5,200 selepas memindahkan wang itu ke dalam akaun yang kononnya diberikan oleh ‘pegawai polis’ bagi siasatan kes pengedaran dadah yang melibatkan namanya di Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah.

Mangsa mendakwa ‘pegawai polis’ itu menghubunginya pada petang semalam, bagi memaklumkan akaun banknya akan dibekukan selama 45 hari bagi tujuan siasatan kes menyebabkan dia perlu memindahkan wang ke dalam akaun baharu.

– Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2019 11:18 AM | Show all posts
modal RM200 je.. untung RM280k..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
orang tamak selalu rugi, mcm anjeng dgn bayang2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 12:33 PM | Show all posts
Ya Allah kenapalah berlaku lagi dan lagii... mana polis? banteraslah dari isu ni terus menjadi2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya duit nenek
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bulan puasa ni xleh nak maki lebih..tamak sgt..org dah pesan,org tamak selalu rugi..ni laa kes y sesuai ngn kata2 tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan polis, tapi kesedaran masing2 tentang isu ini. Bagaimana semudah itu mangsa boleh terpedaya? Duit, nafsu atau akal yg tak panjang..
Andai kata mangsa bijak mengelak dari kena scam, semua ni takkan jadi. So masing2 remind la family masing2 yang dah tua tuuu yg umur 30an keatas. Jangan cepat gelap mata sangat
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:37 PM | Show all posts
Kesian..duit dikumpul bertahun2 akhirnya lesap dlm beberapa minit saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 12:40 PM | Show all posts
Banyaknya duit orang tua ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:54 PM | Show all posts
umo 73 ada wang sebanyak 280k..
lg terfikir nak gandakan duit tu
walhal dgn umor dan duit sebanyak tu..lbh dr cukup
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti kena marah ngan anak...sbb nant anak dh xdpt duit pusaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 01:05 PM | Show all posts
dia dah aim lama orang tua ni, mana dia tau orang tua tu simpan duit banyak
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 21-5-2019 12:40 PM
Banyaknya duit orang tua ni...

Duit simpanan drp anak-anak kasi kot ni. Campur dgn pencen lagi.. pandai cari mangsa penjahat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mamarock replied at 21-5-2019 01:52 PM
Duit simpanan drp anak-anak kasi kot ni. Campur dgn pencen lagi.. pandai cari mangsa penjahat ni.


Suspek mendakwa wang yang akan diberikan adalah wang sebuah pertubuhan yang mahu mengelak daripada pembayaran cukaI

Bkn duit mangsa pun
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspek tu tahu camna ye? Dah target makcik ni lama dah kot ni.. ataupun memang dah kenal makcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 04:07 PM | Show all posts
johan-adx replied at 21-5-2019 12:54 PM
umo 73 ada wang sebanyak 280k..
lg terfikir nak gandakan duit tu
walhal dgn umor dan duit sebanyak ...

weh aku pun terpikir benda sama
nak duit banyak mana lagi, manusia ni tak pernah cukup kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 04:16 PM | Show all posts
Kadang i rase ade juga pengaruh pukau... tak kan as simple as that je kena tipu dgn org baru kenal beberapa jam...

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 04:27 PM | Show all posts
Star_el replied at 21-5-2019 04:07 PM
weh aku pun terpikir benda sama
nak duit banyak mana lagi, manusia ni tak pernah cukup kan

tamak sgt..mendapat laaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 21-5-2019 02:04 PM
Suspek mendakwa wang yang akan diberikan adalah wang sebuah pertubuhan yang mahu mengelak daripa ...

Org jahat tu kata nk gandakan wang nenek tu rm280k , mata dah gelap terbayang dpt minimum sekali ganda rm560k .... dpt drp pertubuhan yg nak elak drp bayar cukai, so kengkonon duit 280k tu nak selamatkan ada juta2 .... nak elak bayar cukai itself dah tak beretika...  dah tua tu... dah la tamak, pastu mmg tak kesah pasal etika
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 21-5-2019 04:32 PM
Org jahat tu kata nk gandakan wang nenek tu rm280k , mata dah gelap terbayang dpt minimum sekali g ...

Kannnn...tua tapi nafsu masih muda
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.086711 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list