CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10368|Reply: 102

[Tempatan] Zoo Negara ‘Terdesak’, Perlu Lebih Ramai Pengunjung. ini komen netizen...

  [Copy link]
Post time 18-5-2019 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Zoo Negara ‘Terdesak’, Perlu Lebih Ramai Pengunjung


Zoo Negara dilaporkan dalam keadaan ‘terdesak’ dan memerlukan lebih ramai pengunjung serta penaja bagi menampung kos operasinya, khususnya harimau Malaya yang boleh menelan belanja RM500,000 setahun.

Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata,
“RM100 sehari diperlukan untuk memberi makan harimau Malaya manakala harimau Bengal makan 10kg daging, atau bernilai RM200 sehari. Ini memakan belanja RM40,000 setiap harimau setahun, termasuk ubat mereka.”

“Mengambil faktor perbelanjaan pekerja, kita memerlukan kira-kira RM500,000 setahun. Secara idealnya, untuk memperluaskan dan menjadikan zoo menjadi tumpuan pemerhatian harimau Asia, kita memerlukan kira-kira RM1 juta setiap tahun.”

“Ini juga boleh didapati melalui penajaan swasta, di mana syarikat boleh menaja satu atau lebih haiwan selagi mereka suka. Mereka juga boleh menamakan bayi yang baru lahir. “

Beliau berkata Geran Persekutuan 5 tahun yang berjumlah RM5 juta yang telah diterima oleh zoo itu telah tamat pada tahun 2004, dan kini hanya bertahan dengan menerima bantuan kerajaan yang berbentuk one-off untuk penyelenggaraan dan pemeliharaan.

“Kami telah membelanjakan RM1 juta hingga RM1.2 juta sebulan untuk tiga tahun yang lalu dan kami perlu mempunyai sekurang-kurangnya 500,000 pelawat untuk menampung kos tersebut.”

“Oleh kerana kami terpaksa membelanjakan semua yang diperolehi, maka pengembangan zoo sebagai kemudahan untuk pendidikan, pemuliharaan dan penyelidikan saintifik adalah amat terhad.”

BILANGAN PELAWAT MAKIN MENURUN

Rosly juga berkata bahawa penurunan pelawat sejak tahun 2015 saban menurun sehingga ke hari ini.

Zoo Negara mencatatkan rekod sebanyak 708,000 pelawat pada 2014, ketika China menghadiahkan Malaysia dua ekor panda raksasa, Xing Xing dan Liang Liang.

“Pada 2016, kami mempunyai 435,000 pelawat sahaja dan ia jatuh ke 345,000. Tetapi angka pulih sedikit dengan 368,000 orang yang datang pada tahun lepas. Tetapi ia masih merosot secara keseluruhan.”

Bagaimanapun, beliau berkata zoo itu akan untuk bertemu dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar, yang dijangka membuka “immersion center” bagi harimau di mana sebahagian belanja dibiayai kementerian itu.

Pihak Zoo Negara juga akan menjemput Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anggota Parlimen Gombak Datuk Seri Azmin Ali, untuk membincangkan usaha untuk Zoo Negara mengukuhkan kemudahan pemuliharaan, pendidikan dan penyelidikan, serta memainkan peranan sebagai pemegang kepentingan dalam merangka dasar untuk pemuliharaan, zoo dan pembiakan penangkapan secara keseluruhan.

“Kami juga berharap bahawa mereka secara aktif mempromosikan zoo kami di Malaysia dan di peringkat antarabangsa kerana ia adalah lambang untuk pemuliharaan.”


Sumber: News Straits Times









Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 04:07 PM | Show all posts
xde apa yg menariknye...
yg pergi yg ada anak kecik je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 04:00 PM | Show all posts
lekas kita pergi zoo, ramai2 dah tentu,
memang seronok apabila disitu

tengok gajah, zirafah, harimau dan singa
kweekwoooo, kakak tua dan flamingo

apabila perut lapar, ayam goreng pun ada
bermainlah di safari sambil makan di sana

jadi jangan tunggu, marilah kita ke zoo
kfc idamanku selalu


eh, nyanyi keee

iklan pun ihsan kfc. dah takde kfc dalam tu, maka iklan pun takde. cemana laa nak untung

zaman internet ni, apa yang susah sangat nak buat marketing ntah. fb page takde, website tak menarik. harap poster je lawa2



Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kukabelly replied at 19-5-2019 12:30 AM
Saya setuju..tapi bab pertunjukkan tu saya rasa better kurangkan, sbb itu tidak menjurus kepada ha ...

Tentang gajah tu betul sangat. Menyesal akak naik. Kesian sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 02:37 PM | Show all posts
zoo negara x berbaloi..dah lah mahal...zoo taiping gak best...sbb rasa mcm suasan hutan ja dlm tu...besar pun besar...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 01:50 PM | Show all posts
nononcrux replied at 23-5-2019 07:52 AM
dah explore web zoo negara, tak updated & intresting langsung.. mcm aku portal yang aku buat dulu, ...

Kalau ko masuk pun mcm tu la perasaannya. Tak interesting langsung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2019 01:15 PM | Show all posts
nononcrux replied at 22-5-2019 09:14 AM
mahal tu berapa harga tix sekarang? last pergi harga dewasa 6.00 kanak-kanak 3.00 tahun 2010

zoo mana pergi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 01:13 PM | Show all posts
Sekitar awal 2000 suka masuk zoo negara bukan sebab nak tengok binatang sangat tp nak keluarkan peluh sambil jalan-jalan keliling zoo. Dulu harga belas-belas jer. Tapi sekarang mak ooii mahal giler.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 12:59 PM | Show all posts
abang aku penah volunteer kat zoo dulu2 la

dia cakap makanan haiwan takde takpe, janji gaji top management masuk dulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon pasang nat geo wild dgn animal planet je bg anak kenal haiwan..ada jugak hati nak bawak anak tgk panda tp kalo nak tgk panda lain plak harga tiket..tunggu sekolah buat lawatan je laaa..aku harap zoo dah tak macam dulu...bucukkkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal...pastu tak bersih..dinding2 berlumut. Jenguk kat kolam buaya tak nmpk buaya sbb lumut byk...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 10:02 AM | Show all posts
noorhairiahma replied at 21-5-2019 04:19 PM
Anak i suka binantang. Maybe sebab sejak dari dalam perut, i suka pergi zoo (3 kali i pergi zoo JB m ...

Zoo JB pun sedih gak tp masuk murah oklah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 09:56 AM | Show all posts
rasa lokasi tu dh tak sesuai laaa
pindah ke kwsn lain..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 09:55 AM | Show all posts

mak aiii mahalnye
gile ke ape

zoo taipei rege tiket 8 hengget jek siap dapat masuk tengok panda lagi

area zoo ni kalo cuti skola agak jem
nampak berdedai gak keta/bas nak masuk ke zoo


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 07:52 AM | Show all posts
Potpouri replied at 22-5-2019 04:54 PM
Aku pegi few years back rasanya lebih rm20 kot.. tak igt beb. Baikla pegi farm in the city kt seri ...

dah explore web zoo negara, tak updated & intresting langsung.. mcm aku portal yang aku buat dulu, baru-baru lepas graduate. hehe
takde marketing strategi langsung emm..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 07:07 PM | Show all posts
Baik turunkan harga tiket org ramai masuk drpd tiket mahal sape jeerrr yg pegi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2019 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
nononcrux replied at 22-5-2019 09:14 AM
mahal tu berapa harga tix sekarang? last pergi harga dewasa 6.00 kanak-kanak 3.00 tahun 2010

Aku pegi few years back rasanya lebih rm20 kot.. tak igt beb. Baikla pegi farm in the city kt seri kembangan tu nmpak jauh lagi menarik. Safari kt A famosa melaka pun better
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 12:45 PM | Show all posts
Save it by action

<<ZOO WALK 2019>>

http://t2u.asia/e/13846

Date : 10 November 2019



Time :
7.30 a.m - 11.00 a.m
7.00 a.m - Registration

Venue : Zoo Negara Malaysia
Register closing date : 11.59 p.m, 10 October 2019

Registration Fee : RM75.00 nett per pax
Inclusive of Zoo Negara & Giant Panda Conservation Centre Ticket Entrance (From 9.00 a.m to 5.00 pm on event day).

Organizer : Zoo & Theme Park Marketing Sdn. Bhd.

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Blackestpink replied at 19-5-2019 07:42 AM
Baik g lost world tambun or gambang..lg berbaloi

Makin mahal harga lost world tambun tu...nak bawak anak pun fikir banyak kali. Belum bab makan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:15 AM | Show all posts
archerfahid replied at 22-5-2019 10:13 AM
Zaman ble harga mcm nie.. X pernah rasanya harga murah camnie..sepanjang iolls pergi. Since 2010 - ...

oh ye ke.. trip sekolah dulu-dulu ikut akak cikgu, tapi mmg btl harga 10nget saje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.081215 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list