baru scroll IG arwah
tertengok balik video masa dia nak balik lepas jumpa timoh dan adik beradiknya
sedih sangat ..
baca caption dia masa birthday timoh pon sedih
Post time 21-5-2019 02:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
silver_acid replied at 20-5-2019 08:09 AM
I’m always curious as to why Fatimah’s family never returned to Malaysia. Nak kata susah bukan ora ...
If I'm not mistaken - sebab mrs.mom memang x sihat since 2016. Sakit yg rasanyer agak berat. Nak main ngan anak2 pun x daya. (This is based on my reading kat IG depa). I follow IG family.uk dah agak lama. So tau sikit2.
Except for the "celebrities" in their families - kita mmg xkan tau sangat pasal mr dad, mrs mom, dr.auntie tu semua. They are private people.
kiranya adam ni ada 3 kakak kat atas and dia yang bongsu la
laki plak tu
mmg lembik la kalau jadi mak dia
anak bongsu and the only son yg pergi
anak bongsu laki mmg manja lain mcm ngan mak..
dahla adam ni akak pon bekenan beno ngan perangeinya
sejuk mata hati nengok si adam ni
akak tgk posting birthday timoh yg dia kiss timoh tu
kesian timoh beso tgk post tu mesti sedeh ya hamat
mcm arwah abg saya..
meninggal diagnose jangkitan kuman pada paru2..tp sebelum tu dia kena buatan org..
sbb bila berubat cara islam mmg keluar habis apa yg ada dlm badan..
tp bila pegi hospital doc diagnose jangkitan kuman.
Post time 22-5-2019 10:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by mixed at 22-5-2019 10:17 AM
Kakak kongsi kisah sayu Fatimah 'standby' gantung tudung untuk doakan Mamajee... “Adam pesan dia minta maaf bany
Isnin, 20 Mei 2019 4:39 PM
Oleh:NADIA SHAIFUL BAHA
Fatimah amat manja dengan bapa saudaranya, Adam. - Instagram Adamdidam
KETIKAberita pemergian Chef Selebriti Adam Mahamed Ismail dilaporkan pada pagi Ahad, rata-rata pengguna media sosial yang mengikuti perkembangan trio popular The Family UK tidak dapat membayangkan perasaan anak-anak buah kesayangannya itu.
Ramai tahu hubungan antara Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali dengan Adam yang lebih dikenali dengan panggilan Adamdidam itu terlalu erat.
Berkongsi cerita tentang akrabnya hubungan mereka, kakak sulung Adam, Dr Nor Ashmiza Mahamed Ismail, 42, berkata sejak mendapat tahu bapa saudaranya sakit, Fatimah telah menggantung sehelai tudung di kerusi sepanjang masa untuk menunaikan solat bagi mendoakan bapa saudara kesayangannya itu.
"Di rumah tu, Fatimah ada satu tudung kepala yang dia gantung sepanjang masa di kerusi, dia akan pakai untuk sembahyang dan mendoakan Mamajee dia.
"Ali dan Mukhtar pun macam tu, dia pakai kopiah untuk tutup kepala. Mereka selalu 'facetime' bersama," katanya kepadamStarpada Isnin.
Mamajee merupakan gelaran bapa saudara yang digunakan oleh kesemua anak saudara Adam terhadapnya.
Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali adalah adik-beradik yang popular dengan video bertutur dalam dialek Kelantan walaupun membesar di Birmingham, United Kingdom.
Tambah Dr Nor Ashmiza, walaupun masih belum matang, penerimaan mereka terhadap kehilangan Adam tidak seperti kanak-kanak lain yang tidak berapa faham tentang hal melibatkan ajal dan kematian.
Ahad memang benar-benar hari Adam dan semalam adalah Ahad yang terakhir bersama Adam.
DR. NOR ASHMIZA
Kakak sulung Adam
"Mereka sedar sepanjang masa bahawa Mamajee memang sakit. Cuma, Fatimah sangat terkesan kerana dia amat menyayangi Adam.
"Dia memang berharap Mamajee kembali ke UK. Berita ini amat-amat mengejutkan mereka," katanya sambil menambah kali terakhir adik beradik tersebut bertemu Adam adalah pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Beliau yang juga menetap di UK itu turut menganggap Adam lebih daripada seorang adik, malahan beliau ibarat ibu kedua buat chef tersebut.
Menyedari keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan, Adam sempat menitipkan kata-kata akhir kepada mereka yang mengenalinya.
Pesanan terakhir Adam untuk semua
"Banyak perkara 'confidential' yang dia cakap dengan keluarga. Tapi, kepada orang luar, dia selalu cakap dia minta maaf banyak-banyak kalau terasa hati dengan tutur katanya, kalau ada apa-apa minta tolong halalkan.
"Alhamdulillah ada rezeki, semua sempat melihat Adam pergi. Keluarga di UK pun sempat 'facetime' dengan dia dan Adam tidak terkilan apa-apa.
"Ahad memang benar-benar hari Adam dan semalam adalah Ahad yang terakhir bersama Adam," katanya yang bersyukur adiknya meninggal dunia dengan cara baik dan pada bulan yang suci.
Sejak awal pengenalan Adam dalam dunia masakan, beliau sering menggunakan tanda pagar #SundayWithAdam untuk berkongsi resipi kepada pengikutnya.
Dia masuk hospital 'on and off' dua tiga kali, kemudian memang dia OK. Macam semalam, dia memang sedar sepanjang masa. Dia bagi reaksi dan minum air.
DR. NOR ASHMIZA
Dalam pada itu, Dr Nor Ashmiza turut meluahkan rasa terkilan terhadap laporan yang mendakwa adik bongsunya mengalami lumpuh dan hanya boleh menggerakkan jari.
"Saya terkejut sebab adik saya bukan macam tu. Adam seorang yang aktif dan suka bekerja kuat hingga ke saat-saat akhirnya.
"Dia masuk hospital 'on and off' dua tiga kali, kemudian memang dia OK. Macam semalam, dia memang sedar sepanjang masa. Dia bagi reaksi dan minum air," jelasnya sambil menambah kesihatan Adam bertambah teruk sejak tiga hari sebelum dijemput Ilahi
Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/05/20/adamdidam-fatimah-gantung-tudung/#jcLgyxjOHO1RguF4.99