CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1908|Reply: 7

[Tempatan] Cuba nak salahkan cadangan org ramai...ini transkrip penuh pengerusi PTPTN.

  [Copy link]
Post time 19-5-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Senarai hitam imigresen, ini transkrip penuh pengerusi PTPTN.

1 hour ago


Kuala Lumpur, 19 Mei: Isu senarai hitam imigresen bagi peminjam PTPTN yang tidak membuat pembayaran pinjaman menjadi panas gara-gara kenyataan pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan yang didakwa mencadangkan perkara tersebut.

Walaubagaimanapun, kini beliau dilaporkan secara peribadi tidak bersetuju pula dengan cadangan tersebut.

Setelah meneliti video ucapan beliau dan berikut kami siarkan transkrip penuh berdasarkan video tersebut untuk penilaian pembaca:

“Isu senarai hitam imigresen ini, semasa kita mula-mula mengatakan kita nak mansuhkan ada orang yang membantah dan bantahan itu adalah disebabkan ada memberikan pandangan bahawa :


“Kami ini bayar secara berdisiplin, setiap bulan, tapi kerajaan memberi keistimewaan kepada mereka yang tidak membayar. Kami membayar tidak mendapat insentif, mereka yang tidka membayar pula diberikan pelepasan. Jadi kenapa mereka yang tidak membayar diberi keistimewaan”.

Jadi itu yang meneyebabkan ada bantahan apabila kita menghapuskan senarai hitam imigresen. Tetapi kita laksanakan juga. Di waktu yang sama apabila kita adakan sesi-sesi engagement yang kita lakukan, ada pandangan yang mengatakan ianya berkesan (sekatan keluar negara). Dan disamping itu bagi mereka yang culas ya, yang tak pernah bayar walaupun mampu, yang mungkin ada kemampuan tinggi, maka perlu ada tindakan-tindakan, sekatan-sekatan yang tegas kepada mereka untuk memastikan mereka berdisiplin dan bertanggung jawab demi masa depan peminjam-peminjam akan datang.

Dalam sesi konsultasi ini, saya rasa setakat ini kita tidak mngambil sikap Ya atau Tidak dalam mana-mana idea dan kita akan terima pandangan semua daripada rakyat dan selepas itu kita akan angkat pandangan-pandangan yang diberikan oleh rakyat itu kepada peringkat kementerian.

Jadi kalau sekiranya di peringkat kementerian dan kabinet mengatakan bahawa ada sekatan-sekatan tertentu yang perlu diperkenalkan, kita akan laksanakan. Tapi keputusan itu bukan ditangan kitalah kiranya. Itu perlu dibuat oleh pihak kementerian.


(Soalan wartawan: Jadi untuk lebih jelas, walaupun anda mungkin akan memperkenalkan kembali larangan perjalanan, pada akhirnya, adakah kerajaan yang akan membuat keputusan untuk melaksanakannya?)

Jawapan beliau:

Ya. Semua sekatan-sekatan yang disenaraikan tadi adalah cadangan yang kita dapat daripada sesi engagement sebelum ini. Kalau sekiranya ini juga yang kita dengar daripada konsultasi kita dalam jangkamasa tiga minggu yang kita adakan konsultasi ini, maka kita akan angkat ke peringkat atasan. Sama ada dilaksanakan atau tidak, itu saya tak boleh jawab sekarang sebab kita akan kumpulkan semua idea.” – Wan Saiful Wan Jan.

Video ehsan KiniTV:


Pada Jun tahun lepas, senarai hitam imigresen bagi peminjam PTPTN seramai  429,945 telah dihapuskan.

Manifesto PH pada PRU 14 sebelum ini menjanjikan pengangguhan pembayaran pinjaman PTPTN selagi gaji peminjam tidak mencecah RM4000 sebulan. Walau bagaimanapun, janji tersebut bertukar dan tidak dapat dilaksana apabila kerajaan melakukan pusingan-U. Kita kita tunggu apakah langkah kerajaan lama yang menyekat peminjam culas dari keluar negara akan berakhir dengan u turn juga oleh kerajaan PH.


Jangan lupa kongsikan!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah PH bukak cadangan dari public, sesuatu yg tak pernah dibuat zaman Umno
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 06:41 PM | Show all posts
Ikut pangai atok la ni, pandai menuding jari pada kesalahan orglain.


Bahalol punya PH, sendiri punya agenda ada dlm manifesto
hapuskan blacklist, skrg dia pulak cadangkan..


Bila dah kantoi, nak cover bodo, salahkan kata itu cadangan rakyat...peygidahh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 02:56 PM | Show all posts
pyropura replied at 20-5-2019 05:05 PM
Bagus lah PH bukak cadangan dari public, sesuatu yg tak pernah dibuat zaman Umno

public suruh tunai janji mansuhkan TOL & PTPTN.  kenapa x buat ??

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 03:00 PM | Show all posts
pengundi PH dah marah siaplah kau PTPTN...lepas ini kerajaan PH halalkan semua hutang PTPTN...betullllll
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 04:50 PM | Show all posts
kifarah sbb dulu kuat hasut anak muda jgn bayar ptptn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2019 11:08 AM | Show all posts
kak wan tak setuju kan cadangan sekatan peminjam ni....?

aaduhai...mcm mana nak bagi pendidikan percuma ni..?

klu mansuh...nanti yang dah bayar abis tu sentap...takkan nak pulangkan balik kepada peminjam..( ni aku pun setuju ni klu mansuh lepas tu yang dah bayar dapat refund......) tak pasal2 dapat balik duit...huhuhu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2019 01:41 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 22-5-2019 11:08 AM
kak wan tak setuju kan cadangan sekatan peminjam ni....?

aaduhai...mcm mana nak bagi pendidikan p ...

yup. patut refund.  negara ni kaya raya minyak lalu bwh bumi kata azmin ali

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.073703 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list