CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2113|Reply: 19

[Tempatan] Melayu Jangan lah Emosi Sangattt...Kuat Sentap, Mental Mudah Koyak

  [Copy link]
Post time 19-5-2019 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Malaysia.Doom at 19-5-2019 11:16 PM

19 Mei 2019 12:00 PM



SEPANJANG setahun Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, isu Presiden PKR. Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menggantikan tempat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sehinggalah kepada isu kerajaan PH tidak menjaga Melayu serta agama Islam antara perkara yang sering berkumandang sehingga adakalanya menimbulkan keresahan banyak pihak.

Tidak mahu terus disalah anggap oleh sebilangan besar masyarakat bahawa PH tidak mengambil berat mengenai isu Melayu dan Islam, Ketua Wanita PKR, HANIZA TALHA berpendapat isu ini sengaja dimainkan oleh UMNO dan Pas sebagai talian hayat akhir mereka untuk membuat kemunculan semula selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Selain menjawab topik panas ini, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor turut berkongsi mengenai inisiatif kerajaan negeri Selangor dalam menangani isu perumahan yang mahal di Lembah Klang kepada wartawan Mingguan Malaysia, SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH bersama jurugambar AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN dan juruvideo, MOHD. FIKRI FADZIL di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam baru-baru ini.

Saya perlu berlaku adil sebab dalam tempoh setahun dan dalam keadaan ekonomi negara yang terbeban dengan hutang dan sebagainya saya rasa kerajaan PH sudah membuat sesuatu yang perlu dipuji.

Jadi apabila semua bekas setinggan ini duduk sesama mereka pemikiran mereka pun tidak berkembang, jadi untuk masa hadapan saya lihat perlu ada keperluan untuk mengintegrasikan penduduk di sesebuah kawasan perumahan bagi untuk mengubah mentaliti mereka.

WARTAWAN Mingguan Malaysia ketika menemu bual Haniza Talha di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz S
WARTAWAN Mingguan Malaysia ketika menemu bual Haniza Talha di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, baru-baru ini.
MINGGUAN: Sejak dilantik sebagai Ketua Wanita PKR yang baharu, bagaimana cabaran yang dihadapi?

HANIZA: Salah satunya adalah untuk merapatkan semula lain-lain pandangan supaya dapat duduk di bawah satu kepimpinan, kedua untuk menyantuni ahli-ahli baharu kerana mereka masih tidak memahami teras perjuangan dan budaya dalam parti, dan ketiga untuk membina kapasiti dan mengoptimumkan parti untuk menguatkan lagi PKR.

Selain itu, terdapat juga agenda untuk memperkasakan wanita bagi melihat wanita berperanan dalam peringkat membuat keputusan, saya nampak tumpuan kepada ekonomi perlu ditekankan kerana dengan kemajuan ekonomi akan menyebabkan kita lebih berdaya maju antaranya dengan menubuhkan sebuah unit untuk melatih kontraktor wanita supaya mereka juga boleh memberikan sumbangan kepada negara.

Bagaimana pula suasana tegang yang berlaku sewaktu berkempen dahulu, adakah sudah kembali jernih?

HANIZA: Semua sudah semakin baik tetapi tidaklah sampai 100 peratus, sangat mustahil. Namun begitu, saya lihat sayap wanita paling cepat pulih dan kita juga telah berjaya membuat pelan strategik serta program jelajah ke seluruh negara sebanyak dua kali.

Pada masa sama, kita juga sudah mempunyai struktur kepimpinan termasuk di negeri-negeri malah, mesyuarat sayap juga kita tidak pernah gagal adakan pada setiap bulan. Keadaan ini tidak sama dengan sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang masih ada masalah.

Berhubung isu Anwar yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Dr. Mahathir, adakah perkara ini mengganggu tumpuan parti?

HANIZA: Saya tidak nampak perkara itu berlaku kerana sekarang kami terlalu fokus untuk pulihkan keadaan negara, jadi kita tiada masa untuk berbalah mengenai perkara ini, kalau ada pun hanya sedikit macam batu api, ada yang tiada kerja lain hanya buat bising sahaja.

Berhubung dengan Anwar akan masuk, kita pun belum bincang secara lengkap tetapi sudah pasti Anwar akan menggantikan Dr. Mahathir tetapi bila tarikhnya itu pimpinan peringkat majlis presiden belum bincang, jadi saya rasa biar sahaja setakat itu. Untuk masa ini kita jangan disibukkan dengan perkara lain dahulu kerana keutamaan kita ialah untuk selamatkan negara.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan sebagai Perdana Menteri, bagaimana pendirian Wanita PKR mengenai kenyataan ini?

HANIZA: Saya rasa itu kenyataan kurang ajar sebab kalau seseorang itu dipenjara atas sebab-sebab yang salah, itu bukan salah dia jadi banduan. Jadi saya rasa tidak sesuai keperibadian seorang pemimpin Islam bercakap macam itu. Ini memalukan dan tidak menggambarkan akhlak pemimpin Islam yang langsung tidak mempunyai hikmah apabila bercakap.

Kalau hendak meraih kepentingan politik pun jangan sampai jatuhkan taraf diri sendiri, gunakanlah kaedah yang lebih terhormat.

Sejak akhir-akhir ini timbul isu PH tidak menjaga Islam dan Melayu, benarkah dakwaan ini?

HANIZA: Itu hanya persepsi sebab isu perkauman dan agama sentiasa digunakan UMNO dan Pas untuk menghalang kemaraan PH, apabila PH sudah menjadi kerajaan maka tiada peluang kepada UMNO untuk membuat kemunculan semula, jadi mereka perlu membuat sesuatu kalau tidak mereka akan menjadi tidak relevan lagi sebab itu mereka perlu mencipta sesuatu untuk membuatkan orang curiga terhadap kemampuan PH.

Tinggal yang boleh mereka gunakan adalah isu agama yang mana orang Melayu sangat sensitif dan emosi sehinggakan mereka boleh melupakan orang yang telah memporak perandakan mereka dahulu.

Situasi ini juga sama berlaku semasa kami mula mentadbir Selangor pada 2008, banyak serangan kepada kerajaan baharu waktu itu, setiap hari kita berhadapan dengan serangan seperti ini bagaimanapun rakyat melihat ini adalah dakyah pembangkang waktu itu dan masih memberikan undi kepada kita, malahan kerusi pembangkang di Selangor terus jatuh semasa PRU Ke-13 dan PRU Ke-14. Bagi saya ini adalah talian hayat terakhir mereka kalau tidak mereka tidak boleh bertahan lagi.

Jadi saya hendak pesan kepada orang Melayu supaya jangan emosi dan kita kena rasional. Saya juga melihat orang yang timbulkan perkara ini boleh menyebabkan berlakunya unsur kekacauan nanti, jadi pihak berkuasa perlu ambil tindakan terhadap mereka ini kerana menimbulkan keresahan dan mempunyai kecenderungan untuk berlaku pergeseran antara kaum.

Pada masa sama, perkara ini juga tidak bagus untuk ekonomi dan negara, apabila pelabur tengok situasi tidak stabil mereka pun tidak mahu datang ke negara kita. Secara peribadi bagi saya orang seperti ini perlu diambil tindakan, kebebasan bersuara boleh tetapi sampai menimbulkan kekacauan dan huru hara maka kena ambil tindakan pada mereka.

Bagaimanapun dalam tiga pilihan raya kecil (PRK) lalu di Semenanjung menunjukkan kerjasama UMNO dan Pas diterima pengundi.

HANIZA: Kalau kita lihat tempat yang mereka menang sememangnya kubu kuat dia seperti di Semenyih, PH hanya menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada PRU lalu, sebelum ini kerusi itu memang kubu dia sama juga seperti di Cameron Highland dan Rantau. Bagaimanapun kita masih menang di Seri Setia, Sungai Kandis, Balakong dan Sandakan sebab ini kerusi kita, kalau kita kalah kerusi-kerusi ini baharulah kita kena bimbang.

Sepanjang setahun PH mentadbir negara, bagaimana penilaian sayap Wanita PKR terhadap prestasi PH?

HANIZA: Saya perlu berlaku adil sebab dalam tempoh setahun dan dalam keadaan ekonomi negara yang terbeban dengan hutang dan sebagainya saya rasa kerajaan PH sudah membuat sesuatu yang perlu dipuji. Walaupun dalam keadaan sukar mereka masih boleh membuat belanjawan yang dapat membantu rakyat seperti memberikan peruntukan sebanyak RM3.3 juta untuk setiap ahli parlimen dan mewujudkan banyak skim untuk rakyat berbanding dahulu, cuma maklumat ini masih belum sampai kepada rakyat.

Dari segi masalah rasuah, imej negara juga sudah pulih, kalau dahulu indeks rasuah Malaysia sangat teruk di mata dunia tetapi kini sudah bertambah baik termasuk hal ehwal ekonomi. Hanya sekarang bagaimana usaha perlu dilakukan untuk menambah pendapatan rakyat dari segi penggajian bagi menjadikan ekonomi bertambah baik

Selain itu, dalam tempoh ini juga PH perlu berurusan dengan penjawat awam yang masih mempunyai jiwa dengan pentadbiran lepas, sebelum ini kita tidak pernah menjadi kerajaan dan tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan penjawat awam serta tidak tahu selok belok mengenai prosedur, jadi perlu masa untuk belajar semua perkara ini.

Diharapkan penjawat awam akan bersama-sama dengan kerajaan pentadbiran baharu sebab banyak perubahan boleh dilakukan bersama. Saya sebenarnya nak beritahu kepada penjawat awam, di Selangor di bawah PH penjawat awam mereka ada banyak benda yang boleh diteroka untuk membawa perubahan, kalau pentadbiran lalu kena ikut sahaja arahan.

Di bawah PH kita menggalakkan penjawat awam untuk menjadi inovatif dan mempunyai kepuasan untuk bekerja yang tidak hanya semata-mata masuk pukul 8 pagi dan balik pukul 5 petang setiap hari.

Bagaimana sambutan skim Rumah Selangorku (RSKU) sekarang?

HANIZA: Permintaan sangat menggalakkan dan kerajaan negeri sedang memenuhi permintaan ini. Jika diikutkan banyak permintaan terhadap kediaman jenis A dan B iaitu untuk isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah bagaimanapun, banyak pemaju lebih berminat untuk membina kediaman jenis C dan D iaitu untuk isi rumah berpendapatan RM10,000 ke bawah kerana harganya yang lebih mahal.

Namun begitu, kerajaan negeri masih mensyaratkan pemaju untuk membina keempat-empat kategori kediaman ini dengan jumlah 10 peratus bagi setiap kategori manakala bakinya diperuntukkan untuk kediaman harga bebas yang mana kita tidak menetapkan sebarang harga.

Dasar ini dibuat bagi memberi peluang kepada golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah untuk memiliki rumah sendiri. Biar pun unit yang ditawarkan ini harganya lebih murah, dari segi kualiti kita tidak pernah berkompromi termasuk di bahagian tingkap, lantai dan pintu.

Selain itu, kita juga sedang mempromosikan Skim Smart Sewa bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan memiliki rumah sendiri untuk menyewa terlebih dahulu. Menerusi kaedah ini kerajaan negeri akan membeli unit-unit RSKU dan kemudiannya disewakan kepada golongan ini mengikut syarat-syarat ditetapkan bagaimanapun tempoh sewaan ini bukan untuk selama-lamanya, minimum dua tahun dan maksimum selama lima tahun.

Menerusi skim ini kita menawarkan kadar sewa di bawah harga pasaran contohnya jika kadar sewa semasa adalah RM500 sebulan kita akan tawarkan RM300 hingga RM400 termasuk bayaran penyenggaraan. Pada masa sama, apabila bayaran penyelenggaraan selesai selepas tempoh sewaan tamat baki 30 peratus akan dikembalikan kepada penyewa berkenaan dan duit itu boleh digunakan untuk menampung pembelian beli rumah baharu nanti.

Sehingga kini kita memiliki antara 400 hingga 500 unit kediaman untuk skim ini dan menjelang akhir tahun kita menyasarkan untuk mempunyai 1,000 unit.

Tidak bimbang jika berlaku masalah kemudian hari sekiranya tempoh sewaan dibuat dalam masa singkat?

HANIZA: Tidak, sebelum mendiami rumah berkenaan mereka perlu menandatangani syarat-syarat yang disediakan, sebenarnya kita buat kaedah ini untuk mereka berusaha merancang masa depan, kalau tahu maksimum sewaan hanya lima tahun mereka akan berusaha untuk menambah pendapatan dan wang simpanan.

Selain itu, untuk masa hadapan kita juga akan memberikan keutamaan kepada mereka untuk memiliki unit RKSU yang bakal dibina.

Bagaimana pula isu harga rumah di Lembah Klang yang sangat mahal, apakah langkah kerajaan negeri untuk tanganinya?

HANIZA: Apabila kita memperkenalkan harga kawalan rumah mampu milik ini ia sebenarnya untuk mengawal harga rumah. Kalau dahulu pemaju suka membina rumah berharga RM500,000 ke atas apabila ada rumah harga kawalan mereka akan lebih berhati-hati untuk membina rumah berharga mahal kerana orang ramai sudah ada pilihan, kalau dahulu tiada pilihan mereka terpaksa beli rumah dengan harga yang mahal.

Disebabkan itu, sekarang pemaju lebih banyak membina rumah berharga RM400,000 dan ke bawah, jadi sekarang kami membantu rakyat untuk membeli rumah yang lebih murah berbanding dahulu yang harganya rata-rata RM500,000 ke atas.

Apakah perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti kehidupan bandar untuk rakyat Selangor khususnya?

HANIZA: Selain isu perumahan, kita juga fokus untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat terutamanya dengan meningkatkan jumlah pendapatan mereka, saya lihat golongan yang tidak memiliki pendapatan yang bagus kebanyakannya tinggal di kawasan-kawasan flat kos rendah jadi kita juga akan membantu mereka dari segi pengurusan bangunan sebab selalunya flat-flat kos rendah ini mempunyai masalah seperti lif rosak dan sebagainya sehingga menyebabkan kehidupan mereka terlalu tertekan, jadi kerajaan negeri ada bantuan untuk membaik pulih flat-flat kos rendah ini termasuk membaik pulih lif, bumbung dan mengecat semula bangunan.

Pada masa sama, kita tidak mahu penghuni flat ini sentiasa bergantung pada kerajaan negeri jadi kita sekarang dalam proses untuk mengajar mereka untuk mengurus bangunan dengan lebih efisien menerusi pengenalan terhadap satu sistem pengurusan kewangan yang boleh mengumpul duit, mendaftar dan membayar untuk urusan penyenggaraan seperti membaiki lif dan kerja-kerja pembersihan.

Bagaimana pula untuk mengatasi masalah mentaliti penduduk yang sudah biasa dengan keadaan tidak terurus ini?

HANIZA: Kita perlu terima hakikat masalah ini berpunca daripada kesilapan dahulu yang mana mereka meletakkan semua bekas penduduk setinggan di satu tempat dan tidak mengintegrasikan mereka dengan orang lain, jadi apabila semua bekas setinggan ini duduk sesama mereka pemikiran mereka pun tidak berkembang, jadi untuk masa hadapan saya lihat perlu ada keperluan untuk mengintegrasikan penduduk di sesebuah kawasan perumahan bagi untuk mengubah mentaliti mereka.

Saya juga ada berbincang dengan pihak berkepentingan lain berhubung isu ini kerana flat-flat ini masih dihuni dan kesannya akan berterusan yang mana kita bimbang nanti akan menghasilkan masyarakat yang tidak seimbang dan berada dalam tekanan justeru, saya mengadakan kerjasama dengan pihak perancangan bandar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menyediakan satu penyelesaian dengan menyediakan kawasan rekreasi di sini. Insya-Allah projek yang dikenali sebagai Jaringan Hijau ini bakal dilaksanakan pada hujung tahun ini. Untuk pembangunan di masa hadapan pula kita akan mengintegrasikan semua penduduk ini seperti yang terdapat dalam program RSKU yang mempunyai kategori pendapatan bercampur.

Baru-baru ini terdapat laporan mengenai flat Taman Keramat Permai mengalami keretakan, bagaimana perkembangannya sekarang?

HANIZA: Kita telah menerima laporan, tiada masalah struktur berlaku, ia retak disebabkan berlakunya pemendapan bagaimanapun pemantauan masih sedang dibuat bagi memastikan tiada lagi keretakan berlaku. Kerosakan juga sudah dibaiki dan apabila siap sepenuhnya mereka boleh masuk semula.

Ada cadangan untuk runtuh dan bina semula?HANIZA: Setakat ini kita belum buat keputusan tersebut.

Tag Berkaitan
Politik dan Kerajaan  Pendapat


Penafian: Semua Komen di bawah tidak mencerminkan pendirian atau pandangan Utusan, ia merupakan pandangan peribadi penulis.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2019 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Jijik sial.


"(memainkan emosi) melayu Islam sontap yg boleh menimbulkan kekacauan, maka kene ambil tindakan (senyapkan dissenters) utk elakkan pergeseran kaum".

Tell that to waytamurti la bitch.


"Penjawat awam mempunyai jiwa dgn pentadbiran lepas, Kita Tak pandai berkomunikasi dgn penjawat awam"

And that's why lantikan politik utk payroll gomen semua langgar tangga gaji JPA, lepas tu melalak betapa penjawat awam sabo PH Kan?



sekarang bagaimana usaha perlu dilakukan untuk menambah pendapatan rakyat dari segi penggajian bagi menjadikan ekonomi bertambah baik.

Ya betul. Panggil marhein pemalas. Bodohkan marhaein gaji Naik = Inflasi. Tutop peluang kerja dgn memberi diskaun Levi pekerja asing. Benarkan sambungan perkhidmatan pekerja asing yg wajib dihantar pulang selepas 10 tahun .




Fucking nauseating you godem maderfarking bewok lidah bercabang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjang nya. Tiga hari tiga malam tak habis baca ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 02:05 AM | Show all posts
panjang punya panjang manifesto di capati jua kan? make it simple and short . im not genius but limited edition ok.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tak baca langsung..haha..yang aku tahu..pengkhianat
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Yela tu.. nak cakap isu ini sentiasa dimainkan umno dgn pas... Dah kau tak perform nak salahkan orang pulak. Tu jela modalnya. Asik salahkan kerajaan terdahulu. Cuba la pandang ke depan. Orang nak solution bkn alasan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2019 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri bengap lemah tak berguna lagi mau bersyarah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 10:23 AM | Show all posts
bettyna ni bangsa apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sekngucing at 20-5-2019 11:41 AM

aku tak nampak pun mana dia emosional melayu ni
kena panggil malas oleh pm sendiri bnyak kali pun diam ja  
dap dok panggil diorangg taliban... gugat. keamanan... boleh cetuskan perang.... melayu dok rilek ja
adib kena bunuh... masih lg dok rilek.. a
aku anggap melayu ni kaum yg pasif dan bodoh
no action... tgok ajaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2019 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 20-5-2019 11:36 AM
aku tak nampak pun mana dia emosional melayu ni
kena panggil malas oleh pm sendiri bnyak kali pun  ...

Khennn...sepatutnya dah wujud pengganas atau militan Melayu kalau Kat Arab Sana lah....tapi Melayu rileks je kannn...kalau jadi Militan tu meols percaya Jenis bangsa mental koyak macam Arab2 tu.

Aku tengok Arab tu lagi Tak boleh terima Budaya bukan Arab sampai sanggup jadi Militan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 20-5-2019 11:36 AM
aku tak nampak pun mana dia emosional melayu ni
kena panggil malas oleh pm sendiri bnyak kali pun  ...

The problem comes from UMNO

UMNO ajar Melayu jadi rileks rileks Cobaaan Cobaaan cobaan..sampai dah hilang Kuasa UMNO baru sedar...Ini bukan Cobaaan lah Setan!!!!!

Orang Melayu masih..Cobaan Cobaan Cobaan
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang je ph ni

Semua rakyat dan UMNO pas salah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ko jd kerajaan baru pandai nasihat jgn emosi..time dulu berguling kat jalan...berrdemonstrasi x ingat pula emosi...x boleh emosi mcm mana kalau agama dipermainkan...hak bangsa diperkotakkatikkan ...yg tim menteri cita sedap je bg 1.5juta kat sjkc
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjangnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
putericahaya999 replied at 20-5-2019 12:22 PM
Senang je ph ni

Semua rakyat dan UMNO pas salah

UMNO memang byk salah sebab Tak tutup Sekolah Cina Dan tamil....so diorg semua fikir Negara Kita takda dasar kebangsaan YG bersifat homogenous

Tu yg problem dengan Malaysia...kalau boleh migrate Cuba la migrate.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu dari dulu lg byk bersabar....Elok laa tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2019 10:34 PM | Show all posts
bila melayu emosi - janganla emosi..lembik asyik nak sentap je babi kimak punya kaum
bila bukan melayu emosi - ehh rilek bnda boleh bincang... belum muktamad..kita sentiasa mendengar  

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 19-5-2019 03:58 PM
Khennn...sepatutnya dah wujud pengganas atau militan Melayu kalau Kat Arab Sana lah....tapi Melayu ...

Kleng n cina pin sama. Tambah2 yg kat malaya neh genetik sampah dari tanah besar. Useless
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 11:03 PM | Show all posts
Wan azizah kipas suruh bertenang bila Adib mati.

hari2 Melayu di hina oleh yang so called Malay.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2019 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 20-5-2019 10:38 PM
Kleng n cina pin sama. Tambah2 yg kat malaya neh genetik sampah dari tanah besar. Useless

Melayu NI sembahyang tertonggang tertonggek tapi nltetap Tak boleh jadi keras
gagah Dan tegas macam Arab yang Tak mampu adapt sebarang Budaya asing kecuali pakaian Eropah (sebab semetik ni Indo European jugak khen)...so Budaya kokusen je Arab NI boleh terima.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.084720 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list