CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2595|Reply: 13

[Politik] 5 negara bida kontrak bekal pesawat tempur bernilai RM36 bilion kepada TUDM

[Copy link]
Post time 20-5-2019 05:59 PM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Politik mungkin menjadi faktor penentu dalam perjanjian membekalkan pesawat tempur ringan bernilai RM36 bilion kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam tempoh 10 tahun akan datang, menurut laporan media Singapura.

Dipercayai pesawat yang ditawarkan adalah F-50 daripada Industri Aeroangkasa Korea, Korea Selatan, Tejas buatan Hindustan Aeronautics (India), YAK-130 oleh Irkut Aerospace (Rusia), JF-17 Thunder (Pakistan) dan Alenia Aermacchi M-34 Master (Itali).

Menurut akhbar Straits Times (ST) Singapura, eksekutif industri pertahanan percaya pegawai tertinggi TUDM berminat dengan jet FA-50 Korea Selatan, tetapi pengkritik menganggap pesawat satu tempat duduk itu tidak sesuai kerana ia tidak mempunyai kemampuan pengisian minyak di udara.

Keputusan dijangka dibuat dalam beberapa bulan ini, kata laporan itu.




Ia berkata, cadangan pembelian 30 pesawat tempur ringan itu akan menjadi satu cabaran dasar kerana pembekal yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan lepas kini berdepan saingan daripada pembekal baru.

Persaingan untuk memenangi kontrak berkenaan berlaku dalam kalangan ejen tempatan pengeluar dan merupakan “entiti persendirian tidak dikenali dengan pemegang sahamnya yang mempunyai rangkaian yang kuat bersembunyi di sebalik proksi perniagaan bagi melindungi penglibatan mereka”, kata laporan itu.

ST memetik eksekutif industri pertahanan yang tidak dinamakan sebagai berkata, bahawa FA-50 diwakili oleh entiti persendirian tidak dikenali Kemalak Systems, Tejas oleh Forte Drus, JF-17 oleh Kharisma Wira, YAK-130 oleh Sovereign Strategic yang berpangkalan di Sarawak, sementara wakil Aermacchi tidak diketahui.

“Angkatan tentera memang mempunyai senarai pilihan mereka, tetapi politik yang akan menentukan pembelian Malaysia,” seorang eksekutif kanan sebuah agensi pertahanan tempatan dilaporkan berkata.

Lobi daripada Pakistan juga kuat. Perdana menterinya, Imran Khan mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun bidaan Pakistan mungkin gagal kerana Malaysia mahu mengaitkan perjanjian pembelian senjata itu dengan pembelian minyak kelapa sawit.

India, salah satu pembeli utama minyak sawit Malaysia, dilaporkan menawarkan untuk membeli jet pejuang MiG-29 milik Malaysia yang tidak lagi digunakan bagi meningkatkan peluangnya.

TUDM kini memiliki campuran jet pejuang supersonik dan pesawat tempur pelbagai peranan, terdiri daripada 13 buah MiG-29 buatan Rusia (kini tidak digunakan) dan 18 Sukhoi SU-30MKM “Flanker”, serta 8 buah F/A-18D Hornet buatan Boeing dari Amerika Syarikat. Terdapat juga 13 pesawat tempur ringan Hawk 208 buatan British.

TUDM juga menggunakan 5 buah Hawk 108 dan 7 jet pelatih Aermacchi MB-339.


www.freemalaysiatoday.com


Single Polls, Total 11 Users voted
9.09% (1)
9.09% (1)
63.64% (7)
0.00% (0)
18.18% (2)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2019 06:00 PM | Show all posts
Edited by matamata at 20-5-2019 06:18 PM

FA50


HAL Tejas


YAK-130



JF-17 Thunder


Aermacchi M-34 Master
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2019 06:00 PM | Show all posts
Edited by matamata at 20-5-2019 06:22 PM

Senarai Syarikat Kroni yang terlibat :
1.FA-50 - Kemalak Systems


2. HAL Tejas - Forte Drus


3. JF-17 - Kharisma Wira


4. YAK-130 - Sovereign Strategic


5. Aermacchi M-34 Master - Belum dikenalpasti



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2019 06:01 PM | Show all posts
Edited by matamata at 20-5-2019 06:23 PM
  1. “Angkatan tentera memang mempunyai senarai pilihan mereka, tetapi politik yang akan menentukan pembelian Malaysia,” seorang eksekutif kanan sebuah agensi pertahanan tempatan dilaporkan berkata.
Copy the Code

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada info tak sapa yang empunya entiti persendirian @ syarikat tu?  
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 07:57 AM | Show all posts
RM36 billion for LCA? Berapa ratus biji nak beli tu? Could be typo error?

I think it is a foregone conclusion. If we were to buy LCA, it would be FA-50..for commonality sake.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2019 08:19 AM | Show all posts
hawk replacement should be FA50, tapi kalau politaik yg kacau knowing Tun, susah kalau american goods (part) ni nak masuk so, tak tau lah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 08:32 AM | Show all posts
bukan hari tu cakap kerajaan tak ada duit nak bangkrup??? nak pulihkan negara adalah matlamat No.1..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 08:43 AM | Show all posts
knp media spore bukan media m'sia?

1.2b sebijik? wth lah.....harga sbijik f22
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:18 AM | Show all posts
Menurut akhbar Straits Times (ST) Singapura, eksekutif industri pertahanan percaya pegawai tertinggi TUDM berminat dengan jet FA-50 Korea Selatan, tetapi pengkritik menganggap pesawat satu tempat duduk itu tidak sesuai kerana ia tidak mempunyai kemampuan pengisian minyak di udara.

Tulisan ikut suka pemberita Singapore jer..   tak boleh percaya 100 percent.

Ikut jer RSAF beli  Aermacchi 346. Lagi pun kita dah ada Aermacchi MB339.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:21 AM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 21-5-2019 11:22 AM

udah macam acik bawang ---- laki dan diri sendiri gaji kecik -- tapi menyopping bukan main sakan ---
harap harap tak ada lah sep sep yg kenyang terbuntang
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambil dan belilah semua.  Makin mahal ..makin besar kickback yang akan diterima.  Kaya raya lah mereka semua..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasenye kalau ambik russia punye blh bartertrade dgn sawit...byk membantu felda yg tgh struggle ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa nih kes salah titik perpuluhan lg....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.084945 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list