CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: whitemagic

[Tempatan] Petisyen untuk memansuhkan Sekolah Vernakular

  [Copy link]
Post time 22-5-2019 02:47 PM | Show all posts
sidewinder replied at 22-5-2019 02:07 PM
sampai bila laa isu ni akan ding dong......sbb org melayu sendiri masih x leh beza antara bahasa m ...

american english, uk english , australian english  tu still  english. yg aku maksudkan tak  ada istilah American Language, UK Language etc. So tak ada lah Malaysian Language atau  bahasa malaysia. Yang ada adalah bahasa melayu malaysia, bahasa melayu brunei, bahasa melayu selatan  thai etc. Pokoknya bahasa melayu bukannya bahasa malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2019 03:20 PM | Show all posts
sqlite3 replied at 22-5-2019 02:47 PM
american english, uk english , australian english  tu still  english. yg aku maksudkan tak  ada is ...

ko tgk indon mcm mana......dia org guna bahasa berasaskan kaum ke berasaskan negara ? Bahasa Indonesia kan......ko tgk cino2....india2 situ dia org terima bahasa indonesia sebagai indonesia......sampai x leh beza dia org dr kaum mana.....dlm masa yg sama masih bole bercakap dlm bahasa ibunda dia org.....kat malaysia ni selagi wujud exteremis kaum baik melayu...cino india....sampai bila2 kita sbg org malaysia dok ada masalah yg sama dr awal merdeka sampai ke skrang....move on....negara berasaskan kaum atau nak tunjuk dominan sesuatu kaum ni dah ketinggalan zaman
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 03:48 PM | Show all posts
SIgned.

Ada poremmer sapa yg hantar anak ke sek vernakular ke ?

Setori skit sebab sebab.



Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hak org dia nak. Yg dia punya jgn kacau. Klu di australia/uk/usa dah lama dah kena
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 10:07 PM | Show all posts
sekngucing replied at 21-5-2019 02:56 AM
di singapore ada raffles day.. perayaan sempena sambutan stamford raffles datang dan kencing raja  ...

raffles kononya founder of singapore ... padahal hakikatnya SG dpt kemerdekaan dr malaysia tahun 1965 bila SG kena jatuh talak dgn malaysia time tu...

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2 berilusi ummah melayu kalu separuh hari kat sekolah dok mengaji subjek pak ereb yg halikatnya tidak ada manafaat pada negara, lepas tu gigih cerita hapuskan sekolah vernakular
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2019 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah vote 3 Kali siap dengan comment sekali.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia... luar negara bebudak boleh fasih berbahasa sampai 5 bahasa.. apa salahnya kalau satu mesia boleh fasih berbahasa Melayu, Cina Mandarin dan Tamil? Ini satu kelebihan.
Sesiapa yg belum sign petisyen, sila berbuat demikian untuk menggabungkan tenaga guru senegara dalam mempelajari pelbagai bahasa semasa di bangku sekolah lagi.


Tiada perbincangan hapus sekolah vernakular - TPM

Oleh Siti Sofia Md Nasir

siti.sofia@bh.com.my


BUKIT MERTAJAM: Tiada perbincangan pada peringkat Kerajaan Pusat berhubung cadangan menghapuskan sekolah vernakular, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan terbabit yang pernah dibangkitkan ramai pihak sebelum ini, tidak pernah diusulkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet.

“Saya pernah dengar lama dah mengenai isu ini, namun kita di pihak kerajaan belum lagi bincangkan ia secara terperinci.

“Malah, sewaktu kunjungan saya ke Eropah sebelum ini, mereka di sana boleh bercakap sehingga lima bahasa. Jadi, apa salahnya kita belajar bahasa Tamil dan Mandarin,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas desakan daripada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi satu memorandum, yang mencadangkan kepada kerajaan supaya menghapuskan sekolah vernakular di negara ini.

Memorandum itu diserahkan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, di pejabatnya di Putrajaya, kelmarin.

Memorandum itu adalah susulan daripada kenyataan Maszlee mengenai kuota matrikulasi dan keperluan fasih berbahasa Mandarin bagi mendapat pekerjaan, baru-baru ini.

Sementara itu, Dr Wan Azizah menyambut baik kritikan yang dilemparkan Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin, terhadap barisan kepemimpinan kerajaan.

“Saya menyambut baik kritikan itu dan kita akan cuba baiki sebaiknya,” katanya ringkas.

Kelmarin, Kadir dalam penulisan di blognya, berkata mana-mana Menteri, Menteri Besar dan EXCO yang kurang menyerlah wajar meletak jawatan secara sukarela.

Kadir berkata, selepas setahun Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, kesemua yang dilantik dan memikul tanggungjawab sudah sewajarnya menilai semula kedudukan mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 25-5-2019 08:16 PM
Tu dia... luar negara bebudak boleh fasih berbahasa sampai 5 bahasa.. apa salahnya kalau satu mesia  ...

Kak Wan oi...kat eropah nun, jangankan 5 bahasa ...6 pun boleh..tapi dlm banyak2 bahasa tu, for sure English lah salah satunya...kan? Kan?...kat malaysia ni BM patut didaulatkan...kalau si cainis tu nak terer kantonis, hokkien, mandarin, teochew ke..apa iols kesah???? As long as bila bercakap sesama kita atau sesama mereka di tempat awam, cakap BM fluent...ni nak minta kerja, language requirement nak mandarin...apa kes???
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 25-5-2019 08:23 PM
Kak Wan oi...kat eropah nun, jangankan 5 bahasa ...6 pun boleh..tapi dlm banyak2 bahasa tu, for su ...

Dah sain ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 10:18 PM | Show all posts
Bodoh macai2.. tak abis dok ulang tayang kununn sekolah jenis kebangsaan open utk semua.. semua orang tahu..

Jadi isunya, negara ini masih gagal membentuk perpadua & negara bangsa.. mana2 negara dalam donia terbukti, hanya melalui pendidikan dari awal.. sebab tu indon kaa thai kaa pinoy kaa.. kaum2 asal pendatang fasih berbicara bahasa kebangsaan masing2 & nama pun local.. baru laa layak nak sembang pasal hak sama rata ka apa kaa ..

Di Indon tu.. cina ada nama local & nama cina masing2... tapi depa tetap bangga mengaku depa orang indon & fasih berbicara bahasa indon sesama sundri..  
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Problem sjkt dan sjkc ni boleh nampak bila masuk sekolah menengah ada pula kelas peralihan untuk nonbumi....dah bljr 6 tahun kot BM....???

Bila kita tak mingle dgn native speaker, penguasaan kita jadi tak fasih...tu yg ada pelat cina tu.

Cuba bayangkan kalau 6 tahun tu kita fokus BM dan BI....bahasa ibunda biarlah mak pak diorang ajar kat umah...(nama pun mother tongue)...for sure anak2 nonbumi ni akan jadi fasih....pastu sek menengah ko nak masuk chinese private school ka..nak masuk sekolah arab ka..lantak ko lah....

Aku rasa 2 subjek yg kita patut ada aras yg sama  bagi setiap warganegara, BM dan sejarah...skrg ni x standard...jadi tak adil.

Yg lain2 tu cam math ke chem ke fizik ke biarlah x standard..x jadi masalah pun...ko nak belajar dlm bahasa apa pun lantak lah, swahili ke...waktu form 1 ko nak start bljr calculus ke statistic ke lantaklah.......janji bila buka mulut, ckp melayu tu tak ada pelat2...bila cerita bab history, we have the same storyline...x gitewwww...?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah nak ajar atau belajar bahasa Mandarin .tapi Tak perlu sampai asingkan Sekolah...over sangat kot.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah kat Belgium ajar jer English, French n German. Takde pon sek jenis kebangsaan jerman ke perancis ke english kat sana. Deme guna bahasa Flemish n Dutch. Nape UK xde sek jenis kebangsaan? Why bitch??
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 21-5-2019 01:54 AM
30% pelajar sekolah Cina tu adalah Mulayu .... Bodoh nau yg buat petisi nih, lobai ka?

SJK lebih berjaya integrasikan antara kaum, manakala SK makin tenat dgn sentiment perkauman.

Inilah keadaan sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 21-5-2019 12:00 PM
Kan.. cam indon.. cina pun x tau ckp cina.

Lepas ni, cina indon tetap dibuli, atau diancam.

Apa gunanya cakap sebijik mcm indon? Perpaduan dah tercapai mcm teori taik korang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2019 10:30 AM | Show all posts
ok signed already
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 10:44 AM | Show all posts
dah berapa byk dah petition utk mansuhkan sekolah vernacular ni tp dok ada lg sampai skg. Ntah apa yg dorang takutkan pun tak tau la...semua muntri takdak telo
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2020 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah vernakular tidak dimansuhkan
SELASA, 25 OGOS 2020 @ 11:00 AM

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengubah sistem pendidikan negara dengan memansuhkan sekolah vernakular, demi mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique, ketika memberikan jaminan itu, berkata usaha memupuk perpaduan negara dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia berupaya dirintis menerusi kaedah lain.


Katanya, kerajaan ketika ini menggiatkan inisiatif untuk menyuntik kesedaran berhubung kepentingan perpaduan dengan menghayati aspek rukun negara bermula di peringkat awal.

"Oleh itu, kita jalin kerjasama strategik dengan tiga kementerian lain, iaitu Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

"Ini kerana dalam usaha untuk kita kukuhkan perpaduan, ia harus bermula dari asas, justeru penghayatan rukun negara perlu dilaksanakan daripada pendidikan awal kanak-kanak.

"Kita sudah tubuhkan jawatankuasa teknikal, dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan (Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi) dan tiga kementerian lain.

"Selain itu, kita sudah gerakkan penubuhan Kelab Rukun Negara yang setakat ini ada 6,621 kelab di sekolah rendah dan menengah, termasuk sekolah jenis Tamil dan sekolah jenis Cina," katanya pada Waktu

Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Teo Nie Ching berhubung cadangan untuk mengubah sistem pendidikan negara, berikutan dakwaan sebelum ini bahawa bibit perpecahan mula meruncing di sekolah vernakular.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.308739 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list