CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5294|Reply: 66

[Tempatan] Micro sleep ..

  [Copy link]
Post time 21-5-2019 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum
Siapa pernah mengalami Micro Sleep???
Micro sleep adalah keadaan di mana kita akan tertidur untuk beberapa saat hingga 30 saat tanpa kita sedari. Micro sleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ianya sangat membahayakan diri dan keluarga yang bersama-sama kita. Ketika memandu kita paksa diri kita dan ingatkan kita masih sedar sedangkan rupanya kita dah terlelap beberapa saat!

Micro sleep ini juga terjadi pada waktu tertentu sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.

Simptom-simptom micro sleep
Tersengguk-sengguk
Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
Mata terkebil-kebil
Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
Tak boleh nak fokus

Faktor berlakunya micro sleep
Paling utama berlakunya micro sleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.

Jadi kalau rasa anda perlu memandu jauh pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar dilokasi yang selamat atau minum kopi panas di kawasan rehat dan rawat sepanjang perjalanan anda.
Berhatilah ketika Memandu!
#PrihatinPDRM
#Microsleep
#sayangikeluargkita
#hati-hatidalamperjalanan

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 06:09 AM | Show all posts
Waalaikumsalam ..
Thread yang bagusterutama tak lama lagi ramai yang nak balik kampung ..
berhati-hati lah yer


Langkah pencegahan

Cara yang paling berkesan untuk mencegah microsleep adalah dengan memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam.

Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur, seperti:

    Elakkan pengambilan kafein dan alkohol terutama jika anda sudah letih.
    Padam dan tutup lampu, televisyen, atau radio.
    Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan.
    Kekal suhu bilik pada tahap yang selesa.


Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, berikan diri anda masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.

Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri anda berasa lebih mengantuk dan lesu.

Credit To :
https://hellodoktor.com/ms/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq mod. Bulan puasa pun selalu sgt kena masa drive pagi. Terasa sgt tempiasnya sebah mata memang dah x boleh buka. Mcm memamdu dlm lalok ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Terlelap tu panggil micro sleep yek.. Pernah jumpa org tertidur masa tunggu kat traffic light.  Selain kurang mendapat tidur yg berkualiti, ada yg berbunyi..kononnya org yg ada kolestrol tahap tinggi juga mudah terlelap tanpa sedar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Penah jd, pepagi nak pg keje, melelong jap kreta..alhamdulillah selamat..bila tsedar cam nak pecah jantung bdebar

Comments

hati hati tau .. lagi lagi kalo balik beraya nanti yer  Post time 21-5-2019 07:44 AM
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 07:44 AM | Show all posts
vanilacup replied at 21-5-2019 07:25 AM
Tq mod. Bulan puasa pun selalu sgt kena masa drive pagi. Terasa sgt tempiasnya sebah mata memang dah ...
Sesamer..
suka Thread macam ni sebenar nya.

Saling mengingati.

Banyak kemalangan berlaku sebab ni .. dia tak tidur .. mata terbuka .. cuma tu jadi kosong kejap .. hilang focus


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2019 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah. Masa tu zaman muda remaja, driving alone from KL to Ipoh selepas habis kelas tengah hari. Memang penat sebab nighy before tu, tidur lewat. Tapi nak balik jumpa mak punya pasal.. Around 3pm camtu, lalu kat PLUS area gua tempurung tu. Suddenly kena hon dengan lori.. iols terlelap rupanya. Sedar sedar kereta dah nak dekat berlanggar dengan divider. Nasib ada lori yang prihatin n hon. Kalau tak, iols dah arwah. Pengajarannya, jangan drive ketika terlalu penat. If terpaksa drive juga, cari co driver yang boleh teman sepanjang perjalanan. Jangan co driver pun kaki tidur juga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 07:47 AM | Show all posts
tq tt bg info yg sgt berguna...iols pernah kene micro sleep ni masa pukul 3 @ 4 pagi mcmtu, nasib baik kereta tak byk yg lalu...sedar2 kat lorong bertentangan dah...masa tu otw dr dungun ke kt ikot jalan lama...mmg masa tu tersangat penat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya suami arwah founder dnars tu pun alami problem ni sampai langgar lori berhenti
Hati2 ya semua
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 08:07 AM | Show all posts
masa khutbah jumaat pun selalu kena micro sleep ni.
yg peliknya habis khutbah terus segar mata
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 08:10 AM | Show all posts
time bulan ramadhan selalu keluar penyakit ini.....wajib tidur sekejap lepas zohor kalau nak ubat penyakit ini...

mana tak nya...bangun sahur jam 3am terus tak tidur
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 08:14 AM | Show all posts
i pernah kena, few years back on the way nak balik kolej. bayangkanlah i dari lane paling kanan sekali sedar2 i dah ada dekat lane paling kiri. nasib baik i tersedar kalau tak entah apa la yg terjadi dekat i waktu tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 08:17 AM | Show all posts
salah satunye microsleep ni, bile perjalanan jauh still berdegil taknak bukak puasa.  tahan jugakla drive walaupun dah ngantuk giler takde tenaga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 08:21 AM | Show all posts
nak balik raya drive kat highway ni fobia plak
rnr bukannya dekat2.. nak berhenti tepi pulak serba salah sbb kereta laju2

sbb rasa mcm dh ada simptom2 microsleep ni even short distance drive..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 08:22 AM | Show all posts
takut sungguh micro slip neh.. bahaya kat diri sendiri dan pengguna huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 08:35 AM | Show all posts
Aku kalau ngantuk camna sekalipun bila drive di highway, aku akan singgah hentian atau rnr, aku akan tido barang 15 minit..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 08:41 AM | Show all posts
lebih 2 saat nyawa bleh melayang
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah kena beb, tgh drive kot, umur panjang sempat elak, lepas tu aku sakit ati sangat, aku berenti tepi, buka tingkap sikit dan lena seround lps tu segar. Janji selamat. Kang dok gagah jugak, jadi kot lain semua susah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ubat ngantok adalah tido..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah microsleep dengan mata terbuka
Penat sangat drive KL-Gerik balik hari mulalah tertidur microsaat. 10 minit sekali tidur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.375325 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list