CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] 30 gerai jualan raya hadapan Wisma Yakin terbakar

[Copy link]
Post time 21-5-2019 09:34 AM | Show all posts
kesiannya..... lama x pergi kat situ..time ada bazar dulu rajin beli rojak pasermbor kat situ...tapi dek kerana kene denggi kat situ ..aku x berani pergi dah...tapi rindu nya nak pergi lagi...

but knpa rase fishyyyyy sgt kes ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 09:42 AM | Show all posts
iols baru je pegi wisma yakin borong baju melayu last week.
memang lalu la area bazaar tu.  kesiannya diorang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt wajib gi tiap2 thn beli baju melayu ank sanggup jln kaki smpi wisma yakin sbb beli baju melayu lps tu gi kt gerai2 dpn tu siannye nasib peniaga2 tu mdh2an dpt pembelaan sewajarnye lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabotaj ke....sebab asyik kene kutuk bazar dataran tak laku?

Boleh tahan main kasar ye.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 10:15 AM | Show all posts

kita suka beli brg2 kat sini, byk pilihan, tudung, kasut, beg dll
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 10:18 AM | Show all posts
Salam takziah kat peniaga.Moga tabah hadapi dugaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu kesiannya kat peniaga2 situ
Br gak lalu ms 1st week puasa hr tu utk cuci mata
Hrp ada pembelaan
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ni bazar berbumbung sblh masjid India tu kn mmg sesak lorong tu sbb org rmai ulang alik nk ke lrt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 10:45 AM | Show all posts
psl wiring agknye..

klu sabotaj tu susah jugak, rata2 peniaga situ upah org jaga brg gerai, takdenya nk tinggal skalipun lock gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya peniaga kerugian
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..penuh indon dan bangla je. Lps ni boleh la balik negara memasing.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:05 PM | Show all posts
dah berpuluh tahun xjejakkan kaki kat sini..sekarang beli baju online je..

apa2pun..takziah utk peniaga..semoga tabah menghadapi ujian..dah la nk raya ni..
kesian kt diaorg..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rase ade geng2 ahli politik mane2 yg buat ni, atau peniaga dataran jln raja vs peniaga jln masjid india, dengki la yg tu beniaga xlaku kwsn banjir selalu, yg lg satu laku tmpt strategik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:33 PM | Show all posts
kesiannya.......
bertabah lahh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 12:46 PM | Show all posts
'Terus nak pitam, lemah semangat' - Peniaga

MyMetroMutakhir

BERNAMA

“JUALAN kami semalam paling memberangsangkan, dah lama tak dapat jualan macam tu… tapi tak sangka menjelang pagi ini semuanya musnah dijilat api,” luah seorang peniaga di Bazar Masjid India.

Linda Razali, 35, antara peniaga di bazar di hadapan Wisma Yakin yang setiap tahun menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah kelengkapan Syawal pada bulan Ramadan.

Awal hari ini, 30 gerai di Bazar Masjid India yang menjual pelbagai barang seperti pakaian, tudung, beg dan kasut terbakar pada 1.35 pagi.

Linda, yang berniaga tudung, berkata, ketika kejadian beliau telah berada di rumahnya di Cheras Indah dan mengetahui kejadian itu melalui kawannya yang berada di kawasan bazar itu.

“Kawan saya telefon bagi tahu kedai saya terbakar… terus saya rasa nak pitam dan lemah semangat. Saya menangis memikirkan nasib sempena bulan Ramadan ini dan nak sambut raya,” katanya ketika ditemui Bernama di tempat kejadian.

Linda, yang mempunyai dua anak, berkata beliau baru sahaja menambah bekalan jualan sempena bulan puasa ini dan kebakaran itu sudah pasti menjejaskan punca rezekinya.

Beliau bagaimanapun reda dengan keadaan yang menimpa dan berharap pihak tertentu dapat membantu nasib peniaga yang terjejas dalam kebakaran itu.

Seorang lagi peniaga, Ahmad Daud Rafieei, 52, berkata beliau terpaksa menanggung kerugian apabila kasut dan pakaian yang dijual di gerainya hangus dijilat api.

“Saya tak sangka hasil titik peluh bersama isteri dijilat api… anggaran dekat RM100,000 kerugian terpaksa saya tanggung. Itu stok jualan serta stok untuk bulan puasa ini yang dikongsi bersama isteri.

“Punca pendapatan saya terjejas dalam masa terdekat ini. Rugi itu sudah tentu dan kami rungsing di mana tempat sementara kami untuk berniaga… strategik atau tidak saya tak tahu tapi lebih baik ada tempat sementara daripada tak boleh berniaga langsung,” katanya.

Seorang saksi kejadian, Syed Yusof Abdul, 60, berkata, ini adalah kali ketiga bazar yang telah beroperasi selama 16 tahun itu terbakar, selepas kebakaran kecil April tahun lalu.

“Jiran niaga saya adalah orang pertama yang bagi tahu ada kedai terbakar, masa tu saya nak bersahur. Ada antara kami cuba memadamkan api tapi alat pemadam kebakaran tak dapat berfungsi dah ‘jammed.’

“Saya sedih dengan apa yang berlaku sebab ia pernah berlaku kepada saya dulu… ditimpa musibah seperti ini sukar mereka nak mulakan balik… harapan saya agar ada jalan penyelesaian dapat dilakukan bagaimana nak bantu peniaga yang terlibat,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati sebahagian bumbung Bazar berkenaan turut terbakar manakala barang di premis terjejas kebanyakannya tidak dapat diselamatkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2019 12:49 PM | Show all posts
'Ingatkan asap vape...'

MyMetroMutakhir

Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@mediaprima.com.my


“PADA mulanya saya sangkakan asap vape, namun tiba-tiba asap semakin banyak dan terbau hangit sebelum mendapati satu daripada gerai di situ terbakar,” kata Nur Fasilah Zainul Abidin, 27, penjaja di Bazar Melayu Masjid India.

Menurut Nur Fasilah, sebaik menyedari ada gerai terbakar dia menjerit meminta tolong sebelum beberapa penjaja lain dibantu orang awam cuba memadam kebakaran berkenaan.

Namun, katanya api di gerai itu marak terlalu cepat dan dalam tempoh kurang dua minit, beberapa gerai lain kemudian disambar api.

“Sebelum menyedari kebakaran itu, saya bersama suami serta dua adik perempuan baru selesai mengemas bekalan barangan jualan yang baru sampai dan mahu pulang ke rumah di Sentul.

“Sebaik keluar dari gerai, saya nampak asap keluar dari sebuah gerai di tengah bazar, namun menyangka ia asap vape sebelum ia menjadi tebal dan terbau benda hangit.

“Selepas diperiksa, kami menyedari gerai itu sedang terbakar dan cuba membantu memadam kebakaran bersama penjaja lain yang berada di lokasi tetapi tidak berhasil,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Nur Fasilah, selepas usaha mereka tidak berhasil dia bersama penjaja yang ada ketika itu lari keluar untuk menyelamatkan diri.

“Pada waktu itu api marak dengan cepat dan saya tidak henti berdoa agar api tidak sampai ke gerai saya yang terletak di hujung bazar dan cepat-cepat mengambil barang berharga.

“Alhamdulillah, lapan minit kemudian pasukan bomba tiba dan berjaya mengawal api daripada merebak dan gerai saya terselamat,” katanya.

Nur Fasilah berkata, api marak dengan cepat berikutan kebanyakan gerai di situ ditutup dengan kanvas serta plastik selain barangan yang ada juga mudah terbakar.

Bagaimanapun, dia bersyukur api berjaya dipadam dan tidak membabitkan keseluruhan bazar yang mempunyai kira-kira 145 tapak gerai.

Berita berkaitan
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. semoga dipermudahkan segala urusan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 12:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 12:59 PM | Show all posts
mohon peniaga bertabah.

mujur takde kehilangan nyawa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.084441 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list