CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20061|Reply: 191

Letak Tilam Untuk Anak Tidur, Kononnya Selesa Tapi Sebenarnya ...

  [Copy link]
Post time 21-5-2019 11:23 AM | Show all posts |Read mode





Cuma tinggal dua minggu sahaja lagi kita akan menyambut Aidilfitri, jadi semestinya tradisi balik kampung akan diteruskan oleh anak perantau. Pastinya keselesaan kenderaan diwajibkan terutamanya apabila membabitkan anak-anak.



Timbul persoalan, keselesaan yang bagaimana diperlukan apabila kampung halaman sangat jauh hingga memakan masa berbelas jam? Ada yang menyatakan anak-anak perlu tidur supaya mereka tidak penat. Oleh itu, muncul idea supaya tempat duduk belakang dijadikan tempat tidur mereka seperti meletakkan tilam dan bantal seperti di rumah.


Bagaimanapun, sebuah portal membidas idea ini yang didakwa membahayakan nyawa kanak-kanak jika berlaku kemalangan. Namun bagi ibu bapa yang mengamalkan cara tersebut pula berpendapat ia sebenarnya adalah cara terbaik supaya anak-anak selesa lalu tidak menganggu pemanduan mereka.






Kredit foto: Facebook





Portal Careta turut mencadangkan beberapa tip untuk ibu bapa lebih berhati-hati tatkala menempatkan anak di dalam kereta seperti memakai tali pinggang atau pun meletakkan bayi di dalam 'car seat'. Namun, cadangannya dipandang remeh oleh segelintir ibu bapa yang menganggap portal itu sebenarnya mencari keuntungan dengan syarikat pengeluar 'car seat.









Kredit fotoarian Internet




Namun kecaman tersebut dibidas oleh segelintir warga net yang berpandangan orang Malaysia memang cepat lupa dengan tragedi yang kerap kali berlaku ketika menjelang raya. Ini kerana banyak kemalangan yang membabitkan penumpang bawah 12 tahun kerana mereka tidak memakai tali pinggang dan juga kerana di riba semata-mata. Ia menyebabkan golongan ini kerap menjadi mangsa akibat terkeluar dari kereta apabila berlakunya kemalangan.



Bagaimanapun, seorang bapa dari Pantai Timur ini turut mengakui ia adalah caranya apabila pulang ke kampung ketika raya. Ini kerana perjalanan yang penuh berliku dan mengambil masa berbelas jam memerlukan kesabaran ketika memandu. Sementelah lagi dengan anak-anak yang masih kecil memerlukannya kreatif supaya anak-anaknya selesa untuk tidur sepanjang perjalanan.




Kredit foto: Carian Internet



Pelbagai pendapat mengenai melapik tilam di dalam kenderaan, ada yang berkata ia wajar dan ada yang berkata ia tidak sepatutnya berlaku kerana keselamatan sangat penting berbanding keselesaan.



"Alasan “supaya anak tak ganggu saya memandu” ni kalau rimas anak menangis, susahlah. Semoga kita semua lebih hargai kehadiran anak sedangkan di waktu yang sama ramai yang berharap diberikan rezeki mendapat anak. Anak itu rezeki, amanah. Rezeki yang ada ni taknak jaga seeloknya, jangan merungut DIA tak bagi rezeki lain. Semoga ubah mindset kita, anak BUKAN satu gangguan. Safety first."



Kredit foto: Carian Internet






Mungkin akan ada yang mengatakan ia adalah ketentuan Ilahi. Namun seharusnya kita meletakkan takdir setelah berusaha dan melengkapkan ciri keselamatan pada anak-anak. Pengakuan serta tidak mahu menerima pandangan orang lain juga seharusnya dielakkan supaya kita mampu mengelakkan tragedi buruk berlaku apatah lagi tatkala menyambut hari kebesaran Syawal nanti. Moga-moga kita semua menjaga keselamatan di jalan raya. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang takde safety kalau tilam camtu tapi ramai parents buat
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:28 AM | Show all posts
rakyat msia ni susah...cakap utk safety, dia kata menteri terlebih sayang anak la, mcm2 la..haih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Malang sungguh sapa yg berlaki kan laki bodoh mcm dalam komen2 kat post tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:33 AM | Show all posts
memang bahaya pun... wpun anak tu rezeki, family planning tu penting, sesuaikan dgn kewangan ..apalah guna anak ramai2 sampai merisikokan diri dgn bentang tilam dlm kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:36 AM | Show all posts
kalau pjalanan yg jauh tak sesuai laa..kita atas highway bawak 120 km/j..kalau brek mengejut bayangkan apa jadi?
nak selesakan tp dlm masa yg sama membahayakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2019 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain Kali suruh Kerajaan ko sediakan train...lepastu Naik first class coach.

Ko tido la peluk anak tu puas2.

Btw Malaysia ni Third Word Country kannn...masik Batak pakai kereta dengan kerajaan nya masih Batak nak buat Kereta at same time nak swastakan Jabatan Kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayah iols mmg gitu le.kalau balik kodiang
Sebab weols gerak pkl 12am..jadi mmg akan brenti memana tido..
Tapi jaman dolu xde la teruk bebenor jem nye...
Hoho...
Skang anak anak iols xde la cenggitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah tau perjalanan tu jauh, berenti la bermalam kat hotel. Tak perlu hotel mahal2 kot, nak tido je kan. Tu baru betul namanya nak beri keselesaan kat anak2. Duit boleh cari, tp nyawa anak satu tu je la
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
even xde bentang tilam, penumpang belakang mmg jarang pakai safety belt.. kadang yak memandu pon x pakai sbb rasa x selesa terjerut.. tu belum lagi warga emas yak kadang susah di suruh pakai safety belt pon ada
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Beringat sebelum kena.. Memang la selesa..tapi tak selamat
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya rupanya..Huhu i penah buat once or twice. Tapi since few years back anak pun 2 je so takde keperluan sangat nak bentang tilam siap bantal ape suma. Just make sure both ade bantal peluk kecik and selimut sebab bertolak malam kan sejuk. And seatbelt.

Dan betul jugak..perjalanan utara ke selatan highway okay. I tak dapat bayang kalau nak balik pantai timur yang boleh cecah berbelas jam tu. Sebab tu they sort out this way kot. Plus kalau anak lebih dari 3, memang berterombe la budak2 sebab tak selesa tu yang tend untuk ganggu pemanduan and fokus parents.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:57 AM | Show all posts
wahh.. tak tau pulak sampai
susun2 tilam macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:58 AM | Show all posts
mmg bahaya pon buat mcm ni, kalo berpiknik tepi pantai boleh la buat mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:59 AM | Show all posts
keselesaan ke keselamatan yang penting bang oi? seriau aku dengar dia punya justifikasi dah jadi bapak orang pun masihlah tak berapa nak bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:00 PM | Show all posts
jenis mak bapak senang beranak..
kalau anak mati tahun depan beranak lain buat ganti..
dah tau kampung jauh, rancang la perjalanan sebaiknya..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Safety first

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuyoo..sampai jadi caravan..kalo benti tido kat r&r okay la nak lapik tilam ke apa bagi anak2 baring jap ke..kalo on the road tak sesuai kot..kat shoppee tu ada jual tilam angin letak kat seat belakang..tu kalo nak piknik ok la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:10 PM | Show all posts
yang penting jaga keselamatan dan berhati2 memandu..

1. Tidur sekiranya mengantuk. jangan tahan2 mata. cari tempat yg sesuai dan tidur dahulu..aku dulu penah balik kuala kangsar naik moto dari KL jam 2pm..disebabkan tak tahan sgt, tido bawah jambatan di tempat berteduh ujan tu..

2. Jika tak yakin boleh lepas potong, jgn memotong..biar la follow belakang lori ke bas ke sampai 2 jam pun..dan bila follow belakang kenderaan besar ni, kena ada jarak selamat..supaya kita sempat stop sekiranya kenderaan tu emergency stop, atau pun supaya dapat kita perhatikan kenderaan dari laluan bertentangan nak buat apa i.e memotong..

3. Always fikir/predict apa kenderaan dari arah bertentangan dan kenderaan depan korang akan buat apa..so korg akan sentiasa alert..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:11 PM | Show all posts
sekali kau tekan brek emergency, terpelanting anak-anak kau, siap ada tercampak keluar kereta. time tu baru la menyesal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.075274 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list