CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3877|Reply: 25

[Tempatan] Telur ikan terubuk RM500 sekilogram

[Copy link]
Post time 21-5-2019 02:31 PM | Show all posts |Read mode


Mohd Radzi Bujang

GELARAN ‘emas dalam ikan’ menjadi ungkapan paling padan menggambarkan rasa mewah hasil kelazatan telur ikan terubuk masin Sarawak yang dijual pada harga RM500 sekilogram.

Biarpun hidangan berkenaan tidak mencapai taraf seperti ‘caviar hitam’ daripada telur ikan beluga yang didapati di Laut Caspian, namun ikan terubuk masin Sarawak berada pada tahapnya tersendiri.

Pengusaha ikan terubuk masin, Jaafar Ali, 51, berkata, gelaran ‘emas dalam ikan’ bertepatan kerana pembeli boleh memilih membeli cincin emas atau menikmati kelazatan telur ikan terubuk, yang digoreng hingga kuning keemasan atau dibuat pais.

“Walaupun ada beranggapan harganya tidak masuk akal, telur ikan terubuk masin Sarawak mendapat permintaan tinggi kerana ramai penggemarnya mengakui ‘ketagih’ selepas merasa rasa lemak dan lembut telur ikan itu.

“Harganya tinggi kerana faktor telur ikan terubuk amat sukar diperoleh peniaga.Telur ikan terubuk tempatan yang dijual di Medan Niaga Satok ini, diperoleh dari kawasan perairan negeri ini, terutamanya di kawasan Sadong Jaya, Pusa dan Beladin,” katanya kepada NSTP di Kuching, hari ini.

Tinjauan di Medan Niaga Satok, Kuching mendapati harga telur ikan terubuk Sarawak sememangnya berlegar RM500 bagi sekilogram.

Musim penangkapan ikan terbabit bermula dari Januari hingga Jun setiap tahun.

Jaafar berkata, berkata ketika ini, harga seekor ikan terubuk masin Sarawak sudah mencapai harga RM50 hingga RM70 seekor.

“Ada juga ikan terubuk berharga RM150 seekor dengan berat antara 800 gram hingga satu kilogram,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2019 @ 1:30 PM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/458066/telur-ikan-terubuk-rm500-sekilogram

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 03:01 PM | Show all posts
sedap ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 03:05 PM | Show all posts
ermmmm....sama species cam harummanis juga nie.....simpan laa 100 tahun telor tu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 03:08 PM | Show all posts
mahalnya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap kalau digoreng half cooked
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 03:19 PM | Show all posts

masin. tp sedap buat nasik goreng.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2019 03:35 PM | Show all posts
terubuk masin sarawak mmg sdp...pnh mkn dlu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 03:41 PM | Show all posts
telo ikan parang pun sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 03:47 PM | Show all posts
ujung2 ke jamban jua
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 03:52 PM | Show all posts
ikut selera masing2 la
kalau aku, mmg tak boleh telan. Bau pun tak tahan
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolo pun mahal. Tak agak2 oeg nega ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 03:58 PM | Show all posts
apakah rasanya sampai mahal begitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 04:51 PM | Show all posts
Waktu aku kecik2 dulu, ikan terubok dgn telur dia hampir dimakan tiap hari sbb murah. Skarang ni jgn kata telur, ikan tu pun dah mahal. Telur dia mmg sedap, lagi2 kalau digoreng.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntz replied at 21-5-2019 04:51 PM
Waktu aku kecik2 dulu, ikan terubok dgn telur dia hampir dimakan tiap hari sbb murah. Skarang ni jgn ...

Klau fresh sodap tak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 05:57 PM | Show all posts

sebelum sampai ke jamban, kena lalu tekak
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 21-5-2019 07:11 PM
Muntz replied at 21-5-2019 04:51 PM
Waktu aku kecik2 dulu, ikan terubok dgn telur dia hampir dimakan tiap hari sbb murah. Skarang ni jgn ...


telor terubuk dulu2  tahun awal merdeka memang murah.sedap lemak berminyak dan kurang masin saiz  pun besar tapak tangan dan tebal .sekarang dah dah tak jumpa jenis yg sama walopun harga dan mcm emas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp dah jd telur  masin mcm xbest jeee
Kalau telur segar ok jugak.goreng ke.asam pedas ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Membongak jer ikan area sungai kt sana. Pdhl aku pnh tny seller kt sana, yg dorang buat ikan masin tu ikan dari thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:03 AM | Show all posts
Melampau sangat harganya pada hal dulu tak semahal itu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 05:34 PM | Show all posts
akusukaq replied at 21-5-2019 06:27 PM
telor terubuk dulu2  tahun awal merdeka memang murah.sedap lemak berminyak dan kurang masin saiz ...

Actually iols prefer telur yg fresh, bukan yg dimasinkan. Kalau yg fresh ni rasanya dia kick sgt.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.058448 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list