CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18042|Reply: 34

[Budaya] [Raksasa Dalam Sut] Maharaja, Sega/Konami dan Jepunisasi

  [Copy link]
Post time 21-5-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by KILL_NANCY at 24-5-2019 02:20 AM



Tujuan thread/artikel ini ditulis bukan untuk menceritakan tentang burakamin, yubitsume, tatu sakura dan tradisi-tradisi berkaitan dengan Yakuza yang banyak ditulis dalam blog dan forum di internet. Ia ditulis dengan tujuan menceritakan kepentingan organisasi yang terkenal ini dalam sistem monarki Jepunisasi sejak zaman-berzaman mengikut fakta dan pengetahuan dari bahan bacaan serta sumber yang boleh dipercayai.



Sumber :

Karel van Wolferen,The Enigma of Japanese Power (Charles Tuttle : Tokyo, 1993)

Japan Press Weekly (Japan Press Service, Tokyo, June 12, 1999) mukasurat 21

Okinawa, the history of an island people by George H. Kerr



Golongan Bakuto ketika itu sering mencacah tatu berwarna-warni di serata badan yang kini dijadikan resam utama yakuza moden. Daripada perniagaan utama mereka sebagai kaki judi, Bakuto sedang membengkar menjadi lintah darat dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti perniagaan haram yang lain. Golongan yang satu ini sedang meluaskan empayar mereka di serata wilayah di Jepun, mereka selulus menjaga legasi Tekiya dari era Tokugawa Shogunate agar organisasi ini tidak lupus dimamah zaman seperti Wabi Sabi. Kebanyakan Tekiya tergolong dalam kelas sosial Burakumin, iaitu golongan orang terbuang atau "bukan manusia" yang berada di bawah keempat-empat tingkat dalam struktur sosial feudal Jepun.



Perang Dunia Kedua berakhir dengan penyeksaan yang tidak tertanggung di wilayah-wilayah di Jepun dan pada masa yang sama juga populariti kumpulan yakuza semakin melonjak naik selepas perang tersebut reda. Amerika menduduki Jepun sekitar tujuh tahun dan meninggalkannya dalam bulan April tahun 1952. Berikutan peristiwa yang menjadi ingat-ingatan rakyat Jepun, banyak wilayah-wilayahnya sudah dikorbankan dalam perang, mereka perlu menanggung biawak hidup sehingga tahun 1972 dan Amerika hanya melepaskan Jepun sepenuhnya pada tanggal itu.

Di saat kumpulan Happy End dan Sadistic Mika Band yang mewakili genre rock, memainkan lagu-lagu mereka. Terngiang suara lunak Eiichi Ohtaki menyanyi Happy End dengan petikan gitar Shigeru Suzuki dan entah mengapa lagu-lagu rock itu terasa dipengaruhi oleh "Le Pourpre Profond" dan Ritchie Blackmore. Lagu-lagu mereka sedang membelah segenap jumantara wilayah-wilayah di Jepun termasuklah daerah Koza yang sebelumnya hening sunyi sekaligus melenyapkan lagu-lagu rakyat Ryukyu yang dahulunya asyik bersipongang di setiap rekod gramofon dinyanyikan oleh Hokama Shuzen dan Inamura Kenpu.


Kumpulan Happy End. Dari kiri ke kanan : Eiichi Ohtaki,Haruomi Hosono,Shigeru SuzukidanTakashi Matsumoto



Lagu Rakyat di Ryukyu


Kenangan masa perang yang belum jauh merumba apinya terbakar kembali apabila baki tentera-tentera Amerika kian menjadi parasit, gian membuat jenayah secara terang-terangan. Pada tahun 1975, seorang anak perempuan 10 tahun diculik, dipukul dan diperkosa bergilir-gilir oleh dua tentera marin Amerika dan seorang tentera laut di Kin, Okinawa. Tentera-tentera syaitan yang tertuduh adalah Robert Kardilas, Richard L. Gerard dan Tom R. Frank. Tingkah laku tentera Amerika yang menyamun, bergaduh, memecah barang, menceroboh, melanggar lari dan mabuk menyusahkan penduduk daerah Koza pada skala harian.



Rentetan kejadian itu, Burakamin memainkan peranan mereka kononnya hadir sebagai penyelamat penduduk-penduduk di Okinawa. Mereka secara tidak langsung menjadi tulang belakang Polis Tentera Jepun bagi membendung benih-benih jenayah ini yang membiak pada sekala melampau di sekitar Okinawa dan daerah Koza. POV rakyat Jepun kepada Yakuza ketika itu sudah beralih arah, rata-rata Oyabun dipandang tinggi oleh masyarakat oleh itu, kesemua Oyabun diberikan penghormatan yang hanya pernah diberikan kepada samurai iaitu dibenarkan menggunakan nama keluarga dan membawa sebilah pedang.



Yakuza, sebuah organisasi yang dipelopori oleh golongan pemikir nan licik, bantuan yang diberikan kepada penduduk tempatan itu hanyalah sekadar proposal mereka, membutakan mata-mata yang sedang dibelenggu sengsara dan mengeksploitasi institusi jepunisasi kerana sebenarnya ketika itu, mereka sedang asyik mengarang prolegomenon mengikut teori Marxisme!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2019 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 24-5-2019 02:23 AM





Pada 5 Jun, 1999, seorang pengetua sekolah menengah di Osaka ditikam beberapa kali dan mengalami cedera parah oleh seorang ahli Yakuza, kerana keengganannya untuk menaikkan bendera Hinomaru (Rising Sun) dan menyanyikan lagu Kimigayo (Biarkan Maharaja Memerintah Selamanya) pada majlis tamat pengajian. Pada bulan Februari tahun yang sama, seorang pengetua daripada sekolah tinggi di Hiroshima membunuh diri akibat mengalami tekanan yang bertentangan dengan hal ehwal Kementerian Pelajaran, yang memerintahkan beliau untuk menggunakan bendera dan lagu pada tamat pengajian. Keputusan beliau juga disokong oleh majoriti guru di sekolah tersebut.

Bendera dan lagu tersebut diwajibkan (mandatori) di sekolah-sekolah di Jepun sekitar tahun 1989 untuk menzahirkan rasa hormat atau Sonkei, tetapi hanya dikuatkuasakan secara serius oleh pelbagai kod penalti pentadbiran diperkenalkan dalam beberapa tahun terakhir. Apa yang terjadi di sini? Apa yang menghairankan saya adalah kenapa sebutan tentang sesuatu peruntukan dalam dokumen tertentu seolah-olah seperti pertikaian budaya kecil ini menular menjadi kontroversi politik yang besar? Tidak cukup dengan itu, individu-individu terbabit mengalami tekanan mental dan emosi dalam mengimplementasi tradisi ini di sekolah-sekolah di Jepun.

Menetapkan semula tradisi tidak rasional di dalam dunia yang semakin meniti arus kemajuan, di mana rakyat Jepun sendiri menyedari mereka terpaksa membayar harga yang tinggi pada negara mereka untuk mengikuti tradisi itu, ia bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Barisan pertama pertahanan rejim sudah menyuarakan kritikan keras terhadap Sistem Diraja sehinggakan ada di antara mereka enggan mengiktiraf kewujudannya.

Keengganan parti pemerintah untuk mendengar kritikan tersebut menghasilkan krisis prosedural pada tahun-tahun kebelakangan ini dan secara tidak langsung undang-undang substansif tidak lagi diamalkan di Jepun ketika itu. Ketika di Perhimpunan Wilayah Okinawa, seorang wakil Parti Komunis telah merujuk kepada "Sistem Tenno (Maharaja) yang brutal" dalam ucapannya mengenai peranan Jepun dalam Perang Dunia II.

Rentetan itu, Perhimpunan Wilayah Okinawa dihentikan selama 5 hari asbab urusan perundangan kerana ketika itu majoriti konservatif cuba mendapatkan kenyataan atau pengakuan beliau tentang kata-kata penghinaan terhadap institusi Diraja dan mereka (kerajaan) bersikap tegas untuk mengarahkan beliau memohon maaf secara terbuka. Walaubagaimanapun, beliau tetap berkeras dan akhirnya, Speaker Dewan terpaksa memadamkan kata-katanya yang menyinggung daripada minit mesyuarat.

Adakah suara kritikan beliau mewakili masyarakat Jepun ketika itu? Atau .... Cita-cita beliau bagi membentuk projeksi daripada kenyataan-kenyataan yang dilihatnya, mungkin juga beliau ingin membuat padanan terhadap situasi politik di sekitarnya ketika itu, mengharapkan kerajaan Jepun ditadbir oleh politik yang praktikal dan rasional, lebih berunsurkan realpolitik bukan merunduk pada Sistem Diraja semata-mata.

Justeru itu, bagi membendung dan mengawal suara pihak-pihak yang menyangkal dasar-dasar Kyuden (istana), kerajaan ketika itu diketuai oleh Perdana Menteri Keizo Obuchi dari Liberal Democratic Party memperkenalkan sistem garis pertahanan yang lebih berkesan iaitu penindasan secara terang-terangan!!! Ia seakan-akan ugutan keras kepada pihak-pihak yang cuba mengkritik tradisi Maharaja dan Kyuden. Jadi siapakah yang menggalas tugas-tugas seperti mengancam, memukul dan membunuh sesiapa sahaja yang menimbulkan bantahan terhadap Sistem Diraja ini? .... Sudah tentu .... Yakuza ....!!!



Berikutan kejadian ini,

Pada 5 Jun, 1999, seorang pengetua sekolah menengah di Osaka ditikam beberapa kali dan mengalami cedera parah oleh seorang ahli Yakuza, kerana keengganannya untuk menaikkan bendera Hinomaru (Rising Sun) dan menyanyikan lagu Kimigayo (Biarkan Maharaja Memerintah Selamanya) pada majlis tamat pengajian.

Seorang Oyabun Yakuza telah mengeluarkan satu kenyataan yang menggusarkan dan menggemparkan seluruh negara Jepun,

"Sekiranya aku membunuh seorang pengetua sekolah, dan ini dilaporkan dalam media massa, ia akan menjadi amaran kepada organisasi-organisasi yang menentang bendera Hinomaru yang berkibaran dan lagu Kimigayo dinyanyikan di sekolah-sekolah. Sesiapa yang skeptikal tentang mesej ini maka nyawa kamu akan berakhir di mata Wakizashiku!"

Mereka sanggup membunuh pendidik-pendidik semata-mata untuk menyebarkan kepercayaan dan propaganda pada sistem monarki. Ini bukanlah sesuatu yang rasmi boleh dilakukan oleh agensi kerajaan ketika itu, ia tidak relevan, tidak sistematik mahupun efisyen dan ini bukan lagi suatu jenaka atau khabar angin pada struktur jepunisasi itu sendiri, negara matahari terbit itu tidak mampu lagi berpura-pura menjadi demokrasi .... Tidak lagi ....



Penglibatan pihak kerajaan secara tidak langsung menunjukkan bahawa Maharaja iaitu sebagai ketua negara, mempunyai kaitan dengan keganasan yang dihalalkan ini dan sekaligus mengurangkan sikap kepura-puraannya yang kononnya institusi Diraja sangat-sangat menjaga kepentingan rakyat. Yakuza organisasi yang bijak mengatur hubungan baik bersama sayap kanan di Jepun ditambah pula mereka terkenal dengan konsep penghormatan dan akur pada Maharaja, dapat menggalas tugasan ini bagi membantu pemerintah kebal dengan tindakan undang-undang serta dengan mudah meloloskan sebahagian besar kesalahan-kesalahan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 02:59 PM | Show all posts
Wahhh dik mod, lama tak bersiaran, keluar2 terus citer resakse

term yg paling sadis, orang terbuang atau "bukan manusia"

kdg2 kejahatan tu terlahir dari keadaan yg amat perit dan menyeksakan....tapi bila dah rasa makin berkuasa, memang raksaksa betul la perangai...tu yg tanpa rasa bersalah berdosa menganiaya menyiksa orang ramai


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 24-5-2019 02:25 AM




Peristiwa ini bagaikan dejavu bagi sebahagian penduduk Jepun lagi-lagi di Okinawa. Ryukyu adalah nama purba untuk Okinawa. Kenestapaan panjang Ryukyu telah menjadi sejarah kepada perjuangan manusia yang amat panjang. Ryukyu adalah sebuah negeri yang merdeka, aman dan harmoni, sebuah bangsa yang punya kerajaan dengan kedaulatan sendiri sama sekali berbeza dengan orang-orang Jepun. Mereka mempunyai kebudayaan sendiri, yakni bahasa sendiri dan juga mempunyai kepercayaan spiritual yang juga tersendiri. Secara mudahnya, mereka tidak menghubungkan diri dengan jepunisasi sama sekali. Jangan terkejut jika Tanah Melayu juga pernah tertambat dalam sejarah Ryukyu mungkin juga wujud di atas manuskrip-manuskrip lama yang dihidangkan di penjuru-penjuru muzium di Okinawa.



Pada tahun 1480, Laksamana Melaka yangtermasyhur, Hang Tuah telah menyerahkan sepucuk surat kepada raja di negeri Ryukyu memperihalkan sebuah kapal Ryukyu yang terdampar di pantai Chio Chih ataupun Annam Utara. Kapal tersebut dikatakan menyinggah untuk mendapatkan bekalan air tawar tetapi entah bagaimana terlibat dalam satu pergaduhan berdarah dengan orang-orang Chio Chih. Selaku Laksamana, Hang Tuah telah segera belayar ke Chan Che'eng iaitu Champa yang ketika itu di bawah kuasa Annam. Siasatan mereka membawa kepada penemuan dua orang Ryukyu, salah seorang daripadanya telah pun mati kerana sakit (pelayaran mereka mengambil masa selama 46 hari).


Cop Mohor Kerajaan Ryukyu



Mohor daripada Dinasti Qing kepada Raja Ryukyu untuk memerintah




Dalam surat Hang Tuah juga tertera di mana rombongan dagang raja negeri Ryukyu itu diiring ke Melaka dengan selamat. Ada di antara mereka adalah seorang penterjemah bernama Tei Raku, aman menjalankan aktiviti perdagangan di Melaka dan tidak lama selepas itu mereka pulang ke tanah Ryukyu. Melaka ketika itu memberikan kepercayaan yang penuh kepada Ryukyu, berikutan latar belakang pemerintah mereka yang punya sikap rendah diri dan tidak lokek bertolak ansur jika ditagih pertolongannya. Hang Tuah dan Melaka dengan penuh rasa hormat menyantuni pedagang-pedagang dari Tanah Ryukyu dan mereka bebas berdagang di Melaka, sehinggalah ....


Keluarga Satsuma


Tanah Ryukyu dijarah oleh keluarga Satsuma, mereka berkuasa, mereka menjajah, mereka menjadikan pembesar-pembesar di sana tidak ubah seperti boneka!!! Kemilau bangsawan mereka telah hilang memudar. Kepesatan perdagangan dan kekayaan Ryukyu diratah dan dieksploitasi sepenuhnya oleh keluarga Satsuma. Ryukyu merupakan lombong emas Satsuma, mereka cuba menjatuhkan ‘han’ (keluarga Tokugawa, bangsawan yang berpengaruh di Ryukyu) dan membolehkan mereka mendirikan sistem ‘ken’ di mana sistem ini dinihari merujuk kepada sistem prefecture ala Jepun oleh pemerintahan feudal Meiji dalam tahun 1868.

Keselesaan keluarga Satsuma berakhir apabila pemerintah Meiji di Jepun mengarahkan ratusan tentera bertandang ke Ryukyu. Habis tanah Ryukyu ditakluk, keluarga Satsuma, pembesar-pembesar dan segala macam hierarki di sana disingkirkan tanpa budi bicara. Mereka diarahkan untuk berpindah ke Tokyo dalam keadaan yang sangat memalukan dan pada tahun itu istana Shuri telah berjaya ditawan oleh Jepun maka berakhirlah era pemerintahan raja-raja Ryukyu. Rakyat dan bekas pemerintah Ryukyu perlu tunduk pada Jepun. Mereka di Ryukyu tidak mahu menjadi Jepun tetapi mereka tiada pilihan lain. Mereka perlu melawan. Melawan dalam senyap. Dalam keadaan menahan bisa terpendam.


Istana Shuri di Okinawa


Nama Ryukyu sendiri telah dikuburkan, Jepun memperkenalkan nama baru iaitu Okinawa dan mereka harus akur tentang pembaharuan itu. Tidak cukup dengan itu Jepun telah mengasimilasi keseluruhan corak pemerintahan Ryukyu iaitu politik, sosioekonomi, struktur pendidikan, keagamaan dan kebudayaan. Jika anda pernah dengar tentang Tome Pires, ahli farmasi dari Portugis, beliau telah mencatatkan dalam naskah-naskah perjalanan beliau berdagang di mana pedagang-pedagang dan Raja Ryukyu dipuji kerana disipilin yang tinggi dan kebajikan yang mereka hulur kepada yang memerlukan.

Punbegitu, sesuatu yang menyedihkan rakyat Ryukyu apabila mereka dipaksa murtad-budaya dan menjadi Jepun sepenuhnya. Maharaja Jepun menuntut rakyat Ryukyu menyembah mereka. Maharaja adalah untuk dihormati, disembah dan diberikan sepenuh dedikasi, hidup mati adalah untuk Jepun. Selepas Perang Dunia II, matawang yen diperkenalkan secara drastik di Okinawa (Ryukyu), firma niaga Jepun melanda Okinawa dengan celungap mengambil serta merampas tanah-tanah penduduk di sini secara besar-besaran. Cukai kepala Jintozei dikutip daripada penduduk kepulauan yang lebih kecil di Ryukyu seperti di Miyako dan Yaeyama. Pada era moden kini, warga Okinawa masih dirampas tanah mereka untuk pembesaran pelabuhan tentera Amerika, dan ia dilakukan tanpa sebarang rundingan. Jepun bermaharajalela, Okinawa sengsara.

Bezanya dahulu penduduk-penduduk di Okinawa dilayan dengan penuh penghinaan oleh militarisme Jepun tetapi kini ia sudah bertukar kepada organisasi yang tiada budi bicara dan tidak berperikemanusiaan. Ia lebih zalim, ia wujud di dalam Kyuden dan sistem monarki Jepun, ia adalah bayang-bayang Maharaja, ia umpama raksasa yang tidak disenangi kewujudannya .... Ia adalah Yakuza!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts



Hak ultra-nasionalis di Jepun sudah lama wujud selain daripada Yakuza, namun pertindihan antara keduanya jauh lebih besar daripada apa yang ditemukan di negara lain dan juga punya kadar jenayah yang tinggi dan teratur. Yakuza Jepun tidak ubah seperti Mafia Itali cuma ianya hadir dengan pakej yang lebih besar. Rintangan besar yang dilalui Yakuza seperti menerima kritikan terhadap Maharaja dan kebebasan luar biasa menjalankan perusahaan jenayah yang lebih bercorak tradisional tidak akan wujud tanpa kelulusan daripada sebuah kerajaan yang aktif. Hujah dan debat terhadap konsep dan peranan Yakuza dalam institusi Jepunisasi sentiasa dibuka kepada masyarakat di Jepun. Sayangnya terlalu sedikit yang berani untuk menyuarakan hujah-hujah mereka.

Memandangkan penglibatan Yakuza dalam industri pembinaan sangat meluas, kerajaan Jepun telah memperuntukan satu nilai yang besar bagi kerja-kerja awam (peruntukan ini lebih besar berbanding Belanjawan Tahunan Amerika Syarikat untuk sektor Pertahanan) dan ini boleh dilihat sebagai partial payment atau bayaran separa kepada Yakuza untuk perkhidmatan yang diberikan oleh mereka. Hubungan Yakuza-Jepun mula erat kembali pada abad ke 19 di mana ketika itu mereka melakukan kerja-kerja kotor untuk ahli politik konservatif tempatan, melakukan kekacauan terhadap buruh-buruh kasar, berkhidmat sebagai tali barut dan pembunuh upahan (Koroshiya) untuk kerajaan dan menjadi perancang utama dalam pembunuhan Ratu Korea yang mencetuskan perang Korea-Jepun pada tahun 1895.

Kerjasama erat antara Yakuza dan penguasa-penguasa birokrasi baru di Jepun tidak perlu dipertikaikan lagi kerana tunas mereka hampir sama, mereka telah muncul di negara matahari terbit ini sejak era samurai lagi iaitu pada era Heian. Kerjasama mereka berterusan hingga abad ke 20, apabila mereka menggalas tugas atas permintaan kerajaan bagi memperluaskan kemasukan komunis dan pelajar-pelajar radikal di negara itu. Pada Perang Dunia II, Yakuza bertindak memberikan pertolongan kepada tentera Jepun dengan menyokong rompakan besar-besaran terhadap Manchuria dan China, mereka juga terlibat dalam memaksa China menjalankan aktiviti pengedaran dadah serta memainkan semula dasar British pada tahun 1840.

Selepas peperangan, perlembagaan republik dan pilihanraya secara demokratik diperkenalkan maka bermulalah era baru dalam situasi sosiopolitik di Jepun, namun begitu peranan politik Yakuza tampaknya tidak berkurang sedikit pun. Liberal Democratic Party atau singkatannya LDP, yang telah menguasai politik pilihan raya sejak tahun 1945, telah ditubuhkan sebahagian besarnya hasil wang haram milik seorang boryokudan Yakuza iaitu Karoku Tsuji yang menggelarkan dirinya sebagai "Al Capone Jepun". Yoshio Kodama, seorang tokoh paling penting dalam Liberal Democratic Party sehingga akhir tahun 1970, juga mempunyai hubungan rangkaian Yakuza yang luas, begitu juga dengan beberapa Perdana Menteri dan sejumlah Menteri Kabinet yang lain.


Yoshio Kodama tokoh sayap kanan dan organisasi Yakuza bawah tanah


Pada tahun 1963, LDP telah mengalami isu dalaman yang membawa kepada pertengkaran di antara ahli. Berita ini menerjah dengan deras ke telinga ketua-ketua Yakuza pada masa itu. Mereka kononnya menzahirkan perasaan simpati dan prihatin terhadap LDP dan bertindak menghantar berpuluh-puluh pucuk surat kepada ahli-ahlinya. Ekoran itu, anggota-anggota Parlimen juga mendesak LDP untuk menamatkan pertengkaran mereka dengan kadar segera kerana mereka khuatir ianya akan memberi manfaat kepada Yakuza dan parti haluan kiri.


Dari kiri : Mike Huckabee (Gabenor Arkansas), Shinzo Abe (Perdana Menteri Jepun) dan Icchu Nagamoto (Boryokudan dari Yamaguchi gumi)


Hubungan baik di antara LDP dan Yakuza tidak dapat disanggah lagi apabila Bamboku Ohno, Setiausaha Agung LDP dari tahun 1957 hingga 1965 memberi ucaptama di hadapan 2500 orang ahli Yakuza di sebuah majlis resepsi untuk boryokudan baru di Kobe dan dalam teks ucapannya beliau berkata,

"Ahli politik dan mereka yang bekerja seperti seorang Pahlawan (merujuk kepada Yakuza) mempunyai fungsi yang berbeza, namun persamaan di antara mereka adalah, matlamat mereka sama dan itulah satu contoh simbol pengabdian kepada unsur-unsur giri (kewajiban) dan minjo (berkaitan dengan perasaan manusia). Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dengan harapan anda akan terus berusaha dengan gigih untuk menjadikan masyarakat kita merasai kehidupan dengan lebih baik."

Ini adalah satu ungkapan yang membawa kepada sebuah persepsi yang baik terhadap Yakuza dan Maharaja Jepun. Sayangnya ungkapan ini bagai dibentur batu-batu Shintai di kepala rakyat Jepun pada masa itu, mereka kaget dan kurang senang dengan ucapan Ohno!!!


Bamboku Ohno


Tidak ada tempat yang mencerminkan neo-confucian dalam diri seorang Maharaja menunjukkan karakter intelektual dan budiman yang masih wujud di Jepun kerana mereka-mereka ini sendiri bersekutu dengan jenayah terancang. Persoalan yang radikal kini, adakah situasi sebegini akan terus menggalakkan semua orang bertanya, tentang etika Diraja yang terus-terusan menggunakan khidmat Yakuza untuk memusnahkan kritikan kepada Maharaja? Atau lebih tepat lagi, kenapa Maharaja memerlukan Yakuza?

Jika kita cuba merungkai soalan ini ia akan membawa kita jauh berfikir bahawasanya Jepun itu sendiri tanpa sedar adalah sebuah negara ke arah kapitalis. Topik-topik ini sudah lama diperdebatkan di kalangan golongan Marxisme, mereka sudah mengkaji sejarah-sejarah Jepun sejak abad 1 hingga ke 20 di mana struktur pentadbiran Jepun itu sendiri lebih bersifat kapitalis bukannya feudal. Dikatakan bahawa fikiran-fikiran yang diketengahkan oleh sesetengah rakyat Jepun kini sebenarnya merupakan percikan buah fikiran Marxisme!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 24-5-2019 02:30 AM








Apabila kita menyingkap sejarah permainan video di Jepun, kita dapati bahawa ia sebenarnya dipelopori oleh Yakuza sebahagian besarnya. Perjudian kebanyakannya diharamkan di Jepun sejak berabad-abad lamanya, namun Yakuza telah berjaya memiliki dan mengendalikan kemudahan dalam industri permainan video ini sepanjang masa. Permainan video yang berjaya bertahan di bawah pemaju-pemaju atau developer yang besar dan kukuh menjadi semakin berkembang permintaannya merentasi dunia teknologi pada tahun 80 dan 90 an. Sega dan Konami boleh dikatakan syarikat-syarikat yang paling ketara terlibat dengan organisasi Yakuza, begitu juga Capcom yang pernah menjadi bualan ramai mengenai penglibatan Yakuza dalam penyaluran dana kepada syarikat gergasi tersebut.


Capcom


Banyak pemaju permainan video yang punya nama besar ketika itu akhirnya mati semasa lonjakan studio pada tahun 90 an disebabkan kepelbagaian industri bertandang di Jepun. Secara tidak langsung, situasi ini memberikan peluang pelaburan yang lebih baik kepada keluarga Yakuza. Mereka menarik diri daripada syarikat-syarikat gergasi tersebut lantas mereka menambah keupayaan untuk penghasilan dan memasarkan sebuah entiti baru yang hampir sama mutunya tetapi terlalu biasa mereka lihat. Ini adalah penjenamaan semula ....

Salah satu contoh kegemaran permainan video saya ialah daripada syarikat Nihon Telenet. Syarikat yang berjaya di Jepun pada tahun 80 an dan awal 90 an dengan menyajikan banyak IP mereka yang multiplatform pada setiap pengeluaran berkualiti merentas dunia permainan digital. Impak kebudayaan yang dirasakan amat ketara semasa era mereka. Sangat wow apabila melihat off-handed remarks online mereka di katalog-katalog semasa syarikat ini meniti populariti yang luar biasa, saya dapat rasakannya hingga kini, memori kepada permulaan saya mengenal permainan video dengan kartrij yang kompak namun sayang syarikat ini telah gulung tikar secara rasmi pada tahun 2005.

Apa yang membuat kisah mereka menarik dan relevan pada mata saya adalah ia menunjukkan semua tanda-tanda Yakuza terjebak dalam industri ini. Kejayaan besar dalam jangka masa pendek dengan pemulangan keuntungan wang tunai yang cepat dan pelaburan pada susulan untuk setiap pengeluaran yang berjaya (iaitu mengalihkan silang platform atau cross platform dengan pesat) serta keengganan atau kegagalan dalam memasarkan produk secara global (sementara sebahagian besar permainan mereka dikeluarkan dalam satu produk untuk masyarakat antarabangsa). Disangka hujan sampai ke petang .... Telenet sudah tidak relevan oleh peminat-peminat permainan video dan produk mereka semakin hari gagal untuk menerobos pasaran antarabangsa disebabkan arahan pelabur yang bersikap xenofobia. <<<< pada saya ini salah satu tanda besar Yakuza involvement!!!


Salah satu produk Nihon Telenet


Menjelang pertengahan 90 an, Telenet telah kehilangan sebahagian besar keupayaannya kepada studio dan syarikat permainan video lain. Mereka seakan-akan kehilangan keupayaan bagi menghasilkan produk dan IP seperti kebiasannya. Walaupun saya tidak begitu fasih dengan apa yang sebenarnya berlaku di dalam akar umbi syarikat itu namun pada saya ianya cukup mudah untuk membuat spekulasi bahawa kejayaan Telenet sebahagian besarnya disebabkan oleh Yakuza di mana apabila organisasi Yakuza itu menghentikan penglibatan mereka daripada Telenet, reputasi syarikat itu turut terjejas sehingga mereka terpaksa gulung tikar.

Sejak mereka mengecapi kejayaan pada waktu yang lama, Nihon Telenet mengambil masa hampir sepuluh tahun untuk ia muflis sepenuhnya. Pada saya ini adalah satu bukti betapa dahsyatnya mereka dahulu dan betapa berkuasanya mereka dalam mempelopori industri ini, mereka mengawal pasaran permainan video di Jepun, menjadi kegilaan remaja dan saya cuba membayangkan jika mereka tidak terlibat tanpa Yakuza mungkin Nihon Telenet masih dikenali oleh generasi dinihari. Tidak mustahil bukan? Konami dan Sega harus menjadikan peristiwa ini sebagai satu peringatan kepada perniagaan mereka.



Untuk pengetahuan pembaca, Sunsoft kini memegang hak untuk katalog IP seluruh Nihon Telenet, percubaan dan eksperimentasi mereka untuk menembusi semula pasaran Amerika Utara gagal sehinggalah Inti Creates (ditubuhkan oleh bekas pekerja Capcom 1996) membangunkan semula permainan video iaitu Blaster Master Zero(di-reboot daripada sistem Sunsoft dan dikeluarkan pada 2017), malangnya kita tidak akan dapat melihat produk seperti Valis dan Earnest Evans pada waktu terdekat.







Nampaknya banyak syarikat besar yang pernah terpalit dengan masalah Yakuza berjaya bertahan sementara waktu dan ada juga yang benar-benar berjaya melepaskan diri daripada aktiviti Yakuza. Konami pula sebaliknya umpama pemecah aturan dalam industri ini kerana mereka masih lagi punya pengaruh yang besar oleh Yakuza, dan mungkin telahan saya tentang ini salah.



Saya tidak terlalu yakin tentang syarikat-syarikat besar lain yang mempunyai masalah dengan organisasi Yakuza, namun saya mula menyedari akan hal ini bahawa ia adalah masalah besar dalam industri permainan video ketika tahun 80 an dan 90 an. Juga perlu diingatkan bahawa Nintendo juga mempunyai sambungan dengan rangkaian Yakuza yang agak lama sebelum ini, nasib syarikat gergasi itu baik kerana mereka dapat melepaskan diri daripada skandal Yakuza tersebut pada akhir tahun 80 an.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-5-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
bacalah sementara nak tunggu berbuka sekejap lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Laluan ke kem tentera Amerika...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 21-5-2019 10:21 PM

Laypark Starbuck on the way to the American Camp...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-5-2019 03:26 PM
Lqypark Starbuck on the way to the American Camp...

tulip tu kat area mana cik seri?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 03:41 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 21-5-2019 02:36 PM
tulip tu kat area mana cik seri?

Area Kobe.



.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-5-2019 03:41 PM
Area Kobe.



oh area yamaguchi gumi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 03:52 PM | Show all posts

Saya dan bff lepak Starbuck. Saya tak minat kem.tentera
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-5-2019 03:52 PM
Saya dan bff lepak Starbuck. Saya tak minat kem.tentera

sampai jepun cari starbuck?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bookmark dulu. Sangkut dekat bakuto
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena buat index ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
@AlterEgo
@Foxey
@matkpop
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-5-2019 03:26 PM
Lqypark Starbuck on the way to the American Camp...

Wajib drop comment ternampak kelibat tulips!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
aleX-S replied at 21-5-2019 04:47 PM
@AlterEgo
@Foxey
@matkpop

Thank you tag kita
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 05:52 PM | Show all posts
kenapa ye jepun porno berjaya? ada kaitan dengan yakuza? atau naruto?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.361773 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list