Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
4446
View
103
Reply

Notre Dame Cathedral - Cerita Disebalik Sejarah Dan Tragedi.

[Copy link]

Author: OttoVonBismark       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-5-2019 05:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 21-5-2019 09:38 PM


Pakcik Otto berasa tertarik nak cerita pasal sejarah pembinaan dan kegemilangan sebuah cathedral yang femes sebab terbakar beberapa bulan yang lalu - Notre Dame.
Hari ni 21/5/2019 pakcik bahasakan perkara yang lalu tu sebagai "beberapa bulan", lamaaaa selepas artikel ni ditulis korang akan ingat balik dah bertahun tahun dah rupanya.

Sedikit pengenalan, Cathedral ni asal dia dari bahasa greek "kathedra" yang membawa maksud "tempat duduk", dan yang duduk dalam cathedral ni adalah bishop. Jadi, mana mana gereja yang jadi opis resmi kepada bishop orang keristian secara tak langsung akan upgrade nama dia dari gereja kepada cathedral. Bagitu jugalah ceritanyanya dengan Notre Dame.

Pada 15 April 2019, Notre Dame dekat Paris tu terbakar. Bertungkus lumus pihak berwajib cuba untuk memadamkan api yang marak menyala. Notre Dame dah menjadi simbol kepada bandar Paris sejak berabad abad lamanya. Secara peribadi, pakcik sendiri amat kagum dan tertarik dengan segala sudut hasil kesenian orang dulu dulu yang ada di Notre Dame.


Sejak beratus ratus dahun tahulu, lama sebelum kewujudan Notre Dame lagi, tapak yang ada tu dah jadi tempat binaan keagamaan yang sangat bersejarah. Pendek kata "Religious site". Mula mula sekali dulu tapak tu dibina Kuil Orang Roman, sebagai tempat pemujaan Tuhan Jupiter diorang. Lama selepas tu, bilamana agama keristien mula berkembang, dua gereja dibina diatas tapak yang sama. Kemudian dua gereja tu diruntuhkan dan batu batu dari runtuhan gereja tu digunakan untuk membina Notre Dame. Pada tahun 1163, sorang Pope nama Alexender The Third lead untuk pembinaan Notre Dame ni. Dia yang bertanggungjawab mengumpul dana dari serata tempat untuk membina Notre Dame.

Masa ni Paris tengah pesat berkembang maju menjadi pusat ekonomi dan pusat pentadbiran politik bagi Perancis. Jadi gereja ni mestilah ada unsur dan ciri ciri kemegahan pada dia, bersesuaian dengan lokasinya yang terletak didalam bandar besar pusat segala ekonomi dan politik. Pembinaan Notre Dame ni memakan masa selama 200 tahun! Secara rasminya ia disiapkan pada tahun 1345. Dan pada abad abad berikutnya, Notre Dame menyaksikan pelbagai episod tragik dan bersejarah sepanjang kewujudan dia disitu.

Bermula pada abad ke 16, terjadinya peperangan agama di Perancis. Peperangan diantara roman katholik dengan protestant sekitar tahun 1562 hingga 1598. Masa ni, ada sebijik patung kat depan gereja ni musnah akibat peperangan ni. Patung "Huguenot" ( patung bentuk cam hantu setan ) yang ada mengadap ke gereja catholic pun turut musnah. Tapi lama selepas peperangan tu, Notre Dame dibaik pulih semula.


Waktu sukar mula datang di Notre Dame bila revolusi perancis bermula. Perbalahan antara dua puak kristian, Roman Katholic dengan Protestant bertambah buruk. Pada tahun 1792, semua gereja gereja aliran katolik diharamkan. Notre Dame ditukarkan menjadi "Tample Of Reason". Dan selepas tamat kecau bilau tersebut, Notre Dame dijadikan tempat simpanan makanan dan gudang senjata.

Pada tahun 1801, Napoleon Bonaparte telah menyerahkan semula Notre Dame ni kepada pengurusan gereja katholic. Dan pada tahun 1804, Napoleon ditabalkan sebagai "emperor" didalam Notre Dame. Lama selepas tu, tak ada lagi apa apa kejadian besar seperti peperangan terjadi disekitar Notre Dame. Tapi.... Notre Dame dah terlalu uzur dan tua. Dia dah berdiri selama lebih 500 tahun, dan dalam masa tu tiada usaha dan kerja kerja pemulihan dilakukan keatas dia.

Pada tahun 1831, segalanya berubah bila seorang penulis bernama Victor Hugo menulis novel "The Hunchback Of Notre-Dame". Victor Hugo bimbang bila melihat keadaan Notre Dame yang sangat sangat uzur dan tidak ada apa apa kerja baik pulih dilakukan keatas gereja tu. Dia juga bimbang jika unsur senibina Gothic dan Medieval yang terdapat di Notre Dame tidak dijaga akan hilang begitu sahaja. Jadi dia tulis sebuah novel dedikasikan kepada cathedral ni.

Cathedral Nothre Dame menjadi protagonist didalam novel tersebut. Protagonist ni maksud dia watak utama yang lead untuk sesebuah filem, cerita atau novel. Macam dalam bod sejarah ni Protagonist dia pakcik Otto lah. hahaha. Disney dulu ada keluarkan sebuah animasi bertajuk "The Hunchback Of Notre Dame" ni. So dalam novel tu Notre Dame berfungsi menggabungkan semua watak yang ada. Novel tersebut mendapat sambutan yang hangat di Paris waktu tu. Dan bersama kejayaan Victor Hugo, pada tahun 1844 timbul kesedaran dalam masyarakat untuk kembali membaik pulih Notre Dame yang kian mereput .

Pada abad berikutnya, Notre Dame sekali lagi berhadapan dengan bahaya bilamana Perang Dunia Pertama meletus. Tapi mujur terselamat dari ancaman bom waktu tu. Bila perang Dunia Kedua pula meletus, tingkap kaca yang ada telah dicabut. demi untuk mengelakkan kesan dari momentum letupan kuat bom bom dari pihak Nazi German.

Pada tahun 1944, Sekali lagi Notre Dame hampir rosak. Bila askar askar menyambut kemenangan dihadapan Notre Dame. Mereka berkumpul beramai ramai dan melakukan beberapa kerosakan pada patung patung gothik yang ada dihadapan Notre Dame. Lama selepas tu, pada tahun 90an sekali lagi kerja kerja baik pulih dilakukan demi untuk memelihara sebuah monumen bersejarah berusia ratusan tahun. Dan pada 15 april 2019, Notre Dame sekali lagi terbakar. Kebakaran tersebut memusnahkan bumbung utama Notre Dame yang sengat bersejarah tu. Tetapi menara jam sempat diselamatkan sebelum api mula merebak.

Begitulah serba sedikit sejarah berkenaan Notre Dame. Sepanjang 900 tahun kewujudan Notre Dame, beliau menyaksikan pelbagai episod peperangan dan kegemilangan yang berlaku disekelilingnya. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.


      - Otto Von Bismark -



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg lawa building nya. Nk siap kn 200thn. Pope yg cr duit nak bina pn msti dh mati mse siap.

Sblm kebakaran tu norte ni msih gereja ke dh jd muzium tt?

Mse kbakaran tu ada couple msia tgh wedding photoshot kt dpn norte ni.. skali kbakaran...

Lpas kebakaran rasa nk cr cartoon disney tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2019 06:12 AM | Show all posts
Fly_over replied at 21-5-2019 09:58 PM
Mmg lawa building nya. Nk siap kn 200thn. Pope yg cr duit nak bina pn msti dh mati mse siap.

Sbl ...

sepengetahuan aku, Notre Dame tak pernah jadi muzium. selagi mana dia ada gelaran Cathedral selagi tu la dia tak jadi muzium. mungkin dibuka untuk tontonan umum tu yang kita anggap dia muzium.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2019 06:16 AM | Show all posts
Edited by OttoVonBismark at 21-5-2019 10:21 PM

Stained Glass, tiingkap kaca yang ditanggalkan masa perang dunia kedua bagi memelihara artifak sejarah lama. Dipanggil "Rose Window"














Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kartun the hunchback of notre dame circa 2006..
Nice info tt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2019 06:31 AM | Show all posts
awaynepian replied at 21-5-2019 10:29 PM
Teringat kartun the hunchback of notre dame circa 2006..
Nice info tt

kannnn ?

meletop katun tu dulu.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2019 06:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2019 06:59 AM | Show all posts
trimasss @noraidil_06

ko kasik la kat orang yg komen sekali. jangan kedekot sangat. kang aku report aceheng kang
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 22-5-2019 06:59 AM
trimasss @noraidil_06

ko kasik la kat orang yg komen sekali. jangan kedekot sangat. kang aku rep ...

Mung ni kan kalu x merntah jd ganer? Eeeee jap la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Maklumat yg bagus sekali pakcik~~ tabik dgn kegigihan pakcik mencari sumber dan terjemah ke bahasa melayu yg mudah difahami..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
antara ayat yg mzz ingat from the cartoon.. masa phoebus tangkap quasimodo, dia paksa quasimodo utk sebut claim sanctuary..

pernah terbaca juga cerita betul pasal hunchback ni. Dia stalk si esmeralda.. and esmeralda mati kena bunuh ke mcm mana entah. Dia pi duduk dekat mayat esmeralda sampai dia sendiri mati..

ingat2 lupa pula cerita dia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 08:32 AM | Show all posts
tq share info pokcik..

lama betul tempoh pembinaannya..
rekaan binaannya pun hebat walaupun
takde kemudahan canggih macam sekarang..

we want more.. we want more..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 09:41 AM | Show all posts
suka notre dame ni..cantik..tapi patung2 gothic tu buat dia nampak mcm menakutkan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:23 AM | Show all posts
i sempat menjenguk notre dame sehari sebelum terbakar
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik Sangat Notre dame ni. Actually cathedral around the world Memang semua nya Cantik. Characteristic nya stained glass. Ini Memang feature cathedral medieval Europe. Satu lagi paintings. Paintings by Michelangelo pun Ada sini. Dulu ambil kelas art history, Ada belajar tentang cathedral Dan paintings. Michelangelo melukis guna egg whites or the yolk. Memang leka tengok cathedral hehehe. Masjid kita pun Ada yang Cantik Cantik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 22-5-2019 09:41 AM
suka notre dame ni..cantik..tapi patung2 gothic tu buat dia nampak mcm menakutkan..

Seram kn tp suka tenung lama2 smpi nmpk mcm hidup ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 22-5-2019 06:36 AM

Bestnya klu dpt tgk depan2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 22-5-2019 06:16 AM
Stained Glass, tiingkap kaca yang ditanggalkan masa perang dunia kedua bagi memelihara artifak sejar ...

Serious cantik.. mcm mana la dorg bina dlu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak betul halangan notre dame ni hadap untuk kekal berdiri
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Punca kebakaran sampai skrg tak tau lagi ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
6.549807s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list