CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5028|Reply: 27

Anugerah Kajai. The Man behind it

[Copy link]
Post time 23-5-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hello, lama x buka thread. Sbb pressure dgn thread best2 abang otto tercinta.

Malam ni sy rase nk bercerita or rather memetik artikel-artikel berkenaan anugerah tertinggi dalam dunia kewartawanan. Anugerah Kajai. Anugerah yg menunjukkan betapa seorang wartawan itu melahirkan berita-berita yg sgt bermutu dan berguna utk negara.

What is Kajai or rather who is Kajai?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2019 12:29 AM | Show all posts
Sighhhhh @admin6 sy ni buka thread guna hp je. Stuck manjang. Fed up la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2019 12:30 AM | Show all posts
http://www.ukm.my/krk/profilabout-us/pengenalan-2/

Kajai dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur pada tahun 1894. Beliau terkenal dalam kalangan orang banyak atau melalui karya-karya penulisannya dengan nama Abdul Rahim Kajai dan yang ringkas sekali, Kajai. Bapa Abdul Rahim Kajai, Salim Kajai berasal dari Kampumg Kajai Minangkabau, Sumatera. Sempena dengan nama kampung tersebut, ayah beliau yang bernama Salim dipanggil Salim Kajai.

Setelah kembali dari Mekah pada tahun 1909, Kajai bekerja sebagai penjilid dan kemudiannya menjadi pengatur huruf Melayu di pejabat cap kerajaan di Kuala Lumpur selama tiga setengah tahun. Di samping bekerja sebagai wartawan, Kajai juga melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sukarela. Semasa menjadi wakil khas Warta Malaya, Kajai dilantik menjadi ahli kehormat “Persidangan Melayu Setapak” yang diketuai Muhamad Zakariah. Kajai tidak ketinggalan melibatkan diri dalam kegiatan keagamaan dan pernah dilantik menjadi ahli jawatankuasa masjid Setapak. Kajai berhenti secara rasmi dari menjadi pengarang Warta Malaya dan terus berkhidmat sebagai pengarang dengan Utusan Melayu, iaitu sebuah akhbar yang dimodali dan dimiliki oleh ‘orang Melayu jati’ pada bulan Ogos 1939.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2019 12:31 AM | Show all posts
Tidak berapa lama kemudian Kajai telah diberi tanggungjawab mengetuai sidang pengarang syarikat Utusan Melayu. Pada tahun 1912-1913, beliau pergi ke Singapura untuk bekerja sebagai pengantar huruf Inggeris di syarikat Malaya Publishing House. Ketika usianya 26 tahun (1919/1920), beliau mula meminati bidang kewartawanan. Beliau pernah menyumbangkan rencana-rencana berkenaan sosial dan agama serta berita di dalam Utusan Melayu dan Lembaga Melayu.

Antara sumbangan Kajai dalam dunia persuratan melayu merangkumi Akhbar Saudara (1930-1931), Akhbar Majlis (1931-935), Syarikat Akhbar Warta Malaya (1935-1939) dan Syarikat Akhbar Utusan Melayu ( 1939-1940). Kegigihan Abdul Rahim Kajai dalam memperdalamkan ilmu pengetahuan serta memberi sumbangan ke arah kemajuan serta perkembangan bangsa dan bahasa Melayu memang tidak dapat disangkal lagi. Ini telah beliau lakukan dalam bidang persuratan yang memang berkait rapat dengan bidang bahasa . Oleh itu tidaklah hairanlah beliau layak digelar sebagai “Bapa Wartawan Melayu’ oleh para pengkagum dan pengkritiknya. Tulisannya dalam akhbar-akhbar serta majalah-majalah banyak memberi aspirasi dan motivasi kepada sesiapa jua yang membaca dan menghayatinya
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 07:02 AM | Show all posts
kaka suka baca majalah mastika harap pengarang mastika di beri anugerah kajai
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko kena gi cek pakar. Kenapa pressure ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2019 08:02 AM | Show all posts
yang tahu dekat taman tun ada jalan rahim kajai...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok rujukan ko tu dari portal ukm. Well ada satu cerita pasal pak cik.
Makcik ko mengajar di ukm. Pakcik selalu hantau makcik  ke ukm. Bila lalu situ pakcik perasan nama nama kolej disitu derang letak nama nama tokoh seperti ungku omar, burhanudin helmi, rahim kajai dan ramai lagi. Even library pun letak nama tun sri lanang.selalu pakcik tanya makcik ko, penah amik tau pasal tokoh tokoh ni suma ? Memandangkan ko selalu dengau nama nama derang ni ? Soalan yg paling makcik tak suka. Hahaha. Sebab pakcik otto akan bebel ke dia sebab tak ambik berat. Pakcik yg tak kerja situ pun tau apa sumbangan derang.

Ha sapa yang belajau atau kerja di ukm tu, korang tau kenapa pustakaan tu diletak nama pustakaan tun sri lanang ?

Sekian cerita dari pakcik. Ada kaitan sikit je ngan rahim kajai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 09:16 AM | Show all posts
yang pak cik ingat, suatu ketika dahulu, majalah mastika pernah buat artikel panjang lebar tentang rahim kajai ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts


KETOKOHAN Abdul Rahim Kajai sebagai seorang reformis terserlah melalui rencana pengarang yang ditulisnya di akhbar Utusan Melayu, Utusan Zaman dan pendiriannya dalam Mastika, menyentuh soal maruah bangsa Melayu dan betapa orang Melayu perlu bermuhasabah diri selain memiliki harga diri yang tinggi, jika ingin maju.

Semasa berkhidmat dengan Utusan Melayu, Kajai pernah membuat kritikan terhadap akhbar Majlis bagi mempertahankan ‘Takrif Melayu’ yang diperjuangkannya. Beliau tidak bersetuju dengan akhbar Lembaga Malaya yang pernah mengkritik pergerakan Kebangsaan Melayu dan mewujudkan ‘Takrif Songkok’.

Abdul Latiff Abu Bakar dalam buku Abdul Rahim Kajai: Wartawan dan Sasterawan Melayu (1984) menyatakan Kajai tetap istiqamah mempertahankan ‘Takrif Melayu’ yang diperjuangkannya sepenuh jiwa dan raga.

“Kajai turut membalas kritikan-kritikan akhbar lain yang anti Utusan Melayu serta Utusan Zaman dan menuduh akhbar-akhbar Melayu ini sebagai anti Islam, merosakkan bahasa Melayu dan mengajar orang-orang Melayu merosakkan perpaduan orang-orang Islam” (Abdul Latiff Abu Bakar 1984:81).

Pegangan Abdul Rahim Kajai jelas melalui Rencana Pengarang bertajuk: Jaga-jaga Racun dalam Madu yang disiarkan oleh Utusan Zaman 9 November 1940, halaman 14.

Kajai berkata: “...akhbar Lembaga ini telah bekerja kerana meruntuhkan ‘Takrif Melayu’ dan merosakkan perjalanan Kesatuan Melayu Johor dengan tiada pandang memandang lagi kepada orang-orang besar Johor yang sentiasa memberi kehormatan kepadanya”.

Walaupun Kajai tidak terdidik dalam ilmu kewartawanan tetapi beliau memiliki kebolehan istimewa fasih berbahasa Inggeris dan Arab.

A.Samad Ismail dalam buku A. Samad Ismail: Ketokohan dan Kewartawanan (1991) yang diselenggarakan oleh A. Karim Haji Abdullah menyatakan Kajai sebagai seorang pengarang, medan perjuangannya ialah surat khabar, senjatanya ialah pena. Utusan Melayu bertuah memiliki Kajai. Apa yang difikirkannya baik untuk bangsa Melayu maka ditulisnya dalam Utusan Melayu, Utusan Zaman dan Mastika.

Menurut A. Samad Ismail, selama 13 tahun terbabit secara langsung mengendalikan pelbagai akhbar daripada tahun 1930 di Saudara, Majlis (1935), Warta Malaya (1939) lalu berhijrah ke Utusan Melayu sehingga akhir hayatnya pada tahun 1943 ketika memimpin Berita Malai (akhbar propaganda Jepun gabungan Utusan Melayu dan Warta Malaya), kita dapat melihat dengan jelas sekali betapa hebatnya kesungguhan Kajai membabitkan dirinya di bidang kewartawanan.

“Kita kagum kerana Abdul Rahim Kajai melakukan semua ini dalam masa yang singkat. Lebih kurang lima tahun di Saudara, kira-kira empat tahun di Majlis, kira-kira empat tahun di Warta Malaya dan lebih kurang tiga tahun di Utusan Melayu” (A. Samad Ismail: 1991: 116).

Biasanya, sebaik tiba di pejabat pada waktu pagi, Abdul Rahim terus membaca Morning Tribune dan Straits Times sebelum membelek Utusan Melayu dan Utusan Zaman untuk membuat perbandingan isi kandungannya. Namun, pantang Abdul Rahim apabila terdapat kesalahan ejaan atau kesilapan sesuatu dalam tajuk rencananya dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilakukan pekerja bawahannya.

Abdul Rahim lantas bertanya: “Engkau tak baca ke rencana ini? Dah berapa lama kau jadi proof reader? Butuh aku pun lebih pandai” dia menjerit sambil menunjukkan ke bawah seluarnya”.

Pernah suatu hari seorang pengatur huruf bernama Kadir (gelaran Kadir Yahudi) telah melakukan kesilapan mengecap untuk pruf nama Abdul Rahim Kajai tersalah eja menjadi ‘Abdul Rahim Kajalan’. Apabila kesilapan itu diketahui oleh Abdul Rahim, ketika itu juga beliau terus memanggil Kadir supaya datang menemuinya serta merta.

“Di sinilah Kajai menunjukkan kemarahannya dengan carutannya, perkataan salah masuk, salah sumbat diulang-ulangnya serta dengan aksi tangannya sekali.

“Pekerja-pekerja di bawah Abdul Rahim semuanya tahu perangai Abdul Rahim itu, apabila dimarahi Abdul Rahim, biasanya mereka tidak menjawab walau sepatah pun” (Abdul Latiff Abu Bakar 1984: 32).

Menariknya, selepas kira-kira sejam beliau marah-marah, Abdul Rahim akan belanja ‘kopi koleh’ yang berharga 10 sen kepada pekerja-pekerja bawahanya.

Pada 5 Disember 1943, Abdul Rahim Kajai yang mendapat jolokan ‘Bapa Wartawan Melayu’ itu meninggal dunia di Singapura ketika berusia 49 tahun.

Nama ‘Kajai’ yang popular di hujung namanya diambil sempena nama ‘Kampung Kajai’ tempat kelahiran bapanya, Haji Salim di Sumatera Barat, Indonesia. Nama sebenar beliau, Abdul Rahim Haji Salim.

Sumber : http://m.utusan.com.my/80-tahun-utusan/sejarah-utusan/abdul-rahim-kajai-reformis-di-i-utusan-melayu-i-1.821491

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:47 PM | Show all posts
kajol kenal la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nazrullah replied at 23-5-2019 12:47 PM
kajol kenal la

So now kenal la kajai kan? Heheheh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 01:20 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 23-5-2019 11:53 AM
So now kenal la kajai kan? Heheheh.

ye kenal..baru kenal haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2019 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
nazrullah replied at 23-5-2019 01:20 PM
ye kenal..baru kenal haha

Duduk bod sejarah ye. Jgn pegi mana2. N dah2 la buka thread kaunter pertanyaan psl perangai perempuan.



Lariiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 01:41 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 23-5-2019 12:29 PM
Duduk bod sejarah ye. Jgn pegi mana2. N dah2 la buka thread kaunter pertanyaan psl perangai peremp ...

haha adoiii...kantoii ....ade isu kita terjah la,bukan selalu haha...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bljr kt ukm.dulu..ada kolej nama rahim kajai...tk.tau skrg wujid ke g
Tak...lama tk g ke ukm....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
cahaya_almas replied at 23-5-2019 04:22 PM
Bljr kt ukm.dulu..ada kolej nama rahim kajai...tk.tau skrg wujid ke g
Tak...lama tk g ke ukm....

Masih wujud lagi. Sampai sekarang semua nama masih dikekalkan dengan nama tokoh2. Baideway iolls pun blajar UKM jugak. Grad few years ago. And stay Kolej Rahim Kajai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahcum replied at 23-5-2019 10:06 PM
Masih wujud lagi. Sampai sekarang semua nama masih dikekalkan dengan nama tokoh2. Baideway iolls p ...

I dah lama...konvo 2001....huhu....adik konvo ukm gak...2009..tu rasanya last g ukm....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dulu masa study ukm duk kolej rahim kajai masa final year. Tahun 1-2 duk ibrahim yaakob

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cahaya_almas replied at 23-5-2019 04:22 PM
Bljr kt ukm.dulu..ada kolej nama rahim kajai...tk.tau skrg wujid ke g
Tak...lama tk g ke ukm....

Yes..
Nama2 kolej kediaman ukm semua nama tokoh2.

Pendeta Zaaba
Keris Mas
Ibu Zain
Ibrahim Yaakob
Ungku Omar
Rahim Kajai
Aminudin Baki
Burhanudin Helmi
Tun Hussein Onn
Dato' Onn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.745535 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list