CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31779|Reply: 281

Lambakan chef selebriti segera buat chef wan naik hangin

  [Copy link]
Post time 23-5-2019 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Chef terkenal, Datuk Chef Wan Ismail kecew4 dengan situasi masa kini apabila melihat lambakan individu yang diangkat menjadi chef selebriti tanpa sebarang pengalaman.

Kata tukang masak berpengalaman lebih 30 tahun ini, beliau terkejvt menonton beberapa rancangan masakan yang mempamerkan teknik yang salah dan mengelirvkan.

“ Saya pernah menonton di kaca televisyen, minyak belum panas pun kau dah mula masukkan ikan untuk digoreng. Itu belum lagi pasta yang dimasak dengan sawi.

“ Pesan saya jika anda memiliki wajah kacak atau jelita, ia bukan ‘tiket’ untuk anda bergelar chef selebriti. Jangan sampaikan mesej salah kepada penonton, itu tidak baik,” katanya ketika ditemui di sidang media program masakan Raja Sawit bertempat di Sri Pentas, pagi ini.

Kata beliau, untuk membawa gelaran chef selebriti seseorang itu perlu mengikuti pengajian dalam bidang masakan dan memerlukan pengalaman yang banyak.“ Kita tidak mahu senang-senang angkat seseorang itu menjadi chef selebriti sedangkan orang itu tiada pengalaman yang banyak dalam bidang masakan.

“ Saya terkejvt ketika menghadiri sebuah program masakan yang mana di situ, pihak produksi menyediakan seorang chef profesional untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta yang terdiri daripada ‘cef selebriti’. Sampai tahap perlu tunjuk ini bawang, saya memang terkejut.

“ Jika anda berminat untuk membina nama dalam bidang masakan, pergi belajar dahulu. Jangan popular sebab rupa tetapi bakat memasak langsung tiada,” katanya yang tidak merujuk mana-mana individu.Chef Wan merupakan chef paling terkenal di Malaysia.Dan beliau juga pernah memasak untuk personaliti terkenal seperti Sultan Brunei dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 10:14 AM | Show all posts
tang ni iols setuju dgn chef wan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
He has valid point yach!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 10:41 AM | Show all posts
pazlee sila take note.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni aku setuku dengan dagu.
Macam pesen designer segera la. Tak habis2 dok letak couture belakang brand dorang
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 10:55 AM | Show all posts

Fazley ni siap masuk class belajar..
Che Wan antara Mentornya..
please take note ya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Adejelah yang tak kena ngko ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:06 AM | Show all posts

oh dr pazlee bukan pelajar bidang masakan ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 11:08 AM | Show all posts
aduhai...cara masak masing2....
lantak situ la nak buh ikan masa bila....

nak letak sawi ke...tauge ke dlm pasta....

org muda2 ni mmgg suka try benda pelik2...
beranii mencuba...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngkau chep propesional pon pernah jah buat kek bantat or hangus live depan penonton. Jangan ingat akak tak ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:23 AM | Show all posts
pasal lambakan chef instant i setuju..
but cara masakan tu kadang its up to people untuk improvise..
asalkan dia tak claim resepi yang dia improvise tu sebagai masakan asli original..
and dia tak guna nama masakan asli tu bila resepi dah di alter atau ditambah itu ini..
buat rosak nama masakan melayu asli je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:24 AM | Show all posts
teringin nak bukak puasa kat de wan tu.  memandang kena pegi KL, teringin tu tinggal teringin je la
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:27 AM | Show all posts
Chef seleb yang paling aku rengsa ialah Anis Nabilah. Masakan dia biasa sangat tahap2 aku masak hari2 je. Tak outstanding.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:28 AM | Show all posts
Edited by Meiizu at 23-5-2019 11:29 AM

emmmm ai tak sukerrr anis nebilah menonggek tu, high heel 5inc... dia betul chef ke chef selebriti?.
dgn masak rambut panjang mengurai..sambil uli tepung , biskut, gaul ayam pakai bangle klinnggklingg bunyikk.. plisss lahh topi chef mana?apron kerrr?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:30 AM | Show all posts
supermum replied at 23-5-2019 11:27 AM
Chef seleb yang paling aku rengsa ialah Anis Nabilah. Masakan dia biasa sangat tahap2 aku masak hari ...

wahhhh serentak kita sent komen
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:33 AM | Show all posts
Meiizu replied at 23-5-2019 11:30 AM
wahhhh serentak kita sent komen

ahahaha satu hati gitchew. Masakan dia standard aku masak hari2 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu... Ingat lagi dulu Senang2 jer syura dpt title chef lepas menang MasterChef Selebriti.Paling hauk, yassin dadih pun digelar Chef Yassin.
Sapa tah yg suka suki letak title tu. Setakat masak simple mcm tu dh dpt title Chef!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:38 AM | Show all posts
You are only a qualified chef when you work all the way in according to your ranking.. mula dengan Escuelerie dulu.. sebab tu geng2 professional chef ni tak pandang sangat chef2 selebriti ni..

Iols doubt si anis nabilah tu qualified chef, more to glorified celeb chef je. Si Fazley tu pun bukan ada formal chef training pun.. setakat masuk tv, menang show pastu belajar sikit2. But still bukan level pro chef.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:08 PM | Show all posts
brown_pupil replied at 23-5-2019 11:38 AM
You are only a qualified chef when you work all the way in according to your ranking.. mula dengan E ...

klu tak salah anis nabilah memang amik chef masa belajar..
cuma tak pasti pastry ke apa..
coz biasanya perempuan banyak amik pastry..



Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:28 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 23-5-2019 12:08 PM
klu tak salah anis nabilah memang amik chef masa belajar..
cuma tak pasti pastry ke apa..
coz bi ...

in the chef world, once u grad from culinary school bukan bermakna u terus chef..
In the kitchen, the only person yg layak dipanggil chef is the Exec atau pun head. It's all about ranking. So kalau setakat berbekalkan muka yg hensem / cantik, masuk tv belum tentu layak dipanggil 'chef'. Kalau other celeb chef mcm Tok Wan, Chef Ismail or geng2 chef otai ni, itu baru betul2 celeb chef yg qualified chef.  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.113671 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list