CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7930|Reply: 70

[Tempatan] ”Anak Muda, Belilah Kereta”, Beli Rumah Dulu Tu Bagus, Tapi Belum Tentu Bagus Un

  [Copy link]
Post time 23-5-2019 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
”Anak Muda, Belilah Kereta”, Beli Rumah Dulu Tu Bagus, Tapi Belum Tentu Bagus Untuk Semua Orang


Semakin lama semakin ramai anak muda yang mempunyai kesedaran untuk membeli rumah terlebih dahulu sebelum membeli kereta kerana percaya rumah merupakan aset yang mampu memberi pulangan manakala kereta merupakan liabiliti yang menjadi bebanan.

Namun, situasi semua orang berbeza. Tiada keputusan yang salah selagi mampu mengurus kewangan dengan baik. Ada orang situasi semasanya lebih memerlukan kenderaan berbanding rumah.

Oleh itu, seorang sifu hartanah, Harith Faisal telah berkongsikan tips untuk mereka yang ingin membeli kereta dengan cara yang tidak membebankan jika ingin membeli rumah suatu hari nanti.


ANAK MUDA, BELILAH KERETA.
ESOK BOLEH TERUS TEST DRIVE!

1. Walaupun beli rumah dulu tu bagus, tapi tak semestinya bagus untuk semua orang. Kita tak boleh kata kita yang paling betul dan orang lain yang buat selain daripada tu, salah.

2. Dah memang mak bapak dia paksa beli. Kalau tak beli, jadi anak derhaka. Kenalah beli. Mungkin mak bapak dia kesian dan risau keselamatan anak dia tu. Dahlah pompuan.

3. Mungkin juga sebab kat tempat kerja kau takda Grab dan pengangkutan awam. Jadi, nak tak nak memang kena beli kereta juga. Nak naik motor, takut. Takkan nak jalan kaki dari rumah. Basah ketiak.

4. Kalau kau ada dalam situasi macam tu, kau masih boleh beli rumah nanti. Tapi tengok jugaklah kereta apa kau beli, berapa gaji kau dapat dan rumah apa yang kau teringin nak beli.

5. Saya ambil contoh gaji RM2,500 lah. Fresh graduate. Untunglah dapat gaji macam tu, kan. Kira tinggilah. Degree nak dapat gaji atas RM2,000 bukan senang sekarang ni.

Pengiraan komitmen

(Gambar: Business Achievers)
6. Katakan bank benarkan maksimum DSR 50%. Jadi komitmen bulanan kau tak boleh lebih RM2,500 x 50% = RM1,250. Beli kereta Perodua Axia atau Proton Saga bulanan RM400.

RM1,250 – RM400 = RM850
7. Kalau nak diikutkan kiraan, kau masih mampu beli rumah yang harganya sekitar RM188,000 dengan pembiayaan 90%. Tapi of course bukan kondo sebelah KLCC. Haha!

Dapatkan kepercayaan bank

(Gambar: Marshall Strategy)
8. Satu kebaikan yang kau dapat dengan pembelian kereta tu adalah rekod CCRIS. Bank susah nak luluskan pembiayaan perumahan kalau kau tak pernah ada rekod dengan bank.

9. Cara lain untuk kau cipta rekod CCRIS adalah dengan buat ASB Financing. Satu lagi yang mungkin kau berminat, mohon kad kredit dan guna dengan berhemah. Boleh cuba.

10. Fresh graduate lah katakan. Takda komitmen. Baru nak mengenal dunia. Dan bank pun tak kenal kau lagi. Entah-entah kau ni jenis keturunan tak pandai bayar hutang.

11. Sebab tu bank nak tengok dulu perangai kau tu macam mana. Kalau bayaran kereta cantik setiap bulan, apa lagi alasan bank nak tolak permohonan kau untuk beli rumah, kan.

12. Eh! Banyak lagi bank tengok tau. Kau ingat senang-senang bank nak bagi kau beli rumah. Dahlah komitmen 35 tahun. Kereta 9 tahun je maksimum. Sebab tu beli rumah agak leceh.

13. Beli kereta tak payah downpayment pun boleh. Sebab tu ramai fresh graduate beli kereta dulu. Nak beli rumah? Nampak macam jauh sangat perjalanan, kabur dan samar-samar.

14. Nak beli rumah, simpanan kena konsisten. Setiap bulan kau simpan lebih daripada amaun ansuran bulanan bakal rumah kau tu. Nak beli rumah bayar RM850, kau simpanlah RM1,000.

Jangan lupa kos sampingan..

(Gambar: Financial Proverbs)
15. Dah pakai kereta, memang tinggi kos. Bukan setakat nak bayar ansuran bulanan RM400 tu je. Silap-silap total kos kau guna kereta jadi RM800. Iyalah, tol, petrol, parking lagi.

16. Tapi kalau kau bijak dan RAJIN, kau boleh buat side income daripada kereta tu, Grab. Buat hujung minggu, dapat sebulan RM800 pun okay. Daripada liabiliti, kereta boleh jadi aset.

17. Tak pun, kau buat bisnes online, kau angkut stok pakai kereta, kau pergi hantar barang yang ditempah ke PosLaju pakai kereta. Barulah rasa berbaloi pakai kereta tu. Banyak jasa dia, kan.

18. Semua orang ada gaya hidup dan kehendak nafsu yang nak dituruti. No right or wrong. Beli kereta dulu tak salah, beli rumah dulu pun bukan yang paling betul.

19. Hakikatnya, ramai je yang dah beli kereta dulu dan masih mampu beli rumah. Tapi biasanya lambat sikit lah. Makan minum anak bini pun kita tengok semua cukup.

20. Elak beli kereta mahal kalau belum pernah beli rumah. Elak beli kereta mahal kalau kau tak ready nak gandakan income kau segera! Yang memang gaji besar tadahal. Yang gaji ciput tu apa cerita. Gigih pakai kereta mahal tapi kerja dah 10 tahun tak beli rumah lagi. Ha!

21. Akhir kata, anak muda belilah kereta ikut suka kau.

“Sebenarnya orang lain tak kisah pun kau pakai kereta apa, asalkan kau ada duit dan tak pinjam duit dorang kalau kau pokai nanti.”

(Gambar: Harith Faisal)
Sumber: Harith Faisal


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmmkay tq info. Btw rumah skrg setakat sekangkang monyet dah 200 ribu. Entah brp ketul bata brp peket simen je nak buat tu.

Kalau aku pandai bertukang rumah, dah lama aku DIY !!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 10:53 AM | Show all posts
soal sesiapa shj nak beli apa shj terpulang kpd kehendak dan keperluan masing2...life is short...enjoy!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan. Apa yang baik untuk kita tak semestinya baik untuk orang lain juga. Bagus tips yang diberi. Fresh grad patut baca and take note. Lagipun awal awal kerja kan perlu berkenderaan. Nak kesana sini. Pergi kursus, balik kampung. Nak beli rumah tunggulah beberapa tahun lagi. Komitmen kena kira betul betul. Selain beli rumah, carik la tanah kat kampung sendiri. Dekat dengan parents.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:08 AM | Show all posts
kalau bleh mmg nk bantu ank2 beli rumah
buat masa ni dia org masih duduk dgn aku
blum mampu lagik nak beli umah lg satu, harga rumah pun mahal sgt
buat msa ni aku belikan dulu sorang sebiji kete
nasib la ank 2 jerk
down payment kete aku sediakan...buat masa ni bulan2 aku bayarkan
nnti da keje elok ada gaji lebih dia org bayar la sendiri
lagi pun kereta da jd satu keperluan
kalau tk macam mana pulak dia org nak g cri kerja
nk harapkan public transport susah betul la
aku pun x confident keselamatan dia org kena kuar awal pagi tunggu bus tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:17 AM | Show all posts
kalau beli kereta yg tak consume much dari hasil gaji ok la nak beli kete dulu compared to rumah. plus, bila dah consider kos2 ulang alik pegi kerja mungkin lebih kurang or lebih mahal berbanding bayar kete+maintenance+minyak+tol.

tapi, kalau awal2 pun dah bayar kete memahal, maintenance pun tinggi..dah camne nak tanggung loan rumah pulak klu nak beli umah pastu..

monthly repayment loan kereta mesti max 15% from income je, i rasa still ok dgn keputusan beli kereta dulu than rumah after considering other costs.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2019 11:22 AM | Show all posts
akhirnye ade gak org nasihat beli keta dlu baru beli rumah..btw aku ni da 2x dpt pluang beli rumah n bila time nk dpat loan sgkut..alasan kwsp skit sbab baru keje n ade loan keta n ptptn..

yg aku dlu pn gelabah terpengaruh sgt dek follow otai2 rumah kapitalis kekdahnya nk berumah sndri last2 duit depo aku 2x terbang..sabor je la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:23 AM | Show all posts
iols dulu pun beli kereta dulu. kalo teda kereta camna nak pergi kerja, bas teda lalu antara rumah sewa & office. nak naik moto tak reti and tak berani.

so beli kereta dulu jalan penyelesaian dia. baru kerja, gaji ciput, beli viva.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pon suruh staff aku ni beli keta dulu..dah la pompuan naik motor da pnh jatuh few times..duk bukit beruntung sana..hari2 lalu hiway dgn lori byk nyer..dia lak rajin buat ot smpi mlm..bhya betul
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:49 AM | Show all posts
keta skang keperluan

tp agak2 la beli la yg sekadar mampu utk menten & byr bulan2

tanpa perlu berikat perut menahan nafsu lain like mkn sedap, shopin, vacation etc

kalo monthly payment 1k means kena standby 2k

sbb kena consider jgk utk bajet tol,petrol,mentenen, tayar, insurans n rotex
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena beli kereta sbb Atok x suka public transport. Klu pm4 awal2 majukan public transport mcm najib dah lama pddk bandar x perlu kereta mcm rakyat jepun/spore
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:52 AM | Show all posts
zaman skrg ni kena beli kete dulu tapi beli la yg ikut kemampuan, takde la nnt viral pulak kete nak kena tarik mcm Sis Ridsect tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:01 PM | Show all posts
fine kalau nak beli kereta dulu jika transport lagi penting dari rumah..
tapi beli la kereta mampu milik bukan bersandarkan pada lambang kereta..
serve the purpose la untuk transportation bukan untuk bermengah..
dah complete keperluan hidup and berkemampuan esok ko beli hummer pun orang tak kata..
ini rumah pun tak ada tapi kereta bukan main lagi sampai habis gaji bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:09 PM | Show all posts
chicozinn replied at 23-5-2019 11:22 AM
akhirnye ade gak org nasihat beli keta dlu baru beli rumah..btw aku ni da 2x dpt pluang beli rumah n ...



lg satu jenis suka dengar kata orang buat loan ASB tu. aku rasa itu pon tak perlu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:15 PM | Show all posts
beli lah apapon nak beli. tak perlu ikut cakap org sgt. sesuaikan dgn keadaan.
kalau tak mampu beli kereta motor..beli lah beskal pon ok.
jangan pulak ikut org ckp, better jalan kaki exercise dr naik beskal.
agak2 lah..kalau jauh..

kdg kan ilmu yang kita baca..tak sesuai dipraktikkan dalam kehidupan kita..
tapi sesuai tuk kehidupan org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:17 PM | Show all posts
sendiri beli sendiri tanggung la..
jgn buat pasal, tak leh bayar sembur racun serangga kt org..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli keta murah ja 5 tahun kemudian beli Rumah. Beli Rumah tgk lokasi, beli utk apa, tgk kerjaya, yg dah tetap kerja dah boleh beli Rumah, yg kesana kemari kerja tak pasti merata2 sila beli Rumah lokasi terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:22 PM | Show all posts
yuki812 replied at 23-5-2019 12:15 PM
beli lah apapon nak beli. tak perlu ikut cakap org sgt. sesuaikan dgn keadaan.
kalau tak mampu beli ...

betul ilmu yg org kongsi tu boleh la ceduk2 sikit alter mana yg ptut.
lain org lain, lain caranya.

tapi kalau nak riak balik kg bawa balik H mmg sah2 bingai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi janganlah tangguh beli rumah lama sangat. Rumah x laku, orang tak mau beli pun makin lama makin mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:33 PM | Show all posts
wadiunong replied at 23-5-2019 12:09 PM
lg satu jenis suka dengar kata orang buat loan ASB tu. aku rasa itu pon tak perlu

tu pun meollss nyaris nak terjebak..seb bek somi meollss larang habis-habisan..tapi betul la sebenarnye sume bnde kita nak buat kne ukur baju kat badan sendiri dlu..wlaupun otai2 kapitalis dok kabor umo 25 tahun da ade 10 biji rumah tapi kne tgok background dy..maybe dy orka xpun keje tokan dadah ke haruslah duit banyak smpai beli rumah stiap bulan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.227167 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list