CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1374|Reply: 3

[Tempatan] [Fitnah paper KAFIR untuk LECEHKAN Islam] Majlis Perbandaran Segamat merekrut 32

[Copy link]
Post time 23-5-2019 08:18 PM | Show all posts |Read mode
1. Rasis yang teramat-amat
2. Tak masuk akal macam cerita 40,000 pengundi rakyat Bangladesh
3. Bukan bidang kuasa Majlis Perbandaran untuk tangkap orang ponteng puasa

MPS nafi kakitangan menyamar tukang masak
NUR ALINA HASSAN | 23 May 2019



SEGAMAT - Majlis Perbandaran Segamat (MPS) menafikan laporan dari beberapa akhbar tempatan hari ini berhubung penyamaran kakitangannya sebagai tukang masak bagi mencekup individu yang tidak berpuasa.

Yang Dipertua MPS, Mohd Masni Wakiman ketika dihubungi berkata, kenyataan beliau ketika dihubungi akhbar terbabit sebelum ini telah disalahertikan.

“Berita sedemikian tidak benar. Saya tidak keluarkan kenyataan sebegitu dan pegawai penguatkuasa MPS juga tidak ada yang melakukan perkara tersebut.

“Ia adalah di luar bidang kuasa kami untuk mencekup individu Muslim yang tidak berpuasa,” tegasnya.

Tambah beliau, pihak MPS tidak pernah melakukan operasi penyamaran untuk mengintip atau menangkap individu Islam yang tidak berpuasa dalam bulan Ramadan sebagaimana dinyatakan.

“Malah, untuk makluman tiada larangan waktu tertentu bagi peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dalam bulan Ramadan sebagaimana yang terkandung dalam syarat lesen perniagaan.

“Diharapkan ramai dapat memahami penjelasan diberikan ini bagi mengelak salah faham,” katanya.

Terdahulu, akhbar berbahasa Inggeris melaporkan seramai 32 penguatkuasa MPS berkulit gelap telah dipilih menyamar sebagai pekerja kedai makan bagi menangkap orang Islam yang makan secara terbuka di bulan puasa.

Kononnya, operasi bersama Pejabat Agama daerah itu telah menetapkan penguat kuasa yang pandai membuat roti canai, teh tarik dan mi goreng mamak untuk menyamar sebagai tukang masak dan pelayan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Puasa x puasa diorang dah besar.. sampai nak tangkap..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Petanda lepasan sjk tak reti bahasa melayu.tu yg salah faham
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 07:18 AM | Show all posts
kalau aku tangkap ja...apa kamu mau komen...di Brunei memang kena tangkap siap naik kereta jenazah lagi pg balai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.058227 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list