CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2481|Reply: 25

[Tempatan] 1.6 Juta kenderaan dijangka di Lebuh Raya Karak, LPT1. Pastikan baki kad Touch n

  [Copy link]
Post time 25-5-2019 06:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by lanesra at 25-5-2019 12:18 PM


Gambar Hiasan.

TEMERLOH - Jumlah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dijangka mencecah 1.6 juta sepanjang sembilan hari musim perayaan tahun ini.

Pengarah Eksekutif Anih Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pertambahan jumlah kenderaan itu adalah sebanyak 65 peratus iaitu bermula 1 hingga 3 Jun apabila warga kota mula pulang ke kampung halaman.

Secara purata jumlah kenderaan yang melalui KLK adalah 108,000 buah pada hari biasa dijangka meningkat kepada 179,000 buah, manakala di LPT1, 48,000 kenderaan pada hari biasa dijangka meningkat kepada 76,600 kenderaan sehari.

"Bagi menghadapi jumlah peningkatan itu, cadangan waktu perjalanan (TTA) akan dikeluarkan bagi mengurangkan kesesakan melampau pada waktu puncak selain melancarkan perjalanan pengguna lebuh raya.

"Kami juga akan memberikan diskaun tol yang akan diumumkan Menteri Kerja Raya, Baru Bian, melakukan rondaan trafik dan fasiliti, menambah 17 hingga 24 peratus kakitangan serta mendapatkan bantuan daripada pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)," katanya.

Nik Fauzi berkata demikian ketika ditemui pada program Berkongsi Barakah Ramadan iaitu edaran pek buah kurma dan juadah iftar kepada pengguna LPT1 di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh. - Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2019 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Perjalanan x sampai sejam bakal jadi berjam2
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 11:05 AM | Show all posts
semoga selamat sampai destinasi masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Harapp semua memandu dgn hati hati ye...jangan nak potong line..jgn nak guna line kecemasan,jangan buang sampah ikut tingkap....yg penting bagi signal kalo x nak kena tampo
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Jemnya sebelum sampai Tol Bentong tu aje. Bila orang Kelate dah kurang, lancar aje perjalanan kat LPT tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
mamarock replied at 25-5-2019 11:11 AM
Jemnya sebelum sampai Tol Bentong tu aje. Bila orang Kelate dah kurang, lancar aje perjalanan kat LP ...

Betul2, pas rakyat Kelantan/Ganu masuk Bentong tu, aman dah perjalanan nak balik Pahang, I wish ada alternative road to diorang ni so kita takyah guna the same route, how I wish
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kakakOmes replied at 25-5-2019 11:14 AM
Betul2, pas rakyat Kelantan/Ganu masuk Bentong tu, aman dah perjalanan nak balik Pahang, I wish ad ...

Terengganu ada yang lalu ikut jalan sana jugak ke? Setahu mama orang Kelate aje.

Orang Teranung dah ada LPT2 kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
mamarock replied at 25-5-2019 11:18 AM
Terengganu ada yang lalu ikut jalan sana jugak ke? Setahu mama orang Kelate aje.

Orang Teranun ...

Kalu g Besut lalu situ dekat, klu Kuala meme lalu LPT la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kakakOmes replied at 25-5-2019 11:22 AM
Kalu g Besut lalu situ dekat, klu Kuala meme lalu LPT la

Ooo..camtu rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 11:28 AM | Show all posts
padan muka korang mengadap
padan muka aku juga sbb tak dpt balik kg kali ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2019 12:17 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dinasihat mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi membantu mengurangkan kesesakan melampau pada waktu puncak sempena musim perayaan.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad (ANIH), Datuk Nik Fauzi Nik Hussein, berkata apabila pengguna mematuhi TTA secara tidak langsung dapat membantu mengelakkan kenderaan bertembung pada satu masa di plaza tol dekat Gombak, Bentong dan Karak sehingga menyebabkan kesesakan.

Beliau berkata, TTA penting dalam membantu menyuraikan trafik di lebuh raya disebabkan peningkatan jumlah kenderaan di lokasi tertentu secara mendadak, terutama pada musim perayaan.

“Pada 1 Jun iaitu mulai jam 6 pagi hingga 4 Jun pada jam 3 petang bagi pengguna lebuh raya yang menghala ke negeri pantai timur.

“Pada 8 dan 9 Jun, antara jam 12 tengah hari hingga 12 pagi membabitkan trafik menghala ke arah Kuala Lumpur.

“Oleh itu, saya menyeru semua pengguna yang bakal menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) supaya merujuk jadual TTA yang disediakan. Pandu berhemah dan patuhilah peraturan ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum memulakan perjalanan balik kampung, Nik Fauzi mengingatkan pengguna lebuh raya LPT supaya memastikan baki dan kad Touch n Go (TnG) dan e-Wallet Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sentiasa mencukupi.

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh ANIH untuk pelanggannya adalah komitmen syarikat bagi memastikan KLK dan LPT1 sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

Katanya, ia termasuk usaha untuk memenuhi tahap kualiti lebuh raya berdasarkan garis panduan dan piawaian yang ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg yg ada pengetahuan...ok tak dr jitra ke phg melalui thai...blh jimat masa dan jem tak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 12:47 PM | Show all posts
standard la musim raya.. hati2 semua ye.. jangan ikut laluan kecemasan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 04:23 PM | Show all posts
aku nk gerak 31/5 tghr dr KL ke KT. korg rse jln jem x? seram la ble fikir.ayyooo
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedikit aktiviti untuk hangpa tidak stress masa ngadap jem






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:27 AM | Show all posts
Dok pikirkan jem nanti skg pun dah rasa sakit2 badan dah. Bertabahlah wahai perantau semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 02:16 PM | Show all posts
kalo jem lalu jalan lama gombak...save dah RM6.00
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sanggup aku nk drive balik...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:24 PM | Show all posts
KLK dengan LPT boleh pakai e wallet TnG & RFID?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mamarock replied at 25-5-2019 11:11 AM
Jemnya sebelum sampai Tol Bentong tu aje. Bila orang Kelate dah kurang, lancar aje perjalanan kat LP ...

ye.. lepas bentong.. warga kelate maduk bentong jalan kecik tu... lpt pun lancar... hahahahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.250850 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list