PEKERJA kontraktor LPT2 yang ditahan oleh penduduk kampung. - UTUSAN ONLINE[size=0.75]26 Mei 2019 8:35 AM
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]238
KEMAMAN 26 Mei - Kejadian kecurian lembu yang didakwa berlaku di Kampung Chabang, Kerteh berhampiran susur Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) oleh sekumpulan individu hingga tular di laman Facebook sejak malam tadi hanya salah faham.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, pihaknya difahamkan kumpulan individu tersebut merupakan pekerja kontraktor LPT2 yang diarahkan oleh pengendali lebuh raya itu menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran bagi mengelak berlaku kemalangan.
“Bagaimanapun, penduduk kampung yang ternampak kejadian itu menyangka kumpulan pekerja kontraktor itu cuba mencuri haiwan ternakan mereka lalu menahan pekerja tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
KENDERAAN pekerja kontraktor LPT2 yang ditahan oleh penduduk kampung. - UTUSAN ONLINEMalam tadi, tular gambar yang memaparkan kumpulan individu yang ditahan penduduk kampung kerana didakwa mencuri lembu.
Menurut Mohd. Said, sehingga kini pihaknya belum menerima apa-apa laporan berkaitan kes tersebut. - UTUSAN ONLINE