CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5065|Reply: 62

[Jenayah] Kanak-kanak 2 tahun maut didera. Bapa tiri dan ibu kandung direman seminggu, pos

  [Copy link]
Post time 26-5-2019 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lanesra at 27-5-2019 07:12 PM

YAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa tirinya di Batu 19 3/4 Jalan Yan, Guar Chempedak, di sini, semalam.

Mangsa, Muhammad Aqil Hairi Mohd Azrul maut selepas mengalami kecederaan dalaman dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata dalam kejadian jam 7.30 petang itu, mangsa tidak sedarkan diri di rumahnya sebelum dibawa ke hospital oleh bapa tirinya berusia 28 tahun.

“Sebaik tiba di hospital, doktor memaklumkan kanak-kanak terbabit sudah meninggal dunia.

“Berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa didapati maut akibat kecederaan pada bahagian badan kerana objek tumpul,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahnaz berkata, berdasarkan maklumat doktor kecederaan yang dialami kanak-kanak itu kerana perbuatan yang disengajakan.

Katanya, mangsa juga berkemungkinan dicubit, ditumbuk pada bahagian perut dan belakang badan berdasarkan kesan lebam pada badan.

“Selain itu, kesan kecederaan abdomen dalaman seperti koyakan hati, pendarahan pada organ mesenteri, kesan lebam pada usus dan pendarahan pada organ pankreas juga kelihatan.

“Kesemua kecederaan dalaman adalah kecederaan baru dan tidak sampai beberapa jam sebelum si mati meninggal dunia.

“Kecederaan yang dialami si mati tidak kosisten dengan faktor jatuh dari tempat tinggi dan ianya lebih dengan dipukul oleh objek tumpul di bahagian abdomen,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu bapa tiri mangsa ditahan bagi membantu siasatan.

“Selain itu, ibu kandung mangsa berusia 22 tahun yang juga peniaga ikan turut ditahan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2019 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ummah2 yang share pray for felessstiniyyah di fb?.dp bendera felestiniyaah??
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 08:19 PM | Show all posts
penagih dadah juga ke ibu dan bapa tirinya.

sanggup tu..budak kecik xmampu nk lawan pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xreti bela anak atau xde kesabaran, bg la kat org nak nak adopt
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 08:22 PM | Show all posts
semoga diberi hukuman sewajarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 08:34 PM | Show all posts
pattern biasa kan? bapa tiri. spesis perempuan asal berlaki. mak yang jenis tak pentingkan anak. mohon maknya diangkut sekali ya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2019 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu .. sebaknye budak 2 tahun tahu ape?? ckp pon lom pndai lg.. sayunye ank
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
LG kes mak bodo.. utamakan jantan Dr anak sndiri.. otak letak kt kemaluan

Baru 2thn kot budak tu.. msti pakai prmpes lg.. x Tau nak maki apa sbb binatamg pon elok lg kelaku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2019 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai...adik
Nasib kau mati cepat
Kalauntak..siksa kau di dunia ni
Mak kau pung buat tak tau..
Tapi.sure bapak tiri dia pukul kaw kaw ni
Sebab doc cakap semua kecederaan baru..
Apalah salah adik tu sampai begitu kau buay
Polis tolong jentikkan telur dia.sampai.pecah...
Biar mandul tak berzuriat
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah.  Nk sbaya ank kcik aku je. Bdk bsar tu tgh comel kot. Cakap apa buat apa smua comel. Apa yg dia mrh sgt smpai pkl bdk tu. Moga mak bapak dia kna bambu dlm lokap dn msuk pnjara nnti
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur dua tahun dah dapat paktiri
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 26-5-2019 09:33 PM
Alahai...adik
Nasib kau mati cepat
Kalauntak..siksa kau di dunia ni

Amiiinnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh terlalu kerap sampai org dah tak heran dengar berita camni. Sighh....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapela smpai hati buat mcm tu dekat budak kecikkk..xpahamnye lahai..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 01:46 AM | Show all posts
Allah sayang ko dik..yg skrg ni kat dunia tgg lah
hukuman bapa tiri yg hansuang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 10:51 AM | Show all posts
kesiannya lahai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 11:05 AM | Show all posts
Syurgalah tempat mu wahai anak...
Bulan puasa pun tak dapat menahan sabar...tak puasa ke apa sipendera masa mendera...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:35 AM | Show all posts
ni jenis bapak tiri yg takde hati perut samseng panas baran semua ada la ni sampai  sanggup pukul budak umo 2 tahun...
Syurga untukmu wahai anak
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:36 AM | Show all posts
asalkan berlaki yah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:46 AM | Show all posts
betull asalkan berlaki...kalo tkde laki kang org kampung mengumpat...pemikiran villagers sgt..

kesian anak yg kecik lg tu..semoga tenang di sana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.073736 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list