View: 5952|Reply: 23
|
Bil Elektrik Melambung, TNB Careline Dibalun Pelanggan Yang Berang!
[Copy link]
|
|
Kredit foto: Facebook TNB Careline
Laman Facebook TNB Careline dihujani kecaman netizen yang juga pelanggan syarikat utiliti elektrik nasional itu kerana berang apabila bil elektrik terkini mereka naik mendadak berbanding bulan-bulan sebelumnya.
Sebagai contoh, seorang pelanggan domestik yang kebiasaannya dikenakan caj kira-kira RM800 sebulan tiba-tiba mendapati bil terkininya mencatat jumlah melebihi RM2,600.
Pada mulanya, TNB Careline menyatakan kenaikan bil itu berlaku kerana bacaan meter penggunaan elektrik yang direkodkan adalah melebihi 30 hari dan caj dikira secara prorata.
Contoh pengiraan caj mengikut kaedah prorata. Kredit foto: Facebook TNB Careline
Namun, sebahagian besar netizen tidak berpuas hati dengan penjelasan itu kerana pada pandangan mereka, tempoh bil yang melebihi 30 hari adalah disebabkan oleh kelewatan membaca meter oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sebahagian daripada mereka turut menyalahkan meter pintar yang baru dipasang oleh TNB sebagai punca bil elektrik melambung tinggi.
Kredit foto: Facebook
Caj penggunaan elektrik yang terkini naik mendadak. Kredit foto: Facebook
TNB menyatakan bacaan meter pintar adalah tepat. Kredit foto: Facebook TNB Careline
Sebagai jalan penyelesaian, TNB Careline mengumumkan pihaknya akan mengadakan program Hari Bersama Pelanggan di TNB Banda Kaba, Melaka pada 28 Mei hingga 31 Mei ini, mulai jam 8 pagi hingga 4 petang.
Menurut TNB Careline, pada program itu aduan berkaitan meter pintar akan disiasat berdasarkan corak penggunaan selama enam bulan dan sekiranya terdapat lebihan bacaan jangka, TNB akan mengkreditkan caj berkenaan ke dalam akaun pengguna.
Difahamkan, sebahagian besar aduan dikemukakan oleh pelanggan-pelanggan TNB di Melaka di mana negeri tersebut merupakan antara perintis dalam penggunaan meter pintar.
Memetik laporan The Star Online, TNB menyatakan, bacaan meter pintar adalah tepat dan bacaan yang rendah sebelum ini adalah kerana meter yang lama telah diusik.
Kredit foto: Facebook
Sempena hari baik dan bulan baik ini, diharap TNB dapat menyelesaikan masalah caj penggunaan elektrik yang naik mendadak dengan berkesan dan memuaskan hati pelanggan. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
smart meter yang tak berapa nak bijak.. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang lalu. nak kumpul kredit utk naik pangkat |
|
|
|
|
|
|
|
ok lah tu...nak bagi bonus 4 bulan kat staff |
|
|
|
|
|
|
|
ada comment kat fb tu, dia kata dia duduk rumah dengan kucing2 je.
yg on 24/7 only peti ais.
peti ais pon plg kecik katanya.
tp bill cecah seratus tak silap aku.
tak masuk akal betul.
anyway, nanti semua rumah wajib tukar smart meter ni ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
kociriemann replied at 27-5-2019 10:45 AM
ok lah tu...nak bagi bonus 4 bulan kat staff
Betul, perks and benefits glc memang masyukkkk |
|
|
|
|
|
|
|
aku pn kena jgk ni
selalu bil 70-80 je. latest bil, 150.
2 kali ganda naik. boleh perasan dlm bil tu, tempoh bacaan dlm 35 hari.
lebih 30 hari, sebab tu ramai orang marah. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-5-2019 11:36 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Elok komplen kat tnb. Kalau tak jalan jugak, pegi suruhanjaya tenaga
paanz: aku pn kena jgk niselalu bil 70-80 je. latest bil, 150.2 kali ganda naik. boleh perasan dlm bil tu, tempoh bacaan dlm 35 hari.lebih 30 hari, sebab tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg lepas tukar meter baru bil melambung, tapi tnb buat dek je, nak suruh org merusuh baru nak bertindak ke ape nih |
|
|
|
|
|
|
|
ini bukan pasal smart meter melaka saja... berlaku di negeri lain juga dia manipulasi bacaan meter |
|
|
|
|
|
|
|
aku duduk sorg
aircond x dak, tv x dak, coway cuckoo x dak, internet line x dak
cuma peti ais jah 24 jam
siaang keja, malam setakat on laptop 2 3 jam
dulu bil paling tinggi rm25
skang dah cecah rm60
kepelikan sungguh
dah la aku ni bukan jenis complain
hadap jah kena tipu |
|
|
|
|
|
|
|
teka teki- di manakah smart nya smart meter tnb? |
|
|
|
|
|
|
|
potpetpotpet replied at 27-5-2019 11:08 AM
ada comment kat fb tu, dia kata dia duduk rumah dengan kucing2 je.
yg on 24/7 only peti ais.
peti ...
Kat melaka umah parent aku kena warning kalau xtukar smart meter nnt kena potong letrik. Ayah aku p bising kt tnb sebabnya bila 3x kontraktor dtg umah tgk umah parent aku pakai 3phase, drg ckp kena kontraktor len yg dtg .. Drg xleh buat. So ayah aku yg nk umo 70tahun tu ckp la korg yg xtuka apesal nak stop letrik umah doa plk . Salah korang la anta kontraktor salah.
Lepas tukar, bil umah parent aku xlari jauh la.. Mcm turun skikittt je.hihi |
|
|
|
|
|
|
|
aku hari tu baru buat rumah baru. dah siap cantik cat ape suma, tnb mcm lahanat pegi conteng tiang rumah aku nak letak no tiang depa. mcm bangang je
tp isu bil letrik ni, bln sblm ni aku ade kt rumah
tp bil aku bln ni pulak sama mcm bil sblm tu
pdhal aku bln ni seminggu gak aku outstation takde kt rumah |
|
|
|
|
|
|
|
bil electric rumah aku bulan ni tiba2 jadi rm3.85 je..lepas remark pada bil, takleh baca meter sebab terhalang..kejadahnya terhalang depan rumah bukan ada lori pun..rumah kampung je..rasanya bil bulan depan confirm melambung tahap setan sbb dah kira pro rata.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang aku perasan lepas kerajaan pH memerintah aka Malaysia baru..bill letrik aku Naik rm 20 walapun penggunaan nyer sama sahaja..hanat nyer pakatan hancing |
|
|
|
|
|
|
|
gapiah replied at 27-5-2019 01:12 PM
teka teki- di manakah smart nya smart meter tnb?
Tang menipunya lah |
|
|
|
|
|
|
|
pakatan harapan menipu babi sial |
|
|
|
|
|
|
| |
|