View: 4637|Reply: 28
|
[Dunia]
Penemuan Ikan Dayung (Oarfish) petanda Jepun bakal dilanda gempa dan tsunami?
[Copy link]
|
|
MEDIA pada Sabtu melaporkan gegaran gempa berkekuatan 5.0 pada skala Richter di ibu kota Tokyo.
Gempa itu merupakan antara siri gegaran yang kerap berlaku di pulau matahari terbit itu. Dilaporkan Jepun dilanda sekitar 1,500 gegaran akibat gempa dalam setahun.
Kejadian gempa bukanlah sesuatu yang pelik kerana negara itu terletak berhampiran Lingkaran Api Pasifik di mana pergerakan plat tektonik dasar laut akan menyebabkan gegaran dan ada kalanya ombak atau lebih dikenali sebagai tsunami.
Dunia pastinya tidak lupa bencana dahsyat pada tahun 2011 di mana Jepun dilanda tsunami besar susulan gempa yang memusnahkan harta benda serta hampir menyebabkan malapetaka nuklear.
Namun tahukah anda, ahli sains pernah meramalkan bencana lebih dahsyat bakal melanda negara matahari terbit itu dalam tempoh terdekat.
Gempa bumi besar berskala 8.8 atau lebih dijangka melanda timur Hokkaido yang akan mengakibatkan kemusnahan teruk mengatasi kejadian gempa bumi dan tsunami pada 2011.
Menurut pakar penyelidik Masanobu Shishikura dari Institut Teknologi Maklumat dan Teknologi Industri Teras, beliau mendapati wilayah timur Hokkaido mempunyai ciri menyerupai bencana dahsyat lapan tahun lalu di wilayah Tohoku.
Sebelum ini, pada Disember 2017, Penyelidik Gempa Bumi di Jepun mendapati kejadian sama berlaku di Kuril Trench dan menjangka gempa bumi bakal melanda kawasan itu dalam tempoh terdekat.
Mujurlah jangkaan mereka meleset.
Namun penemuan dua ekor ikan dayung (oarfish) sepanjang empat meter di perairan Tomoya Bay menimbulkan kerisauan penduduk dan para penyelidik.
Menurut kepercayaan masyarakat Jepun, ikan yang dikenali sebagai ryugu no tsuka (penyampai daripada dewa laut) itu merupakan petanda kejadian buruk bakal berlaku.
Masyarakat di sana percaya apabila ikan itu timbul di permukaan laut, ini bermakna bencana alam semakin hampir terjadi.
Menurut penjaga akuarium Uozu, Kazusa Saiba berkata walaupun tidak ada bukti saintifik yang mengatakan kemunculan ikan dayung berkait dengan kejadian gempa bumi, namun dia tidak menolak kemungkinan itu berlaku.
Ikan dayung sangat jarang dijumpai di permukaan laut kerana ia hanya hidup pada kedalaman 200 hingga 1,000 meter.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga negara Jepun berada dalam keadaan yang selamat yach |
|
|
|
|
|
|
|
hopefully my maria ojawah baik2 ajah yah |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 my sora aoi baik2 aja.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu ikan laut dalam kan?
semoga selamat smua nya |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga xde yg buruk berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
rasa amazed bila hidupan kita boleh tgk sendiri hidupan laut dalam sebab dorang yg munculkan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Barang yang dah longgar eloklah dilupakan |
|
|
|
|
|
|
|
make sense... sbb ade sbb naik ke permukaan tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dengan negara jepun....Tapi mengenangkan kezaliman tentera jepun dulu..aduhai. Tapi xpelah..jepun skrg bukan mcm dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab itu jangan makan ikan, jangan bunuh ikan, ikan tak pernah naik darat kacau manusia, |
|
|
|
|
|
|
|
hoped my dear erika kirihara & ameri ichinose
also in gud2 condition
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau yg naik beribu2 ekor blh consider lagi....nih 2 ekor ja....hurmmmmm, nih musti kes ikan tersesat naik ke permukaan ja.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenape aku terbaca IKAN DUYUNG |
|
|
|
|
|
|
| |
|