CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8186|Reply: 38

Azira De Fam sasarkan kahwin selepas umur 30

[Copy link]
Post time 27-5-2019 01:58 PM | Show all posts |Read mode



KEMBALI menghiasi drama bersiri berjudul Pia terbitan JS Pictures, si jelita yang dikenali sebagai Azira Shafinaz itu mampu menarik nafas lega atas penerimaan industri terhadap bakat lakonannya.

Semakin meriah dengan tawaran berlakon, kepercayaan itu tidak sama sekali memadamkan api semangatnya dalam bidang nyanyian bersama grup vokal berkumpulan wanita, De Fam.

Kata pemilik nama sebenar Azira Shafinaz Ramlan itu, dia bersama dua anggota De Fam lain iaitu Sophia Liana dan Cik Manggis bakal muncul dengan single terbaharu sekitar Ogos nanti.

“Insya-Allah, selepas raya nanti, De Fam bakal muncul dengan single terbaharu berbahasa Melayu penuh. Kalau tiada aral melintang, mungkin pada bulan Ogos.


“Lagu sudah siap, cuma ada beberapa aspek yang ingin diperbetulkan. Ini kerjasama pertama bersama penerbit itu. Judulnya masih rahsia, namun apa yang saya boleh janjikan kali ini akan menonjolkan sisi matang De Fam,” kata Azira, 28, ketika ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran program raya Astro di ibu negara baru-baru ini.

Disuakan persoalan tentang hubungan cinta, Azira mendedahkan kembali bertaut kasih dengan bekas kekasih yang juga ahli perniagaan bernama Yasser Khan.


Enam bulan memilih jalan untuk merehatkan hubungan, Azira yang dikenali menerusi watak Qis dalam drama Pia berkata, sepanjang tempoh tersebut, mereka saling bermuhasabah hingga sepakat menyambung semula perhubungan.

“Perpisahan ini sebenarnya menguatkan lagi cinta kami, apatah lagi masing-masing semakin matang dalam menangani segala kemelut.

“Sepanjang tempoh perpisahan itu juga saya boleh nampak kesungguhannya untuk memulihkan keadaan dan memenangi hati saya semula.

“Tempoh enam tahun berkawan hingga mengenali hati budi membuatkan saya percaya terhadap kesungguhannya,” kata Azira.

Ditanya mengenai perancangan ke arah perkahwinan, menurut Azira, mereka pernah membincangkan perkara berkenaan, namun perkahwinan bukan dalam masa terdekat.

“Saya pernah menyasarkan ingin mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun, tetapi kerjaya seni saya sekarang sedang berkembang.

“Kesibukan dengan pelbagai projek membuatkan saya perlu memikirkan semula rancangan berkenaan. Mungkin selepas usia 30 tahun mungkin baru saya akan bergelar isteri,” tambahnya.

Ujar Azira, ‘tempoh bertenang’ tersebut semakin menguatkan firasat dirinya bahawa Yasser adalah lelaki paling tepat buat dirinya untuk dijadikan suami.

“Saya sedar dia (Yasser) adalah orang yang tepat untuk membimbing saya ke jalan yang benar. Dia tidak pernah menghakimi saya hanya secara luaran.

“Seperkara lagi, dia yang selalu mengingatkan saya tentang hal-hal agama. Saya selalu cakap kepada ibu bapa bahawa saya tidak pernah kenal mana-mana lelaki sebagaimana Yasser yang ikhlas menyayangi saya,” tutur Azira.

Raya di bandar

Berkongsi sedikit tentang persiapan Aidilfitri, Azira mendedahkan, dia tidak pernah merasai nikmat beraya di kampung seperti kebanyakan orang.

“Setiap tahun, saya dan keluarga hanya akan beraya di Kuala Lumpur. Saya memang tiada kampung.

“Ada saudara-mara di Ipoh, Perak dan Johor, namun saban tahun, mereka sudah pindah ke Kuala Lumpur. Jadi, memang di sini sahaja raya saya tahun ini.

“Sejujurnya, saya memang tidak pernah rasa suasana beraya di kampung,” katanya.

Diusik pertanyaan, mengapa tidak dia pulang ke kampung halaman teman lelakinya, jawab Azira: “Dia orang Sarawak, namun sudah pindah dan bekerja di Kuala Lumpur.

“Lagi pun, saya masih belum bersuami. Jadi, saya ikut sahaja ke mana keluarga saya setakat ini iaitu di Kuala Lumpur.

“Mahu macam mana lagi. Raya di Kuala Lumpur memang begini. Pergi Pavilion dan tenung menara KLCC yang lengang dengan manusia (ketawa).”

Bercakap tentang projek raya, Azira menambah bahawa akan ada sambungan khas bersempena Aidilfitri untuk drama Pia. Dia akan muncul menerusi sebuah drama mini bertajuk Serikan Hatimu untuk tayangan TV3 dan beberapa tugasan pengacaraan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 02:17 PM | Show all posts
ku ingatkan ray dj era tadi si azira pegang..huhuu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:26 PM | Show all posts
chicozinn replied at 27-5-2019 02:17 PM
ku ingatkan ray dj era tadi si azira pegang..huhuu..

macam ray . betul betul
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:30 PM | Show all posts

tau xpe..mebi si azira ske jnis bam2 kot..xpe la sedap dipeluk lengan kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck la ye
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:41 PM | Show all posts



leluhur afganistan tu sis





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2019 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgk Azira...cantik dan sweet....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:44 PM | Show all posts
ikot la nk kawen umur berapa.


all the best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 02:47 PM | Show all posts
chicozinn replied at 27-5-2019 02:17 PM
ku ingatkan ray dj era tadi si azira pegang..huhuu..

btul btul..mcm sama
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa majoriti lelaki melayu bujang yang kaya muka macam gorila?...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:57 PM | Show all posts
anak orka ka bf nya
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
groundfloor replied at 27-5-2019 02:41 PM
Suka tgk Azira...cantik dan sweet....

Ha ah stuju. Sweet muka dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Azira ni cantik. Secekak je pinggang sheols
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
"dia yang selalu mengingatkan saya tentang hal-hal agama"
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka azira ni biasa je tapi manis..suka tengok
Belakon pun best
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
pavlovachoc replied at 27-5-2019 02:57 PM
anak orka ka bf nya

Anak dato seri raza khan, set2 orka lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Make sure laki kau tu kaya Zira oi. Sebab rupa tiada Jgn marah, awak cute dgn lesung pipit tepi bibir. Nah munga
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Oslo replied at 27-5-2019 02:50 PM
Kenapa majoriti lelaki melayu bujang yang kaya muka macam gorila?...

Tersembur air tembikai iols
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn kau canang nk kawen sblm umor skian2..blaja la dr piz midon,pekin dgn lopa..tetiap thn chite kawen je la

tu pn naseb si piz dh bersara dr bckp hal kawen slps terkene dgn joy dan sorg slmt menikah setelah bertahun netizen tggu kemunculan acik model.kokusen iman
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:19 AM | Show all posts
chicozinn replied at 27-5-2019 02:17 PM
ku ingatkan ray dj era tadi si azira pegang..huhuu..

Hahaha.. haah sama
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 1.257747 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list