CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9940|Reply: 23

[Budaya] Bertukar juadah kian hambar

[Copy link]
Post time 28-5-2019 08:30 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : M.Jasni Majed

BERMULA dengan seorang menghantar sejenis kuih sebagai juadah berbuka puasa ke beberapa rumah, maka makin kukuhlah ikatan kejiranan di sesuatu tempat. Di kampung-kampung, budaya ini masih dapat dilihat walaupun semakin hambar.

Di kampung, oleh sebab kebanyakan jiran yang kebetulannya ada pertalian keluarga, maka bertukar-tukar juadah berbuka masih berlaku. Contohnya, A, B dan C terdiri daripada sebuah keluarga yang tinggal sebelah-menyebelah, maka boleh dikatakan setiap hari berlaku pertukaran juadah berbuka. Sejenis kuih dan lauk sahaja dibuat tetapi nanti apabila berbuka puasa, pelbagai jenis juadah ada di atas meja kerana berlaku apa yang dinamakan berbalas-balas juadah.

Sejak dahulu sampai sekarang, berbalas-balas juadah ini ada nilai seninya yang tersendiri. Anak-anak kecil yang baharu berlatih berpuasa akan seronok kerana merekalah yang ditugaskan oleh ibu bapa menghantar juadah ke rumah jiran atau saudara-mara.

Selepas juadah dihulurkan, lambat mereka hendak balik kerana mereka menunggu balasan daripada tuan rumah yang dihantar tadi. Jika tidak ada balasan, maka kecewalah si anak ini. Malah, jika ibu bapa tidak menyediakan juadah yang hendak diberikan, maka tarik muka masamlah juga si anak-anak kerana terpaksa bercuti menghantar juadah ke rumah orang.

Suatu masa dahulu, di kampung-kampung yang kukuh kejiranannya, pada bulan-bulan puasa seperti ini, orang sudah tahu siapa pakar buat onde-onde, siapa pakar buat tepung talam. Contohnya, A pandai buat onde-onde, B tepung talam, C buat kuih lapis, D buat pulut panggang manakala E pakar tepung bungkus. Itu belum lagi dicampur lauk-pauk yang turut dijadikan hantaran ke rumah jiran-jiran dan sanak-saudara untuk berbuka.

Kelima-kelima rumah ini boleh dikatakan selalu bertukar-tukar juadah kerana kebetulan tinggal berhampiran. Tidak mustahil F yang berjiran dengan E, D dan C tetapi agak jauh dengan A dan B akan menghantar kepada A dan B untuk melebarkan kejiranan. Andaikan F dapat banyak juadah hingga rasanya tidak habis dimakan, mungkin sedikit daripadanya dihantar kepada A, yang mungkin juadah itu dihantar oleh A kepada E dan E menghantarnya kepada F. Jadi A dapat balik juadahnya yang sudah tentunya menjentik sedikit kelucuan sebelum berbuka.

Uniknya bertukar-tukar juadah kerana juadah sudah tentunya disediakan sendiri. Juadah mesti dibuat berlebihan kerana ada niat hendak memberi kepada jiran walaupun bukannya hendakkan balasan. Yang hendakkan balasan ialah budak-budak.

Pada bulan puasa, di sesetengah kampung yang padat penduduk, sebelum berbuka puasa macam pesta mini jadinya. Budak-budak akan dikenali oleh setiap keluarga kerana selalu menghantar juadah. Tuan rumah bertanya anak siapa engkau ni? Dan oleh sebab itu, kalau jadi apa-apa insiden pun kepada budak-budak kampung, orang cepat kenal kerana ikatannya kukuh, tidak bersifat menyendiri tetapi berusaha menonjolkan diri untuk melengkapkan hubungan baik sesama mereka.

Oleh sebab zaman sudah berubah, budaya bertukar-tukar juadah ini sudah pastinya akan terkubur begitu sahaja. Di kawasan-kawasan pinggir bandar dan bandar, bertukar-tukar juadah masih juga berlaku walaupun tidak sehebat apa yang berlaku di kampung.

Di kampung pun budaya ini semakin hambar. Ramai percaya, lama-kelamaan budaya ini akan ditelan zaman juga. Ia berpunca daripada kesibukan tugas masing-masing dan juadahnya pula bukan dibuat sendiri tetapi dibeli.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 09:35 AM | Show all posts
@kuihbakar @MeganK @aleX_S @hibermation
@fixit @AlterEgo @NamaKuMawar @idakamaruddin
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 09:44 AM | Show all posts
yelar zaman skang xda dah nak tukar2 juadah.

zaman skang tukar juadah melalui socmed ja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:04 AM | Show all posts
Kalau kat kampong Seri...tukar kuih takde pulak buat tapi minggu lepas adalah mak Seri masak lauk pauk bnyak2 ..pastu pack dlm plastic container tu pastu sruh adik2 gi ngantor kat jiran tetangga sebelum berbuka...boleh laa dlm 40 buah rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:12 AM | Show all posts
zaman la ni..dok tmn
semua upload pic menu..pastu jual sebekas rm5..pastu berebut order..
takde lg menu free dr jiran2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni i duduk kat apartment. Jiran sebelah dan atas memang rajin memasak. Jiran sebelah i punya masakan western, memang i bagi 5 bintang. Sedap yang amat. Jiran atas i punya karamel puding boleh lompat bintang. Heaven makan sejuk2. Kami rajin juga bertukar3 juadah



Setakat ni kalau i masak, i memang bagi kat jiran2. I boleh dikatakan setiap hari buat popia. Popia sayur lah, carbonara lah, inti segala malam sosej.... So kalau masak memang banyak boleh bagi kat jiran2.


Plus bulan tak puasa, weols selalu buat potluck. Sambutan birthday jiran2 pun weols celebrate sekali.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2019 11:23 AM | Show all posts
jiran tetangga pun tak kenal mcm mana nk bertukar juadah

tu yg dh mati kering baru perasan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:44 PM | Show all posts
kalau kat kg rasanya msh lg kot berbalas2 juadah ni..
kat bandar kebanyakan org bekerja pl tu.kesempatan
nak bertegur sapa dgn jiran pun kurang sbb faktor masa
semua sibuk berkejar nak blk nak amik anak lg.jumpa senyum gitu
jer kot pastu ttp pintu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 02:07 PM | Show all posts
kawasan aku mostly chinese.
rumah aku, kiri and kanan je melayu kat lorong rumah tu.
kiri aku, selalu juga bertukar kuih.
kanan aku, hmmmmm dari dia baru pindah, nampak kereta kita terus dia masuk rumah.
apalah dosakuuuu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 04:19 PM | Show all posts
life semakin kompleks

masing2 sibuk

stress dgn permasalahan kehidupan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 04:33 PM | Show all posts
hambar teramat, tapi syukur masih merasa (bukan sekadar menjamu mata di socmed ) sebab kawasan berdekatan ni rumah saudara..merasa jugak lah gulai ke, cekodok ke.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 04:33 PM | Show all posts
dan "pantang" nenek moyang, pulangkan bekas kosong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat kampung ni, masih lagi bertukar juadah. Ikut turn dekat wassap group kampung Kadang2, jiran bagi bahan2 nak buat kuih macam kelapa muda parut, kita pun buat kuih onde2, puteri mandi, ketayap dan bagi jiran2. Pantang nenek moyang pulangkan bekas kosong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 12:25 PM | Show all posts
Teringat arwah mak

Mungkin boleh lebihkan membeli juadah, ekstra bungkus dan edar jiran-jiran, kuih 2 ringgit pun cukup, kalau jiran buat sama...meriah meja berbuka
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada jer tukar2 juadah ni...kita mulakan dulu klu xde yg start..mula dgn jiran sebelah menyebelah..dan x payah tunggu puasa, biasakan memberi..buah tangan ke apa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 08:23 AM | Show all posts
sempat merasa sesi tukar juadah ni masa sekolah rendah ja..mksudnya lama dah  tak amal budaya nih...kalau ada pun tak serancak dulu...skrang ni sebab banyak bazar ramdhan, rmai membeli dari memasak...kalau masak pun nasik n lauk..kueh tetap akan beli...agknya sebab tu la dh mcam nak pupus budaya ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2019 03:11 AM | Show all posts
Bertukar juadah Raya ada ni dibuat
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa dulu mak duk umah mengasuh anak jiran mmg selalu la tukar2 juadah ni..sudahnya da jadi macam2 juadah Ada untuk berbuka..bila pindah n mak keja kilang da jarang buat..kalau jiran bagi pun, kitorg pukang bekas makanan tu dgn makanan dibeli kt Bazar ramadhan aje..
Skrg budaya tukar juadah atau dipanggil ngunjung ni on semula sejak2 ayah da pencen n parents da pindah duduk kampung..
Kt rumah sendiri mmg xde buat la sbb kebanyakan jiran bukan Muslim..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun tak pandai masak, I selalu teringin nak buat open house jamu jiran2, kawan2, skandal2..

Tapi housemate tak suka orang datang umah sebab bahaya dua2 bujang.

So solutionnya kami masak lebih & hantar je kat jiran2 dan guard. Pack siap2 dalam bekas pakai buang, dan memang tak expect diorang balas balik ke apa.

Selalunya bila terjumpa kat luar, nanti diorang akan cam dan ber hai hai bye bye..

Gitu lah kehidupan I kat KL yg sangat bosan ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh asalnya awkward jugak sebab tak kenal sesapa kat area perumahan ni, majoriti dah berkeluarga dan mengamalkan dasar pintu tertutup.

Kitorang beranikan diri ja tingtong loceng dan explain ada masak lauk lebih.. Tu ja, takda sesi ramah tamah pun.

Bila tengah serabut banyak masalah, jiwa kacau, etc... Tu the best time untuk masak banyak & ronda setaman jamu makan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.078946 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list