CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10079|Reply: 60

Adakah Anda Bersedia Daripada Segi Kewangan Untuk Membeli Rumah?

[Copy link]
Post time 30-5-2019 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Salam.

Teringin dah bukak thread pasal ini dah lama.
Cuma takde kesempatan.

Memiliki rumah memang impian semua orang.
Dan memiliki rumah biarlah selayaknya dengan kemampuan kita.

So, kalau ada sesapa nak kongsi pasal perihal pengalaman beli rumah, kesusahan sewaktu proses mula-mula nak beli rumah,
isu yang dihadapi dengan developer ke, SPA / loan solicitor ke, end-financier ker, boleh lah kami juga belajar dari itu semua.

nanti kita boleh belajar jugak term-term yang diguna dalam urusan beli rumah.

mungkin jugak ada yang hadapi masalah, then kita bagi idea macam mana nak bantu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2019 05:43 PM | Show all posts
Adakah Anda Bersedia Daripada Segi Kewangan Untuk Membeli Rumah?
March 27, 2013


Written by iMoney Editorial


Kebanyakan pakar kewangan menyarankan anda supaya memperuntukkan tidak lebih daripada satu pertiga daripada jumlah pendapatan anda untuk membayar pinjaman rumah.
Kebanyakan pakar kewangan menyarankan anda supaya memperuntukkan tidak lebih daripada satu pertiga daripada jumlah pendapatan anda untuk membayar pinjaman rumah.

*Artikel ini juga terdapat di www.starproperty.my.

Memiliki rumah anda sendiri adalah impian utama untuk sesiapa sahaja. Tetapi dengan nilai-nilai kediaman yang meningkat dan beban tempoh pembayaran balik pinjaman yang boleh berpanjangan hingga 30 tahun atau lebih, membeli dan membiayai rumah bukan hanya setakat berkata “Saya sukakannya” dan menurunkan tandatangan. Ia adalah sesuatu yang patut dilakukan dengan penuh teliti dan berhati-hati.

Kepada semua warga Malaysia yang bercita-cita tinggi dan giat mempertimbangkan pembelian rumah dengan mengambil pinjaman, berikut adalah tiga perkara untuk menentukan sama ada anda bersedia daripada segi kewangan untuk melakukan usaha yang boleh mengubah hidup ini.

1) Adakah Anda Mempunyai Wang Yang Cukup Untuk Kos-Kos Pendahuluan?
Di Malaysia, kebanyakan bank menawarkan 90% daripada harga rumah (margin pembiayaan) untuk dua milik kediaman pertama anda. Jika anda menerima 90% tersebut, anda perlu 10% wang untuk membayar  baki harga kediaman berkenaan.

Katakanlah anda mensasarkan untuk membeli kondo di Cheras beranggaran RM400,000, anda mesti mempunyai minimum RM40,000 untuk membayar pendahuluan, sama ada daripada simpanan anda atau wang daripada ibu bapa anda atau adik-beradik.

2) Adakah Anda Mempunyai Wang Yang Lebih Untuk Pelbagai Yuran Dan Caj?
Pembeli-pembeli rumah yang masih baru mungkin tidak tahu; tapi membeli dan membiayai rumah memerlukan lebih daripada deposit dan pinjaman, ia juga melibatkan pelbagai yuran dan caj termasuk:

1. Duti setem pemindahan hak milik (juga dikenali sebagai memorandum tukar hak milik atau MOT) = 1% bagi RM100,000 pertama; 2% bagi RM400,000 seterusnya, dan 3% pada jumlah berikutnya.
2. Perjanjian Jual & Beli (“SPA”) yuran guaman = 1% bagi RM150,000 pertama dan 0.7% bagi nilai baki rumah dalam lingkungan RM1 juta
3. Setem untuk SPA = Kurang daripada seratus Ringgit
4. Yuran Pembayaran Guaman SPA = Beberapa ratus Ringgit
5. Yuran Guaman Perjanjian Kemudahan Pinjaman = 1% bagi RM150,000 pertama dan 0.7% bagi nilai baki pinjaman dalam lingkungan RM1 juta
6. Setem duti untuk pinjaman = 0.5% daripada jumlah pinjaman
7.Yuran pembayaran guaman Perjanjian Kemudahan Pinjaman = Beberapa ratus Ringgit
8. Yuran pemindahan hak milik = Beberapa ratus Ringgit
9. Insurans Pengurangan Tempoh Gadaian (cth anggap ia sebagai insurans nyawa untuk pinjaman rumah anda) = RM1,000 atau lebih (sesetengah bank mengecualikan jumlah ini)
10. Cukai Kerajaan atas Perjanjian = 6% daripada jumlah keseluruhan yuran peguam
11. Yuran pemprosesan bank untuk pinjaman = RM200

*Nota: Peratusan adalah berdasarkan angka dan purata industri yang disarankan. Angka sebenar mungkin berbeza.

Dalam perspektif, sebuah rumah bernilai RM400,000 dengan 90% margin pembiayaan adalah hampir RM20,000 dalam yuran dan caj – yang perlu ditanggung oleh anda, si pembeli. Sekarang pertimbangkan ini: adakah anda mempunyai wang untuk menjayakannya?

3) Adakah Anda Mampu Membayar Ansuran Bulanan?
Kecuali anda mempunyai kewangan yang kukuh untuk membeli rumah dengan wang pendahuluan (yang mana artikel ini mungkin bukan untuk anda), anda perlu mendapatkan pinjaman dari bank atau institusi kewangan untuk membantu membayar rumah anda.

Berdasarkan kadar pasaran semasa 4.2% ke 4.4% p.a. faedah untuk pinjaman rumah piawaian, anda perlu membayar minimum RM1,760 setiap bulan selama tempoh 30 tahun untuk 90% pinjaman bagi membiayai rumah bernilai RM400,000. Untuk mengira dengan cepat ansuran bulanan yang dicaj oleh bank-bank Malaysia untuk pinjaman rumah bagi sebarang nilai, anda boleh menggunakan kalkulator dalam talian.

Kebanyakan pakar kewangan menyarankan supaya anda memperuntukkan tidak lebih daripada satu pertiga daripada jumlah pendapatan anda untuk membayar pinjaman rumah, dan ini bermakna anda atau seisi rumah patut mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM5,280 setiap bulan untuk mampu memiliki rumah bernilai RM400,000.

Ingat yang bank-bank Malaysia biasanya membenarkan anda untuk memegang pinjaman (termasuk komitmen untuk pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan sebagainya) sehingga 80% daripada pendapatan anda jika anda mempunyai kredit skor yang agak baik, jadi anda sentiasa boleh memilih untuk menaikkan ansuran bulanan anda dan memendekkan tempoh pinjaman. Tetapi pastikan anda telah membuat pengiraan dan memahami implikasi-implikasi kewangan sebelum melakukannya!

Bagaimana Jika Saya Tidak Layak?
Kepada anda yang boleh menanggung ansuran bulanan tetapi tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk bayaran pendahuluan dan yuran guaman serta caj, harapan masih ada.

Sebagai permulaan, anda mungkin ingin mempertimbangkan kediaman dengan SPA dan perjanjian kemudahan pinjaman percuma untuk menjimatkan ribuan ringgit dalam yuran guaman. Ini sepatutnya mudah kerana kebanyakan projek perumahan baru menanggung kos-kos perjanjian guaman untuk pembeli-pembeli rumah.

Untuk mengurangkan bayaran permulaan yang diperlukan untuk membeli sebuah rumah, cari secara aktif kediaman-kediaman dengan bayaran pendahuluan yang rendah. Kebanyakan pemaju-pemaju sekarang menawarkan harga kompetitif atau “easy entry” pakej-pakej penjualan termasuk rebat antara 2% hingga 10% daripada harga rumah.

Akhir sekali, membeli rumah adalah satu keputusan serius yang tidak patut diambil mudah. Walaupun memiliki rumah di kawasan mewah selalunya sesuatu yang baik, anda patut sentiasa mempertimbangkan kedudukan kewangan apabila membeli rumah, supaya anda tidak menanggung beban yang berat untuk beberapa dekad yang seterusnya. Diharap artikel ini boleh membantu sebagai panduan am untuk semua warga Malaysia yang sedang memikirkan untuk membeli rumah pada masa ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 05:24 PM | Show all posts
rumah kalau rasa dah ready beli je...

tak payah tunggu sampai kaya raya alamatnya memang takkan ada rumah la tapi kena ukur baju dibadan snediri la...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah sy masih belum terlambat utk membeli rumah diusia 40 thn?sesal krn silap percaturan dimasa lalu.sy bazir hampir 20 thn .sedihhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mizZue replied at 16-6-2019 04:19 AM
Adakah sy masih belum terlambat utk membeli rumah diusia 40 thn?sesal krn silap percaturan dimasa la ...

Rasanya belum terlambat. Kalau dah rezeki dan kemampuan hadir di usia 40. Selagi bukan pembaziran tak salah rasanya kita penuhi keinginan. In sha Allah dapat duk rumah sendiri nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 17-6-2019 07:56 PM
Rasanya belum terlambat. Kalau dah rezeki dan kemampuan hadir di usia 40. Selagi bukan pembaziran  ...

Syukran..doakan moga Allah mudahkan rezeki ..aminnn aminnn yra

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mizZue replied at 16-6-2019 04:19 AM
Adakah sy masih belum terlambat utk membeli rumah diusia 40 thn?sesal krn silap percaturan dimasa la ...

Lain org lain rezeki nya, jgn rasa bersalah terhadap diri sbb lmbt beli rumah. Smoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk you agar you dapat beli rumah idaman. Mana tau kan, rumah you beli nanti idaman sekian lama dan selesa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Violettaa replied at 18-6-2019 01:17 PM
Lain org lain rezeki nya, jgn rasa bersalah terhadap diri sbb lmbt beli rumah. Smoga sentiasa dimu ...

Syukran...doakan ya..semoga Allah memudahkan rezeki impian saya ni.Aminn aminnn yra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2019 10:42 AM | Show all posts
belum bersedia untuk tambah komitmen...nak setelkan dulu hutang ptptn n kereta.. lepas tu baru fikir pasal beli rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 10:55 AM | Show all posts
mizZue replied at 16-6-2019 04:19 AM
Adakah sy masih belum terlambat utk membeli rumah diusia 40 thn?sesal krn silap percaturan dimasa la ...

Saya juga membeli rumah pada usia 40 tahun. Beli je sebab kahwin lewat. Rumah pun dah mahal. Menyesal juga kenapa tak beli awal2 tapi kalau beli awal pun mesti nak pindah sebab nak kawasan yang besar. Alhamdulillah saya dapat suami yang rajin mengemas luar dan dalam rumah. Laki ku walaupun duit tak banyak pandai bertukang buat kabinet dapur, lantai kat luar. Tukar wallpaper, ebtulkan bumbung semua settle. Memiliki rumah sendiri adalah persepsi masyarakat dan keluarga sahaja. Kalau menyewa di kawasan suburban adalah jauh lebih murah daripada membeli rumah. Ada kawan pandai simpan duit sampai pencen menyewa sahaja. Kalau rumah bocor ke apa panggil tuan rumah. Ini benda paling menyampah sebab kalau beli rumah kena buat maintenance

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2019 01:41 PM | Show all posts
nanti boleh lah share juga pengalaman waktu beli rumah tu.

1.  tentang rumah yang nak dibeli
2.  developer
3.  solicitor
4.  legal fees
5.  SPA

etc
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 17-6-2019 07:56 PM
Rasanya belum terlambat. Kalau dah rezeki dan kemampuan hadir di usia 40. Selagi bukan pembaziran  ...

Terima kasih mod Syd bagi points
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2019 01:51 PM | Show all posts
Lengkong replied at 21-6-2019 03:17 PM
Terima kasih mod Syd bagi points

sama-sama.

nanti share la apa2 yang related.

buat manafaat kita semua.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 08:06 AM | Show all posts
Alhamdulillah.saya dpt beli rmh sewaktu saya berumur 28 tahun.sekarang saya dh 30 tahun.mula ingat nak beli rumah waktu kereta habis bayar.bila fikir2 balik nanti rumah makin mahal.sekarang pun terpaksa bayar 2300 untuk rumah,x tahu lagi 3 tahun dari sekrang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah cikguvina....kakalong dah beli rumah 10 tahun lepas tapi rural area jer so ccm x menekan sangat..skrg kakalong duk sewa sbb tmpt kerja jauh sangat dari rumah. Mmg double la kena bayar tapi memikirkan jauh nak drive tu x pe la berkorban sikit.
Pada yg da stabil Dan Ada kerja tetap tu usahalah beli rumah. Kecik x pa asalkan ada. Kalau dapat Carila rumah teres..Bab bole renovate esuk lusa bila Ada duit.
Kata orang alah membeli menang memakai...sebelum membeli usha dulu sejarah Dan latar belakang syarikat pemaju. Kalau Ada masalah elakkan berurusan dgnnya. Sbb rumah kena pakai seumur hidup. Kalau dah beli dan buat loan...sebaik2 saja sign perjanjian maka tanggung jawab peminjam la untuk melunaskan hutang. So kena hati2.
Byk kes projek rumah terbengkalai, atau rumah siap tapi retak sini-sana..pemaju lepas tangan jer sbb bank dah bayar habis. Kita peminjam yg kena tanggung ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Uols kenala rajin usha2 bank yg bagi pinjaman perumahan. Lain bank, lain % Dan faedah yang dikenakan...setakat yg kakalong tau Bank Isle paling murah setakat ni cuma agak cerewet dalam memilih pelanggan. Kelebihan bank2 konvensional ni urusan pinjaman cepat. re-loan boleh..penjualan balik pun cepat jugak.

Kalau mu kerja gomen senang sikit boleh loan gomen jer...rendah jer faedah dalam 4% kot....cuma lecehnya hukallohhh urusan gomen lamaaa namatey...pahtu bila nak jual balik sama juga..kena lagi pembeli pun loan gomen mmg bertahun lah jawabnya menunggu hasil jualan rumah. Kalu tanam pokok rambutan kawen mmg sempat berbuah. Opismate kakalong tggu lebih dua tahun nak settled pjualan rumahnya. Heols loan gomen..pembeli pun loan gomen

Dua2 pun ada pro dan kontra...fikir2 jer mana yg nak dipilih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kakalongmu at 23-7-2019 04:10 PM

Jangan lupa lantik lawyer. Selalunya pemaju dan bank akan sediakan panel lawyer untuk Kita pilih tinggal kena bayar jer.

Tapi 1 hal paling penting..belilah ikut kemampuan,bukan kemahuan. Rumah mmg salah satu bentuk simpanan yg baik. Tapi dalam bentuk asset beku... Kalau Ada masalah yg memerlukan cash segera kumpul2 la duit beli emas sbb rumah bukanlah solusinya.

Jangan beli rumah yg bakal menyesakkan nafas nak membayar instalment tiap bulan. Berbincang dulu dgn pasangan dan istimate brapa perbelanjaan bulanan. Bagi pasangan bkahwin kena bajet sedia utk ahli rumah yg baru. Anak2 bakal.membesar dan perlu byk perbelanjaan. Ingat, loan perumahan selalunya memakan masa yg panjang untuk diselesaikan. Anak2 dah beso besok baru habis bayar kot

Tapi kalau niat membeli utk diniagakan atau dsewakan ok jer...sekurang2nya harta Kita bagi pinjam,orang lain tolong bayarkan ...

Sekian,perkongsian kakalongmu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2019 05:34 PM | Show all posts
tq @Kakalongmu atas input yang berguna utk semua
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 23-7-2019 05:34 PM
tq @Kakalongmu atas input yang berguna utk semua

Sama2 tuan momod.. makasih tacang mudah kakalong lompat pagar esoklusa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2019 06:07 PM | Show all posts
Kakalongmu replied at 23-7-2019 05:38 PM
Sama2 tuan momod.. makasih tacang  mudah kakalong lompat pagar esoklusa

share info, pasti berbaloi.

panggil lah kawan2 sekali kongsi pengalaman mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.333173 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list