CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36157|Reply: 314

Melayu itu sendiri yg menjemput Islam ke Nusantara

  [Copy link]
Post time 6-6-2019 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sarah82 at 6-6-2019 04:58 AM

718M Maharaja Sriwijaya iaitu Indrawarman telah mengirimkan sepucuk surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz yg meminta supaya diantarkan seorg Ulama untuk mengajar beliau tentang Islam dan pada tahun 719M & 720M Khalifah Umar Abdul Aziz menghantar 2 kumpulan ulama islam utk berdakwah di Alam Nusantara

Ada mcm teori tentang kedatangan Islam ke Alam Nusantara. Antaranya Islam disebarkan oleh Malabari. Sebab tu baru kaum Malabari meminta status sebagai bumiputera dengan alasan bahawa mereka sebenarnya yg jadi penyebar Islam ke alam Nusantara.

Jadi meh kita balik ke tamadun Sungai Batu bagi memahami mcm mana Islam boleh sampai ke Nusantara.

Tamadun Sungai Batu wujud kira antara 500 ke 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa a.s berdasarkan karbon testing yg dibuat terhadap loji peleburan besi yg dijumpai di kawasan kebun kelapa sawit di Sungai Batu, Kedah. Yg membuatkan Sg Batu ni menarik, adalah loji pelebur besi adalah yg tercanggih pada zaman tersebut dan membuktikan org Melayu telah lama bermain dgn besi sejak 2500 tahun lampau.. Makna kata dakwaan org Melayu tak mampu buat jarum terbatal dgn kewujudan loji pelebur besi di Sungai Batu. Memandangkan Sg Batu adalah pusat pembuatan besi dan Kedah Tua terkenal sebagai salah 1 dari 3 pengeluar besu terbaik dunia masa silam selain Yemen dan India, maka dipercayai Melayu telah mempunyai interaksi perdagangan dgn timur tengah spesifik dgn kaum Yahudi.

Jadi meh kita pi pulak ke tamadun Melayu yg lebih besar dan hebat berbanding Melaka, Sriwijaya. Sriwijaya bukan saja kerajaan Melayu yg bersifat Maritim tapi juga mempunyai sistem pemerintahan yg menarik berbanding kerajaan yg sezaman iaitu jika salah sebuah kota pemerintah jatuh ke tangan musuh, pemerintahan dpt diteruskan dari kota lain. Dan antara kota pemerintahan Sriwijaya yg terkenal adalah Kedah Tua yg mana terletaknya pelabuhan antarabangsa terkenal iaitu di Lembah Bujang.

Kita pi balik pada ayat "Maharaja Sriwijaya tulis dan minta diantar seorg yg berpengetahuan meluas ttg Islam kepada Khalifah Umar Abdul Aziz"...jauh sebenarnya Kepulauan Melayu dgn timur tengah tapi mcm mana Sri Indrawarman boleh tau tentang kedatangan Nabi Muhammad saw?

Jawapannya terletak pada Sungai Batu. Memandangkan hubungan perdagangan antara Sungai Batu dan Timur Tengah telah wujud hampir lebih 2000 tahun maka pasti pedagang Melayu tau tentang kedatangan Nabi Muhammad saw yg ditunggu oleh Yahudi. Ditambah pulak citer tentang Islam oleh pedagang Arab yg membuak kan keinginan Sri Indrawarman untuk belajar tentang Islam, maka baginda sendiri yg membukakan jalan kepada Islam untuk berkembang hingga lah tertubuhnya kerajaan pertama islam di alam nusantara iaitu Pasai.

Dakwaan kaum Malabari yg mengatakan depa adalah penyebar islam sebenarnya di Nusantara hanya bersandarkan kepada persamaan batu nisan yg dijumpai di Pasai milik Sultan Malik Al Salih 1297M dgn batu nisan yg terdapat di Gujerat India. Sedangkan bukti bersurat menunjukkan Melayu sendiri yg menjemput Islam datang ke Nusantara kira 500 tahun lebih awal.

Oh lupa nak mention, dakwaan geng Chola bahawa Kedah Tua depa bangunkan terbatal dgn bukti Tamadun Sg Batu mcm mana dakwaan Malabari terbatal dgn wujudnya surat Sri Indrawarman.

Bangsa Melayu bangsa tua yg mempunyai sejarah dan teknologi yg hebat.. Cuma kelemahan nenek moyang untuk menulis tentang sejarah Melayu membuatkan Melayu makin lupa tentang sejarah dan kehebatan yg pernah depa miliki.

Maaf tulisan sy sgt membosankan.. Tgh cuba baiki penulisan supaya pembaca tak mengantuk.

Selamat hari raya Aidilfitri buat semua pembaca

Dan terima kasih kerana sudi membaca.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2019 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
I bagi +1000 kredit

Great posting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 6-6-2019 06:55 AM
I bagi +1000 kredit

Great posting

Tq Victorioussss
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Menariknya artikel ni kak sarah.... saya sendiri pernah terfikir bagaimana islam blh sampai ke tanah melayu ni sebab klu bljr sejarah dulu diceritakan raja melaka yg pertama memeluk islam so satu tanah melayu tu islam.. takkan begitu drastik perubahan agama.. jadi saya rasa mostly rakyat tanah melayu masa tu dah lama islam sblm wujudnya kota melaka lagi.. lagi2 penemuan batu bersurat terengganu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2019 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
epis replied at 6-6-2019 07:19 AM
Menariknya artikel ni kak sarah.... saya sendiri pernah terfikir bagaimana islam blh sampai ke tanah ...

Dari bacaan kak sarah mmg ahli sejarah yg lebih terbuka berpendapat islam dah sampai hampir 500-600 tahun sebelum melaka wujud
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
I love your article. Please write more.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-6-2019 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
CardiGans85 replied at 6-6-2019 07:30 AM
I love your article. Please write more.

InsyaAllah.. Ada rezeki mlm ni sy tulis lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti free nak baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
wujud lagi ke tempat Sungai Batu tu skrg? dah jd apa..kot bandar ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 6-6-2019 09:10 AM
wujud lagi ke tempat Sungai Batu tu skrg? dah jd apa..kot bandar ke?

Hampir dimusnah bila MB benarkan pembangunan. Mujur bantahan besar juga.. Tp ads yg dah diratakan nak buat rumah.. Skrg kwsn tu dah diwartakan
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 10:05 AM | Show all posts
Sriwijaya bermula di Riau Sumatera. Sekitar 680an ia ditakluk oleh Kedah sailendra dan namanya juga dihijack oleh empayar kedah. Sekitar tahun 900 baru lah kedah tukar nama empayarnya dari sriwijaya kepada Zabag. Antara mangsa mangsa Zabag termasuklah chola dan malabar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 6-6-2019 10:05 AM
Sriwijaya bermula di Riau Sumatera. Sekitar 680an ia ditakluk oleh Kedah sailendra dan namanya juga  ...

Silendra adalah legasi kepada Sriwijaya kalau x salah sy.. Tapi sebabkan nama both Sriwijaya dan Silendra berusurkan hindu, chola claim hak depa..sbb tu depa pulun sungguh nak kata candi kedah dibina oleh Chola yg mai menjarah.. Tp sejak bukti kewujudan sg batu.. Depa x berapa berani klaim sgt dah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
No lah
X bosan
I loike
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 6-6-2019 10:05 AM
Sriwijaya bermula di Riau Sumatera. Sekitar 680an ia ditakluk oleh Kedah sailendra dan namanya juga  ...

Nope nope nope...
Srivijaya started at riau?... Well takde bukti kukuh la bang pokai..

Masing2 indon dan thailand sibuk nk claim ibunegeri kerajaan maritim melayu yg hebat nih...

Jgn telan je bahan bacaan from indon..
Pikir logik la bang..
Jadahnya riau.. or palembang on that matter..

Fakta yg mengatakan palembang dan riau pernah jadi ibunegeri ye mmg betul...
Tapi tu masa zaman akhir kejatuhan..
Zaman kegemilangannya dulu kat tempat lain..


Senang kata kedudukan geografi di riau tak memungkinkan ianya strategik sbg pemula empayar...
Kecuali ketika zaman kejatuhan sblum munculnya pesaing lain .. (boleh dianggap sbg port berniaga dah kena conquer oleh pesaing lain dan kau cuma dpt port yg ulu2 jer...)


Fakta yg pasti ialah..
Kedah tua dan pattani (sesetengah merefer kpd kelantan) pernah menjadi ibunegeri srivijaya (a.k.a dlm bahasa melayu ianya ialah Seri Berjaya).


Secara geografinya inilah port terbaik yg penghubung timur dan barat dan boleh dianggap pemula kpd empayar srivijaya yg sebenar...

Anggapkan peta2 org dulu2 tak mcm skrg..
Jadahnya riau yg duk terperuk kat bawah tu strategik sampai srivijaya bermula dan maju kat situ?

Thats why francis light sangup menipu kedah sbb nkkan penang yg strategik in geographical terms itu...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Let think like this..

Melaka abolished..
Next ibunegeri is johor lama (kota tinggi).
After that johor bahru (tg.puteri).

New generation pulak kata the malacca empayar started from jb.

Thats was nonsense..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu...
Kedah tak pernah tukar nama srivijaya kpd zabag.

Zabag tu nama kedah yg digelar oleh org arab.. Tu je..
Contoh mcm kita pangil kemboja.. Padahal nama sebenar cambodia.
Sama mcm org indon pangil australia tu Selandia baru.. (Bodoh punya indon)...

dlm catatan pedagang arab je diaorg mention zabag atau sesetengah pangil Qalha... Still nama sebenar ialah kedah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2019 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 6-6-2019 02:49 AM
Silendra adalah legasi kepada Sriwijaya kalau x salah sy.. Tapi sebabkan nama both Sriwijaya dan S ...

Catatan pihak berkecuali dalam isu asal usul sailendra iaitu sekeping batu bersurat dari chola yang dinamakan Larger Leyden Plate mengesahkan bahawa kedah adalah tempat asal dinasti sailendra. Perlu diingat bahawa catatan pihak chola hanya boleh diterima sekiranya tidak membabitkan mereka. Jika catatan chola berunsurkan khayalan syok sendiri seperti kononnya mereka menyerang kedah dan negara melayu lain , itu pastinya boleh diketawakan saja. Chola lembik pengecut primitif tak pernah berani cuba serang negara melayu. Empayar zabag naungan kedah pula sebaliknya disahkan dua kali oleh dokumen rasmi china sebagai penakluk chola

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 6-6-2019 04:32 AM
Nope nope nope...
Srivijaya started at riau?... Well takde bukti kukuh la bang pokai..


Batu bersurat Kedukan Bukit mengesahkan bahawa Palembang ditakluk oleh tentera Sriwijaya yang berlepas dari Minanga Kamwar iaitu muara sungai Kampar. Suatu lagi bukti kukuh menyokong fakta Riau mengasaskan Sriwijaya ialah ulasan Yi Ching menyatakan dua kali bahawasanya Malayu menjadi Sriwijaya.  Malayu yang dimaksudkan sudah tentulah Riau. Satu satunya negara melayu di sumatera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 6-6-2019 04:46 AM
Lagi satu...
Kedah tak pernah tukar nama srivijaya kpd zabag.


Bila kedah tukar nama empayarnya dari sriwijaya kepada zabag sekitar 900, nama sriwijaya kembali kepada definisi lamanya iaitu sumatera
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekitar 1260an empayar zabag runtuh dengan sendirinya. Hampir semua negeri jajahan isytihar kemerdekaan. Beberapa negara yang ingin kekal bersama empayar kedah telah sama sama bersatu dalam empayar kedah baru yang diberi nama Jawa.  Nama lama yang telah dibuang iaitu zabag pula telah dikutip dari dalam parit oleh palembang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.143132 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list