CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8461|Reply: 75

Bersalaman - Saya dibolehkan dengan siapa?

[Copy link]
Post time 6-6-2019 01:13 PM | Show all posts |Read mode
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE- 305 : HUKUM HAKAM BERSALAMAN DENGAN SANAK SAUDARA DI HARI RAYAButiranDimuatnaik oleh Muhammad Fahmi Rusli Diterbitkan: 03 Jun 2019
pautan asal :

http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3459-irsyad-al-fatwa-siri-ke-305-hukum-hakam-bersalaman-dengan-sanak-saudara-di-hari-raya?fbclid=IwAR3VhBgyKltp6DkXV2fzNRrk-YB6E67fPaJeDVAjcttjTFUNum1oH1f85ys




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2019 01:14 PM | Show all posts
Soalan:

Assalamu’alaikum Tuan Mufti, ketika berhari raya kebiasaannya sanak saudara akan berkumpul secara beramai-ramai di kampung contohnya. Bolehkah terangkan berkenaan dengan batasan aurat, pergaulan, dan hukum bersalaman sesama sanak saudara ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2019 01:15 PM | Show all posts
Jawapan:

Wa’alaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Dari sudut bahasa, terdapat beberapa pengertian bagi perkataan mahram. Antaranya kami ringkaskan dalam beberapa noktah berikut:

  • Individu yang diharamkan untuk seseorang berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat.
  • Sesuatu yang diharamkan oleh Allah S.W.T.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2019 01:17 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-6-2019 02:35 PM

Manakala dari sudut istilah para fuqaha’ mahram bermaksud: ‘’Seseorang yang diharamkan untuk kita berkahwin dengannya dan pengharamannya tersebut adalah dalam bentuk al-ta’bid (selama-lamanya) dengan sebab yang mubah bukan kerana kemuliaannya dan bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang’’. Rujuk Kaasyifah al-Saja, Nawawi bin ‘Umar (Hlm. 114).

Dalam menghuraikan makna-makna ayat dalam pendefinisian di atas, kami perincikan ia seperti berikut:

Pada perkataan ‘’dalam bentuk al-ta’bid’’ membawa maksud: Ia tidak termasuk adik beradik perempuan kepada isteri. Begitu juga ibu saudara isteri dari sebelah ayah dan juga ibu saudara isteri dari sebelah ibu. Ini kerana pengharaman mereka itu dari sudut apabila dihimpunkan bersama sahaja (iaitu berkahwin dalam masa yang sama antara isteri dan ibu-ibu saudara mereka atau adik beradik perempuan mereka).

Manakala perkataan ‘’bukan kerana kemuliaannya’’ merujuk kepada isteri-isteri Nabi S.A.W. Ini kerana pengharaman mereka adalah disebabkan kemuliaan mereka. Mereka diharamkan kepada keseluruhan umat dan juga ke atas para Nabi juga.




Dan perkataan ‘’bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang’’ adalah seperti wanita majusi, ataupun wanita yang murtad. Ini kerana pengharaman mereka adalah disebabkan penghalang yang boleh hilang. Maka boleh menjadi halal pada waktu yang lain (seperti apabila mereka memeluk Islam).

Penjelasan berkenaan dengan golongan yang dianggap sebagai mahram ini ada dinyatakan dalam firman Allah S.W.T:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَن تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا

Maksudnya: Diharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, adik beradik perempuan kamu, ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah bapa), ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah ibu), anak-anak saudara perempuan kamu (dari sebelah adik beradik lelaki kamu), anak-anak saudara perempuan (dari sebelah adik beradik perempuan kamu), ibu-ibu susuan kamu, adik-beradik perempuan susuan kamu, ibu-ibu kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kepada isteri kamu yang telah kamu setubuhi. Sekiranya kamu belum bersetubuh dengan mereka maka tidak ada dosa ke atas diri kamu. Dan isteri-isteri kepada anak-anak lelaki kandung kamu (menantu perempuan), dan (perbuatan) menghimpunkan antara dua adik beradik perempuan melainkan apa yang telah berlaku pada masa dahulu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[size=18.6667px](Surah Al-Nisa’ (23)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2019 02:37 PM | Show all posts
Dalam kitab Al-Feqh al-Manhaji (2/21) ada disebutkan berkenaan dengan sebab-sebab pengharaman yang selamanya. Iaitu tiga perkara berikut:

  • Kerabat (hubungan kekeluargaan).
  • Musaharah (perkahwinan).
  • Susuan.


Berdasarkan noktah di atas, kami kongsikan beberapa mahram bagi seorang lelaki yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu mahram dari sudut kerabat, musaharah, dan juga susuan.

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba check yg ini "Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.".

Maksudnya begini ye, diatas semua ketetapan yg ditetapkan oleh Allah swt, Allah swt jua menjelaskan Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Makanya, dalam kita mendepani soal mahram dan bukan mahram, adanya kelonggaran menyentuh apa yg ALLAH maksudkan, kerana yg paling utama itu diri sendiri meminta maaf kepada yg bukan mahram, sedangkan Allah swt itu Maha Pengampun LagI Maha Penyayang akan hal2 yg tidak kita fahami.

Menjelaskan semata2 fikrah yg berlandaskan hukum2 fekah perlu kepada cahaya di atas cahaya. Kerana, sekiranya DISALAH TAKWILKAN, akan mengundang kecelakaan kepada semua.

Moga2, yg mengepos post2 yg tidak menguntungkan lebih memahami apa yg dimaksudkan disini. Ketahuilah! Manusia itu dicipta-Nya utk menghubungkan silaturrahim, bukan pula menjelaskan semata2 hukum, tanpa melihat dasar2 yg menjelaskan keberadaan makna beragama Islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-6-2019 02:38 PM | Show all posts
Pertama: Mahram Dari Sudut Kerabat

  • Ibu kandung.
  • Nenek (ibu kepada ibu).
  • Nenek (ibu kepada bapa).
  • Anak perempuan.
  • Cucu perempuan (dari anak lelaki).
  • Cucu perempuan (dari anak perempuan).
  • Adik beradik perempuan seibu sebapa.
  • Adik beradik perempuan seibu.
  • Adik beradik perempuan sebapa.
  • Anak perempuan kepada adik beradik lelaki kandung (seibu sebapa).
  • Anak perempuan kepada adik beradik lelaki dari sebelah ayah atau ibu.
  • Iaitu anak-anak saudara perempuan @ anak perempuan kepada adik beradik lelaki atau perempuan kita.

Kedua: Mahram Dari Sudut Musaharah
  • Isteri kepada bapa (ibu tiri). Begitu juga isteri kepada datuk dari sebelah bapa atau ibu.
  • Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan). Begitu juga isteri kepada cucu lelaki dan ke bawah.
  • Ibu kepada isteri (ibu mertua).
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:
وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ
Maksudnya: Dan ibu kepada isteri-isteri kamu.
  • Anak perempuan kepada isteri (anak tiri bagi isteri yang telah disetubuhi).

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2019 02:40 PM | Show all posts
Ketiga: Mahram Disebabkan Susuan

  • Ibu susuan.
  • Adik beradik perempuan susuan.
  • Anak perempuan kepada adik beradik lelaki sesusuan.
  • Anak perempuan kepada adik beradik perempuan sesusuan.
  • Anak susuan perempuan.
  • Adik beradik susuan perempuan kepada ibu atau ayah. Iaitu ibu-ibu saudara susuan.

Kesemuanya ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:

وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ

Maksudnya: Dan ibu-ibu susuan kamu serta adik-beradik perempuan susuan kamu.

Surah Al-Nisa’ (23)

Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ

Maksudnya: Diharamkan dari susuan apa yang diharamkan dari nasab.

Riwayat Ibn Majah (1937)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2019 02:41 PM | Show all posts
Manakala mahram bagi orang perempuan pula adalah seperti berikut:

  • Bapa kandung dan ke atas seperti datuk dan moyang.
  • Anak lelaki dan ke bawah seperti cucu dan cicit.
  • Adik beradik lelaki.
  • Bapa saudara dari sebelah ibu dan ke atas seperti datuk saudara.
  • Bapa saudara dari sebelah bapa dan ke atas seperti datuk saudara
  • Anak-anak saudara lelaki iaitu anak lelaki kepada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan dan ke bawah seperti cucu-cucu saudara lelaki.
  • Bapa susuan.
  • Adik beradik susuan yang lelaki.
  • Bapa mertua.
  • Menantu lelaki (suami kepada anak perempuan).
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup ini, diri kita itu cuba utk menyucikan diri....

Yg akan menetapkan penyucian itu hanyalah Allah.

Tidaklah patut kita ini berlebih2an dalam menjelaskan akan hukum hakam, kerana ianya DILARANG oleh baginda Rasullullah saw.

Jika tak tahu, tanyalah Allah. Jika Allah swt tak jawab, semuanya ada di dalam Alquran.

Tak rasa malukah bila kita membaca kalam Allah swt, tapi diri kita mengajarkan hanya sebahagian dari kalam Allah swt, lalu melupakan Allah itu SIAPA?

Jika tak kenal Allah, belajar le kenal Allah swt SEBELUM membicarakan akan ilmu2-Nya. Takut2 nanti, SEMUA AMAL PERBUATAN KITA dilempar oleh-Nya dari arah belakang....

Nau'zubillahuminzalik
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ya, jgn marah kepada org yg melihat betapa kerdilnya awak berserta jawatan2 itu ye. Ini kerana, bila seseorg itu TIDAK MEMBESARKAN ALLAH, dirinya itu lebih teruk dari orang munafik.

Sudah2lah ya. Bila habis sahaja hari raya, dah mula ajar fikrah MENGECILKAN ALLAH? APA JENIS KEBODOHAN PARA ILMUWAN HARI INI YA?.Tak mahu MEMBESARKAN ALLAH ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2019 03:45 PM | Show all posts
Implikasi mahram ini ada beberapa perkara iaitu:

  • Haram berkahwin dengannya.
  • Boleh bersalaman dengannya.
  • Boleh bersendirian bersamanya.

Berikut pula kami senaraikan beberapa individu yang bukan mahram bagi seorang lelaki:
  • Isteri kepada bapa saudara.
  • Sepupu perempuan.
  • Kakak ipar (isteri kepada abang kandung).
  • Adik ipar (perempuan).
  • Anak angkat perempuan yang bukan anak susuan.




Manakala bagi seorang perempuan pula, yang bukan mahram mereka adalah seperti berikut:

  • Suami kepada ibu saudara.
  • Sepupu lelaki.
  • Abang ipar (suami kepada kakak kandung).
  • Adik ipar (lelaki).
  • Anak angkat lelaki yang bukan anak susuan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2019 03:56 PM | Show all posts
Implikasi bagi ketiadaan mahram (bukan mahram) ini pula adalah seperti berikut:
  • Tidak boleh bersalaman dengannya.
  • Boleh berkahwin dengannya.
  • Tidak boleh berkhalwat dengannya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2019 03:57 PM | Show all posts
Manakala implikasi mahram dari sudut batasan aurat pula, kami nyatakan bahawa pada asasnya, hukum menutup aurat adalah wajib sepertimana disepakati ulama’ berdasarkan firman Allah SWT:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka (adik beradik lelaki), atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Surah al-Nur (31)

Kata penulis kitab Asna al-Mathalib dalam feqh al-Syafi’eyyah:

وَعَوْرَةُ الْحُرَّةِ فِي الصَّلَاةِ وَعِنْدَ الْأَجْنَبِيِّ) وَلَوْ خَارِجَهَا (جَمِيعُ بَدَنِهَا إلَّا الْوَجْهَ، وَالْكَفَّيْنِ) ظَهْرًا وَبَطْنًا

Maksudnya: Aurat wanita yang merdeka di dalam solat dan juga di hadapan ajnabi (lelaki yang bukan mahram) demikian juga (aurat mereka) di luar solat adalah keseluruhan badan mereka melainkan muka dan dua tapak tangan zahir dan batin.

Rujuk Asna al-Mathalib (1/176)

Ini bererti wajib seorang perempuan itu menutup keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki lelaki bukan mahram dan tidak diwajibkan hal tersebut di hadapan mahram.


Manakala bagi lelaki pula, auratnya dengan perempuan bukan mahram adalah antara pusat hingga lutut. Tidak boleh untuk seorang perempuan itu melihat kepada aurat orang lelaki antara dua kawasan tersebut serta tidak boleh juga melihat kepada selain aurat lelaki tanpa sebarang sebab berdasarkan nas yang menyuruh supaya menundukkan pandangan kepada orang perempuan dan demikian juga orang lelaki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2019 03:58 PM | Show all posts
Kesimpulan

Sebagai penutup, kami berpesan kepada semua agar kita dapat menyambut hari raya Aidil Fitri dengan penuh ketaatan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T dalam erti kata kita menjauhkan diri dari perkara-perkara yang Allah haramkan dan juga mengerjakan segala perintah Allah dalam kehidupan.

Perlu kami tekankan bahawa tidak bersalaman dengan bukan mahram dari kalangan sanak saudara bukanlah bermakna tidak ada keharmonian dan kerenggangan hubungan sesama keluarga. Bahkan keharmonian itu terbina dengan saling membantu, beramah mesra dan bertanya khabar di dalam musim-musim perayaan, bertukar juadah, di samping menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama menerusi pencerahan ini. Ameen.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk soalan boleh dinyatakan disini. Katakanlah, saya bagi soalan ini :
"tunjukkan bukti dari Allah swt dan Rasul-Nya, yg bukan muhrim tidak boleh bersalaman sekiranya berlainan jantina? Jika ada, nyatakan aje. Yg mentakwilkan itu, Allah dan Rasul-Nya suruh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita sedia maklum mengenai aurat, juga hal ehwal persetubuhan yg ditetapkan oleh-Nya. Apakah sama maksud persetubuhan berbanding sentuhan? Apabila mengerjakan umrah dan haji, kenapa pula perlu bermazhab sedang dalil dari Allah swt dan Rasul mengenainya cukuplah JELAS lagi MENJELASKAN?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika kita merasakan diri itu suci, dan layak utk memfatwakan sesuatu, boleh terangkan suci itu mencapai makam LAYAK UTK KESYURGA-NYA atau sekadar menyangka, layak utk kesyurga-NYA?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa bezanya kereta proton, toyota, mazda, suzuki, datsun, mitsubushi dan sebagainya? Apa keserupaan kereta2 berkenaan menurut pandangan manusia? Nak memandu kereta atau nak suruh orang lain memandu kereta?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah menyekat pandangan itu sama ertinya berbanding menyentuh? Apakah menyentuh itu sama ertinya berbanding melakukan persetubuhan? Ataupun, apa bezanya melakukan persetubuhan berbanding penzinaan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.084917 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list