CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5336|Reply: 2

INFO: Dunia laman web dari sudut pelayar web

[Copy link]
Post time 7-7-2004 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Dunia Web mampu memberikan jutaan maklumat yang sering ditanya oleh diri anda sendiri. Jutaan maklumat ini disenaraikan dalam bentuk yang menarik oleh beberapa laman web direktori seperti Google (www.google.com) dan Yahoo! (www.yahoo.com). Ia melibatkan daripada kesihatan sehinggalah kepada sukan ekstrim yang melibatkan motorsikal, bmx atau papan luncur.

  Laman web dan pelayar web sering dikaitkan dengan rapat kerana tanpa pelayar web kandungan laman web tidak akan dapat dipaparkan dan dibaca oleh anda. Terdapat beberapa jenis pelayar web di antaranya Mozilla, Internet Explorer, Netscape Communicator dan Opera. Internet Explorer atau IE adalah yang paling popular dengan dominasi kira-kira melebihi 80% pengguna internet.

  Oleh itu kami ingin melsayakan ulangkaji mengenai asas-asas pelayar web yang pernah dipaparkan dan ditanya oleh para pengguna internet.


Tugas pelayar Web
  Pelayar Web adalah sebuah perisian yang membolehkan pengguna memaparkan laman Web daripada World Wide Web, yang mempunyai koleksi sumber yang menggunakan protokol yang digelar Hypertext Transfer Protocol (HTTP). Pelayar Web juga boleh memaparkan kandungan cakera keras pada komputer anda. Dalam ruangan Location atau Address, cuba taipkan C:\My Documents dan sebuah senarai akan dipaparkan.


Harga pelayar Web
  Ia adalah percuma. Anda boleh dapatkan pelayar Web Microsoft Internet Explorer, dan Netscape Communicator menerusi laman-laman Web mereka. Microsoft (http://www.microsoft.com) dan Netscape (http://www.netscape.com) atau pergi ke Download.com (www.download.com) untuk mendapatkan pelbagai jenis pelayar web.


Perbezaan antara pelayar-pelayar web
  Tiada sebarang perbezaan nyata di antara pelayar-pelayar web ini kerana ia mempunyai ciri-ciri asas yang sama seperti bebutang 揵ack
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2004 02:36 PM | Show all posts
Menyimpan laman Web  
  Pelayar Web membolehkan anda menyimpan fail HTML atau laman Web tersebut. Anda boleh pergi ke menu File dan pilih Save As. Untuk menyimpan imej pula, klik kanan pada imej tersebut dan pilih Save Picture As atau Save Image As.


Mencetak laman Web
  Untuk mencetak laman Web, pergi ke perintah Print pada menu File dan kemudian pilih pencetak. Pastikan pencetak anda, dihidupkan sebelum mencetak.


Menentukan laman Web permulaan
  Pelayar Web membenarkan pengguna memilih laman Web yang hendak dipaparkan ketika pelayar itu dilancarkan. Dalam IE, klik pada menu Tools kemudian pilih Internet Options dan seterusnya bahagian General. Kemudian anda taipkan alamat laman Web yang anda mahu. Manakala dalam Navigator pula klik pada menu Edit kemudian Preferences dan pilih Navigator, seterusnya taipkan alamat laman Web.


Memeriksa e-mel menerusi pelayar web
  Ia bergantung kepada jenis akaun e-mel. Jika anda menggunakan e-mel berasaskan Web maka anda boleh pergi ke laman Web tersebut dan log-in. Jika anda menggunakan e-mel yang telah disediakan oleh pihak syarikat maka anda perlu menentukan jenis pelayan mel keluar dan masuk serta kata laluan (password) anda. Kini perisian e-mel adalah perisian yang berasingan daripada
pelayar Web.


Fungsi 'cache'
   Apabila anda mengunjungi sebuah laman web, pelayar Web anda akan membuat sebuah salinan dan menyimpannya di dalam cakera keras anda. Apabila anda kembali ke laman Web tersebut, ia akan mengambil salinan laman Wen tersebut bagi mempercepatkan paparan. Jika laman Web itu mempunyai kandungan yang baru maka ia akan mengemaskini laman Web salinan itu dan adalah lebih baik anda mengosongkan ruangan cache jika perlu. Dalam Navigator, klik pada Preferences, Advanced, dan Cache. Manakala bagi IE, klik Internet Options daripada menu Tools, pilih General dan kemudian Temporary Internet Files.


Bezanya 'cache' dan 'cookie'
   Tidak. Cookie adalah sebuah kod kecil dalam tapak Web tertentu bagi memudahkan ia mengenali anda ketika anda kembali melawat laman Web itu. Biasanya cookie akan ditempatkan pada cakera keras dan lebih banyak cookie yang anda terima maka lebih banyak ruang digunakan. Untuk menindakkan cookie dalam IE, klik menu Tools, kemudian Internet Options, pilih Security dan setkan zon sekuriti kepada High. Dalam Navigator pula, Mklik menu Edit, Preferences, Advanced, dan pilih bebutang tertentu berkaitan cookie.


Kegunaan plug-in
   Plug-in adalah aplikasi tambahan yang digunakan untuk menambahkan kefungsian pelayar Web. Contohnya jika anda hendak mendengar klip audio anda perlu menggunakan aplikasi plug-in seperti RealPlayer. Pelayar Web terkini telah menyediakan plug-in di dalam perisian mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 03:12 AM | Show all posts
oh.. bguz22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.052721 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list