CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9946|Reply: 60

UPDATE post #61 Kang Daniel And LM Entertainment’s Legal Dispute Comes To An End

  [Copy link]
Post time 10-6-2019 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Telolet at 27-9-2019 10:29 AM



Setelah kontraknya dengan agensi LM Entertainment digantung oleh Mahkamah Daerah Seoul bulan lepas, Kang Daniel telah menubuhkan satu agensi persendirian yang dinamakan KONNECT Entertainment di Gangnam, Seoul. Langkah ini bertujuan untuk menguruskan debut solo beliau yang masih dalam persiapan.

Seorang wakil dari KONNECT Entertainment telah mengesahkan perkara ini pada 10 Jun 2019. Katanya, "Kang Daniel memutuskan untuk menubuhkan agensi sendiri setelah mempertimbangkan dari segala sudut jenis struktur agensi yang paling sesuai dengannya untuk mengurus aktiviti seni untuk jangka masa yang panjang". Wakil agensi itu menambah, "Keputusannya juga dipengaruhi oleh fakta bahawa dia ingin kembali secepat mungkin kepada peminatnya yang telah lama menunggu. Dengan menubuhkan agensi sendiri, ia akan memudahkan fokus untuk mengurus dirinya dengan lebih efektif."

Nama agensi tersebut berasal dari perkataan "Korea" + "Connect," yang bermaksud Daniel mahu menghubungkan Korea ke seluruh dunia melalui aktiviti masa depannya. Dalam sesi Instagram Live di akaun instagram Daniel, beliau menyatakan bahawa beliau sedang bekerja-keras menulis lagu sendiri untuk album terbarunya dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang setia menyokongnya semasa kes penggantungan kontrak masih berjalan.

Penggantungan kontrak dengan syarikat rakaman lama beliau membolehkan Daniel menjalankan apa-apa aktiviti seni dengan bebas tanpa sebarang gangguan daripada bekas agensinya. Walau bagaimanapun, LM Entertainment telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut, dan pusingan kedua mahkamah untuk kes Kang Daniel dan agensi itu dijadualkan berlangsung pada 26 Jun depan.

UPDATE
Pada 10 Jun 2019, YTN Star melaporkan bahawa Kang Daniel didaftarkan secara sah sebagai pengarah sebuah syarikat yang dinamakan KD Corporation. Susulan penubuhan agensi KONNECT Entertainment yang menguruskan Kang Daniel ketika ini, laporan tersebut menyatakan agensi tersebut diuruskan oleh KD Corp. Kang Daniel juga disenaraikan sebagai pengarah eksekutif KONNECT Entertainment.

Laporan itu juga menyatakan bahawa KONNECT Entertainment akan bertanggungjawab terhadap aktiviti Kang Daniel yang berkaitan dengan bidang hiburan, dan KD Corp akan menguruskan hal-hal perniagaan lain penyanyi tersebut. Syarikat itu merancang untuk menceburkan aktiviti perniagaannya ke dalam bidang yang berbeza selain hiburan.


Sementara itu, KONNECT Entertainment telah mengiklankan peluang pekerjaan di dalam agensi itu di laman pencarian pekerjaan terbesar di Korea Selatan, JobsKorea. Sejak diiklankan semalam, ia berjaya menarik ratusan pencari pekerjaan untuk memohon pekerjaan di dalam agensi tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2019 01:50 PM | Show all posts
calling sisters sekalian @syue86 @cikpah27 @azimodin @nisalee  let's celebrate
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat kena gantung kontrak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2019 02:55 PM | Show all posts
AkuMark replied at 10-6-2019 01:41 PM
Awat kena gantung kontrak?

secara ringkasnya, dia failkan injunction kat court sebab company dia jual hak ekslusif dia dekat 3rd party company tanpa pengetahuan dia. meaning apa-apa yang dia buat under company tu bukan lah hak dia termasuklah album, lagu etc. court side dengan daniel sebab memang clear case of contract breach, so kontrak kena gantung and then akan terbatal sendiri.
kes dia ni rumit sikit la kalau ikutkan sebab 3rd party company tu (MMO) memang company asal dia. lepas tu entah kenapa diorang establish new company (LM) untuk manage dia. rupanya kat belakang dia diorang buat joint business, dia rasa cheated la tu. CEO MMO & LM ni pulak laki bini, kiranya diam2 nak untung lebih la ni. ha gitu

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 03:39 PM | Show all posts
Telolet replied at 10-6-2019 01:50 PM
calling sisters sekalian @syue86 @cikpah27 @azimodin @nisalee  let's celebrate

oh yeah oh yeah!good luck daniel!harap rezeki lebih cerah lepas ni. datang Malaysia ok!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2019 04:25 PM | Show all posts
syue86 replied at 10-6-2019 02:39 PM
oh yeah oh yeah!good luck daniel!harap rezeki lebih cerah lepas ni. datang Malaysia ok!

yesss khabarnya tengah planning asia tour. moh kumpul duit chuols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Telolet replied at 10-6-2019 02:55 PM
secara ringkasnya, dia failkan injunction kat court sebab company dia jual hak ekslusif dia dekat  ...

Owhhh naseb si kang ni xdiamkan diri. Pelik2 lah kes kpop skng neh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 10:44 AM | Show all posts
tazzabar nak tengok dia lagi

walaupon x minat wannaone, dia ni special sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2019 05:28 PM | Show all posts
Telolet replied at 10-6-2019 04:25 PM
yesss khabarnya tengah planning asia tour. moh kumpul duit chuols

marilah menabung
dgrnya jae hwan pnye tix pn kemain mahei
hrp daniel tidak begitu yach
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2019 08:57 AM | Show all posts
syue86 replied at 11-6-2019 04:28 PM
marilah menabung
dgrnya jae hwan pnye tix pn kemain mahei
hrp daniel tidak begitu yach

haha tulah jaehwan punya tu sayangnyaaaa dah la kat melawati je
orang dah pokai lepas raya ni

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 04:40 PM | Show all posts
HAI UOLS.. kang daniel dah buat comeback iols pun dah boleh memunculkan diri.. hahahahhaha.. nanti boleh la buka thread ALL ABOUT WANNAONE kan.. WOWWW.. CEO KANG dah buka job position kat company dia tu.. siap cari managers untuk yang boleh manage secara international lagi.. moh la kita apply jadi cleaner or tea lady pun bolehhh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2019 04:57 PM | Show all posts
cikpah27 replied at 13-6-2019 03:40 PM
HAI UOLS.. kang daniel dah buat comeback iols pun dah boleh memunculkan diri.. hahahahhaha.. nanti b ...

hi cikpah long time no see


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 05:02 PM | Show all posts
syue86 replied at 11-6-2019 05:28 PM
marilah menabung
dgrnya jae hwan pnye tix pn kemain mahei
hrp daniel tidak begitu yach

alaaa... kalau jaehwan pun mahal, untuk daniel ni tak ke boleh jadi 2x ganda? uols dah banyak kali jumpa daniel.. yang aku ni dok berharap la dapat jumpa heols sekali seumur hidup pun jadi la.. huaaaaa... so sad..

kaya gila kang daniel ni.. Bijak pulak tu.. Mesti ada penasihat yang baik ni.. Masa dalam wannaone dulu, bayaran untuk jadi duta solo produk mesti cecah jutaan ringgit ni.. Tu yang mampu buka corporation & cari peguam terbaik untuk fight MMO/LM.. Kang Daniel dah bangkit dari tidur, idol yang lain dah boleh bagi laluan dah ni.. KAHKAHKAH..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 05:07 PM | Show all posts
Telolet replied at 13-6-2019 04:57 PM
hi cikpah long time no see

Haii.. Sejak wannaone dah takde ni, iols pun dah naik bosan asyik ulang dengar album yang sama je dalam kete.. Hahaha.. Pastu sekarang ni iols dengar lagu nuest pulak kat youtube.. Asyik ulang hello dgn face je.. Motip lagu face je yang cecah 100M views?? Ke manakah fans nuest yang lain??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2019 05:33 PM | Show all posts
cikpah27 replied at 13-6-2019 04:07 PM
Haii.. Sejak wannaone dah takde ni, iols pun dah naik bosan asyik ulang dengar album yang sama je  ...

iols sejak disband tak berapa follow sangat kpop ni, ex-w1 members pon berapa kerat je iols keep track. hampunnnn. dok la macam tunggul menunggu daniel debut, tetiba kelain plak jadinya. mujur selamat semuanya skang
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Waahhh my Kang Daddy!!! Sisturs semua, marila kita menabuuung  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2019 10:21 AM | Show all posts
nisalee replied at 13-6-2019 10:45 PM
Waahhh my Kang Daddy!!!  Sisturs semua, marila kita menabuuung

tu lah uols.. Tahun ni satu barang kpop apa pun tak beli.. Memang duduk diam2 menunggu kang daniel je ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 03:01 PM | Show all posts
Good for him jangan biarkan orang lain ambil kesempatan sewenangnya elok urus sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 04:31 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 14-6-2019 03:01 PM
Good for him jangan biarkan orang lain ambil kesempatan sewenangnya elok urus sendiri

Setuju.. Lagipun company lama heols mmg ambil kesempatan sejak dari dulu lagi.. Since dah tersangat femes, eloklah urus sendiri je semuanya.. Bertambah kaya and takpayah share2 dengan sesapa and kena tikam dari belakang lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
cikpah27 replied at 14-6-2019 10:21 AM
tu lah uols.. Tahun ni satu barang kpop apa pun tak beli.. Memang duduk diam2 menunggu kang daniel ...

Tahun ni iols mmg keluar duit utk Nuest je since diorg dah start OT5. Ni pon dh menabung utk concert diorg bulan 9 nanti. Tak sabar nk tunggu Daniel join balik variety shows. Kalau boleh iols nk Kang Daddies join sama2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.617898 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list