Kenapa kegiatan esports semakin rancak kebelakangan ini?
E-sukan atau dalam bahasa inggeris "E-sports" merupakan istilah yang digunakan untuk permainan yang dilaksanakan secara kompetitif.Permainan komputer atau konsol sentiasa menjadi kegilaan remaja pada zaman sekarang. Semua golongan boleh melibatkan diri dalam kegiatan E-sukan yang sentiasa membangun di setiap negara hampir seluruh dunia.
Jikalau dahulu,permainan games dan online boleh membazirkan masa, sekarang permainan yang dilakukan secara kompetitif boleh menjana pendapatan. Sebagai contohnya, permainan yang tersohor seperti dota,csgo,pubg,fortnite. Sekarang, hanya dengan "streaming" bermain games, kita dapat menjana pendapatan dengan mudah. Manakala, pakar dalam sesuatu permainan tersebut dapat merebut ribuan atau jutaan duit di pertandingan peringkat antarabangsa atau pertandingan terbuka.
Gamer mula disebut sebagai karier sepenuh masa pada dekad sekarang di mana teknologi menguasai minat seseorang dan berbaloi untuk jana pendapatan tanpa stres bekerja di pejabat atau di mana-mana. Tetapi karier seperti ini tidak mudah untuk dicapai seperti yang kita anggap. Remaja-remaja sekarang yang boleh profesional dalam games dapat membantu jana pendapatan hanya dengan berada di rumah dan memerlukan sedikit bajet untuk membeli keperluan pc games atau konsol yang hangat ditonton oleh semua golongan.
Hidup menjadi gamer telah menjadi realiti pada zaman sekarang. Permainan online semakin dilihat membuka peluang pekerjaan kepada sesiapa yang handal atau pro dalam bidang tersebut.Setiap negara yang memerhatikan peluang ini,banyak melabur untuk kembangkan e-sports.
Persepsi terhadap gamer perlu diubah kerana e-sukan pada zaman sekarang lebih banyak memanfaatkan dari segi kewangan dan emosi seseorang untuk menjadikan minat sebagai karier.
Jadi, adakah anda masih memandang rendah akan gamer ini? - CARI
|